31 July, 2011

alien: tuhan maha cinta

Terkadang hidup memang berat
membuat kita hampir menyerah
tapi aku percaya
kaulah pelindungku penciptaku dan hidupku
sabarkan hatiku kuatkan imanku
berkahi aku dan keluarga ku dengan rahmatmu
Tuhan kaulah cintaku
:Tuhan Maha Cinta - Nidji




Salam Ramadhan buat semua !!!
Selamat menjalani ibadah dengan ketenangan dan dilimpahi rahmat dariNya..
Amin~

Assalamualaikum..



alien: prakata pembuka bicara

Assalamualaikum...

"Tuan puan, saudara saudari, encik cik.. dimohon pengertian anda.."

".. anggap saja kalian sedang menaiki keretapi melalui terowong gelap; gerabaknya di tarik kepala lokomotif lama dan besar, bergegar kuat dan berbau asap, tubuh kalian kuat bergegar dan terasa sukar bernafas akibat bauan yang tidak menyenangkan. Dan juga tidak dapat melelapkan mata di sepanjang terowong gelap pekat itu; berasa tegang bukan.."

".. bilamana secara tidak langsung kalian membaca entri yang berunsur negatif; hal yang membuat kalian tidak selesa samada di jiwa, perasaaan atau fikiran.."

".. dan anggap kalian sedang melalui sebuah taman indah dalam imagi kalian; taman yang subur menghijau, nun di sana pelangi yang sempurna melalui jaluran sungai jernih, unggas dan haiwan riang berkawan, membuatkan hati kalian senang dan terasa ingin mendendangkan lagu kegemaran kalian sambil melompat riang .. dengan aku sebagai pemandu pelancong kalian memandu merentasi tempat indah itu; begitu senang dan nyaman kan.."

".. bilamana secara tidak langsung kalian membaca entri yang berunsur positif; hal yang membuat kalian berasa selesa selaras dengan terbitnya rasa teruja di jiwa, perasaaan atau fikiran.."

".. dan anggap kalian sedang melalui daerah yang tenang, segalanya tenang hingga kalian tidak terasa terganggu; di jiwa, perasaaan atau fikiran.. andai entri itu yang ada terletak antara keduanya; positif dan negatif.."

"Mohon izin kalian untuk berundur diri dahulu.. telah banyak yang aku bicarakan.."

"... terima kasih kerana sudi membaca.." 




30 July, 2011

alien: selamat hari lahir kawan

Hari ini adalah hari lahir seorang kawan
26 tahun yang lalu dia dilahirkan di dunia ini
Diberi ruang untuk bertempat di sini; di bumi

Selamat hari lahir kepadanya
Semoga diberi rahmat dan keberkatan
Amin ..

Oh, aku tak pinta banyak
Aku cuma katakan padanya untuk ceria pada hari lahirnya
Cukuplah. Permintaan dari seorang kawan
Ahha~




alien: cahaya yang memudar

Dan aku hanya dapat melihat kamu dari tebing sini
terus dari tepian yang terpisah oleh jurang dalam
kelihatan sisa-sisa jambatan jauh di bawah sana
bertaburan berselerakan di lantai jurang
aku berdiri terpaku terpana di tepian itu

Kamu di sana langsung terus memandang aku
aku dapat lihat segarit senyum itu
sama yang kau pernah lempar dulu
tidak terlalu lama dulu buat aku
menggoncang kotak perasaan aku semula

Dan tepian itu tampak menghentikan aku terus
namun tidak mampu terus menutup rasa aku
untuk terus berusaha walau usaha itu kosong
aku tahu bukan begitu yang kamu mahu
dipisahkan oleh tepian jurang yang dalam itu



30.07.11, 7.13am

29 July, 2011

alien: bermimpilah kawan.. mari


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

- Laskar Pelangi: Nidji

Em. Bait-bait lirik itu mempunyai tenaga yang kuat bagi menginspirasi.
Menginspirasi si pendengar. Menggerakkan jiwa mereka juga.
Seringkali kita akan terpengaruh dengan emosi yang dimainkan dalam lagu.
Tiap kali akan jadi perkara yang sama. Banyak kali.
Dan sekarang, betul aku telah tersihir oleh lagu laskar pelangi.
Terinspirasi darinya.

Ah, sudah lama rasanya aku tidak bermimpi.

Maka, sekarang adalah masanya.
Untuk aku mula bermimpi semula.



alien: mencari dadah baru

"Sebagai seorang penagih, memang aku tak boleh nak lama-lama kalau barang tu takde..takut nanti aku berguling mulut berbuih kat ruang tamu rumah" itu yang fndrocka tulis kat blog dia Konsert Sepenuh Jiwa. Dia seorang penagih macam aku juga. Tapi mungkin dia lebih tegar, agaknyalah. Tegar atau tidak sila tanya beliau sendiri.

Ye, sebagai memenuhi keperluan penagih barang mesti kena selalu ada. Selalu standby. Tapi biasanya aku beli barang tu bila aku perlukan saja. Jadinya tiada pembaziran berlaku lah. Eh, mulut aku tak berbuih dan aku tak berguling lagi kat ruang tamu ya. Masih terkawal kadar ketagihan aku. Heh.

Bila pekena barang tu kan, boleh membuat penagih seperti aku lupa hal dunia kejap. Tapi tak lupa hal akhirat. Kewajipan tu kan. Jadi dengarnya si frwls penggemar makanan dan juga badak ada jual barang baik. Amal Hamsam pun ada barang best. Siapa-siapa nak beli sila la ke page mereka berdua. Selagi stok masih ada katanya lah.

Em,
Ada siapa-siapa nak suggest barang baik lain tak?
Suggest banyak-banyak pun takpe. Nanti pelan-pelan lah aku cari.
Tolong ye.. nak gak try test barang suggestion kawan-kawan.





alien: cakap - cakap Bola Malaysia VI

Stadium penuh sesak dengan penyokong Malaysia.
Bergema sorakan, bunyi-bunyian.
Bersama jeritan si peniaga air, burger, keropok, baju dan lain-lain. Bercampur-campur. Meriah. Itulah suasana di Stadium Bukit Jalil tadi; Malaysia vs Singapura yang berkesudahan seri dengan satu jaringan. Berdasarkan agregat Malaysia tewas 4 - 6 kepada Singapura.

Gol!!!!
Jaringan penyuntik semangat oleh Safee Sali menghidupkan semangat para penyokong dan pemain Malaysia. Bergema sorakan. Bergema bunyian. Penyokong bersorak gembira. Tapi kemudiannya, Singapura telah mencuri satu gol dan membuat penyokong Malaysia kelu; satu stadium terdiam, kecewa.

Yang menjadi persoalan kini,
adakah FAM memang sengaja menjual tiket berlebihan dari jumlah kapasiti stadium? apakah keadaan yang berlaku sebenarnya?
Ini kerana apa yang dapat aku lihat ramai antara penyokong termasuk aku terpaksa berdiri sesak dan berasak-asak di terowong masuk ke tempat duduk mahupun mengintai-intai ruang kosong di sekitar stadium semata-mata untuk melihat perlawanan itu; ramai yang bersidai di tepi tembok kerana tak tahan panas berhimpit-himpit.

Ye.
Aku lebih kecewa dengan keadaan itu.



28 July, 2011

alien: wilskracht

Gelap malam menelan bayangan kamu
menutup jejak untuk aku mengejarmu
namun ia tidak mampu menutup rasa aku
untuk terus berusaha melangkah dan mencari
hinggalah siang menjelma



28.07.2011, 5.20pm


alien: marguerite

Kamu berpaling
langsung terus memandang aku di situ
kamu lemparkan segarit senyum
aku memandang kelat
beri aku waktu untuk itu
maafkan aku


28.07.11, 12.34am




alien: melankolik itu milik aku

Melankolik membuai aku lagi, malam itu
aku menarik nafas dalam sangat dalam
memaksa rasa itu membenam jauh ke dasar jiwa
lalu aku melepaskan sisa nafas dengan kasar
rasa pedih tiap kali ia melalui tenggorokan
hampir saja merentap jiwa yang halus

Aku tarik kembali nafas sedalamnya
walau aku tahu perasaan pedih aku alami
hampir saja menyentap luluh hidupku
dengan memori yang pedih
aku mengulang menarik nafas dalam
kali ini lebih dalam dari tadi

Aku membiarkan semuanya berlaku
yang telah berlaku atau yang mungkin berlaku
aku telah cedera lagi malam itu
malam sebelumnya dan sebelumnya
hingga dah terbiasa telah lali
apa aku nak kisahkan lagi

Aku cuba untuk tertawa kali ini
tertawakan diri sendiri yang selalu tewas
sudah aku cuba tapi tiada daya
bagaimana boleh aku ketawa lagi
tolong khabarkan pada aku caranya

Ah, biarkan saja melankolik menemani malam aku
membuai aku lena disulami rasa derita
mungkin melankolik itu memang untuk aku



28.07.11, 12.15am




27 July, 2011

alien: puasa dulu baru raya

"Hoi! belum raya lagi la ~"

Aku mencari-cari dari mana datangnya suara itu.
Bila aku sampai depan kedai makan tu.

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

: Lagu raya bermain di radio kedai makan itu.

Oh.
Tokey kedai bergurau dengan pelanggan mereka rupenya.
Haha.
Terasa ceria. Feel raya dah datang.




26 July, 2011

alien: signature dish dari MR. Junior

Not bad ..
Sedap oh.
Burger dari Mr.Junior, Pizza Burger.
Memang terangkat lah.
Customer's favourite katanya, sebab tu aku cuba.
Ternyata memang layak menjadi kegemaran pelanggan.

Antara menu lain yang ada di Mr. Junior:
1. Roller Coaster
2. Pizza Burger
3. Original Burger
4. Merry-Go-Round
5. Splash Burger
6. Egg Burger
7. Cheesy Bolognese (Spaghetti)

Aku pilih ala-carte je.
Kalau set dia akan hidangkan bersama Hash Brown dan Teh berperisa.

Harga untuk ala-carte secara puratanya dalam RM5 dan harga untuk set dalam RM7. Masih murah berbanding dengan McD, KFC, Burger King, Carl's Junior.. dan lain-lain. Oraitlah kan. Kalau ikutkan maklumat kat Facebook Mr. Junior, cawangan ada di Bangi, Shah Alam dan Kelana Jaya.

Untuk maklumat lanjut, sila ke facebook Mr.Junior lah!
Klik sini : Mr. Junior



Burger dalam gambar atas ni lah yang aku makan semalam.. peh!!
Rasa macam makan burger dan pizza dalam satu masa.. Heh!!
Rugi oooo tak cube ...



25 July, 2011

alien: kisah dua tahun lalu

Dua tahun ini yang betul-betul mencabar.
Betul-betul menguji ketabahan jiwa.
Jatuh. Cedera berlawan; parah. Tewas.
Sabar.




alien: avrah kadabra

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa


- 'Senyum' Malique feat Najwa



Aku telah tersihir oleh bait-bait lagu di atas. Orang putih cakap under spell.
Sekarang tengah senyum. Jadi, aku tak dapat kata apa-apa.
Sihirnya terlalu kuat.



24 July, 2011

alien: cakap - cakap Bola Malaysia IV


Singa baham harimau, 5-3
Takpelah, di Bukit Jalil harimau akan membaham singa pula.

Em, kerana aku berada di Concorde sejak jam 8.00 malam dan baru tiba di rumah sebentar tadi. Tiada ulasan tentang corak permainan kedua-dua pasukan. Berdasarkan jumlah jaringan yang terhasil, pasti ianya perlawanan yang menarik dan sengit.

Menurut status FB rakan-rakan, ada yang cakap defend kita tak mantap, keeper tidur, permainan kita masih teragak-agak. Dapat aku simpulkan bahawa pemain kita masih gugup bermain di tempat lawan. Apapun, harimau masih ada peluang.

Ayuh, buktikan!!!


All hail Malaysia !!!
Auuuuummmm!!


22 July, 2011

alien: cakap - cakap Bola Malaysia III

Tahniah barisan pemain pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee berjaya mengekang asakan pasukan Chelsea. Keputusan penuh Malaysia 0 - 1 Chelsea. Hasil jaringan Didier Drogba pada minit ke 80.

Gol kemenangan yang kontroversi sedikit menceriakan pemain dan peminat Chelsea. Namun tidak pada pengurus baru mereka, Andrea Villas-Boas. Dia masih mencari taktik yang berkesan dan merangka formula mengatur pemain-pemainnya.

Untuk skuad Olimpik yang bertemu Chelsea pula. Ketajaman untuk penyudahan perlu diasah dengan lebih keras. Barisan pertahanan agak mantap. Barisan tengah juga perlu ditingkatkan. Keseluruhan, kita ada potensi. Semangat !!!



"Wekkk~ ref cakap gol la..." Drogba menjelir lidah kepada pemain-pemain Malaysia yang membantah gol tunggal kemenangan Chelsea malam tadi.

Apapun, pelawat memang seharusnya diberi 'sagu hati' agar mereka pulang dengan kenangan manis; mahu kembali ke Malaysia dan tidak pulang dengan hampa dan kecewa.




All hail Malaysia!!!

*bukan Hail Amir ye pakcik Gedek.

21 July, 2011

alien: Arsenal Song - RED ARMY





















Arsenal Song - RED ARMY

Who are we, red army ( x2 )
Who are we, red army ARSENAL ( x4 )
In red or white both day or night
Gonna show you how to play this game alright
Have you moving in circles til your head starts spinning
Only one team winning only one side singing
Gonna make you stare like you won’t believe it
Watch and learn coz we think you need it
Gonna pull the trigger and release it
So you’d better start running when the gunners start gunnin’
C'mon who are we, red army ARSENAL ( x4 )







alien: semalam

Semalam itu indah
mungkinkah akan berulang kembali

Ingatan semalam itu
mungkinkah akan bertandang kembali

Hari semalam itu
mungkinkah akan berjumpa lagi

Semalam itu
biarlah ia menjadi sejarah pada hari ini
menjadikan diri jadi sebenar-sebenar diri
memahat pada hati agar tidak lupa siapa diri

Semalam itu selalu
mengingatkan diri tujuan berada di sini

Semalam itu
biarkan ia berlalu pergi
selalulah bersedia untuk terima esok
katakan pada diri untuk selalu tenang hati



20 July, 2011

alien: pelangi pagi

Di sebelah kanan aku matahari pagi, memancar indah
Di sebelah kiri pula pelangi pagi, menyapa mesra

Ah,
Aku rasa lebih bersemangat dan ceria hari ini


Dengan lengkungan yang sempurna. Betul-betul sempurna.
Pelangi itu seperti gambar di atas yang aku copy dari carian google. Cantik. Jarang sekali aku melihat kejadian pelangi yang sempurna seperti itu secara realiti. Memang indah. Cukup indah.







"Bintang kejora!!"
seperti teriakan Pak Karmun.



19 July, 2011

alien: sebuah kisah lalu 2

Dia kemudian mendarat dan berdiri di depan kawannya yang jatuh itu. Dengan senyuman sinis di wajahnya. Dia hanya melihat-lihat dan asyik tersenyum melihat kawannya yang tergeletak itu.

"Apa dia tahu tentang sakit.."
"Apa yang dia tahu.."

Dia masih seperti tadi. Berdiri dan senyum. Mungkin menunggu rayuan dari kawannnya meminta tolong. Pasti. Tapi dia tidak tahu yang kawannya itu tidak sesekali akan meminta tolong darinya. Dari dia yang sebenarnya telah menolaknya jatuh terhempas ke tanah.

Dia masih lagi di situ tidak tahu yang kawannya itu tahu dia yang menyebabkan kawannya itu jatuh. Dia tidak tahu. Kawannya bukan tidak mahu memberitahu. Bukan. Cuma tidak mahu perhubungan mereka bertukar menjadi seteru pada masa itu. Masa ketika tidak berdaya dan lemah. Justeru mudah saja dia akan menang andai berlaku perkelahian. Dengan memilih jalan damai, kawannya itu berfikir untuk menghindari orang sebegitu.

Berkerut muka kawannya itu menahan sakit. Memaksa kakinya untuk melangkah dan melangkah pergi. Menjauhi dia yang masih senyum itu. Yang masih tidak tahu bahawa kawannya telah tahu.


alien: sebuah kisah lalu 1

Debuk!
Pelepap!
Darah berlumba-lumba keluar dari tempat yang bocor. Lepas tu rasa sakit. Badan pula calar balar. Tulang semestinya ada yang patah.

Sadis.

Perasaan terbang tinggi buat kita lupa rasa sakit ketika jatuh. Betul.

Lagi sadis orang yang terbang bersama kita hanya memandang dengan tawa sinis dan membiarkan kita di situ saja. Kejam.



18 July, 2011

alien: blues si kasut

Hampir setahun kasut tu terbiar di situ. Berhabuk. Bersawang. Nampak masih elok. Kali terakhir ia berkhidmat, ia lakukan dengan cemerlang walau dia basah kuyup dibasahi hujan.

Tapak tepinya sedikit terkopak telah digam. Ya, badan kasut dan tapak disatukan dengan gam dan bukan jahitan oleh pembuat kasut; kilang kasut.

Setelah digam, sejak itulah ia terbiar sendiri di sudut itu. Berhabuk. Bersawang.

Beberapa hari lepas khidmatnya diperlukan. Harap khidmat cemerlangnya berterusan. Tapi seperti orang yang bercinta kecewa biasa akan cakap, "Ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.."

Kasut itu telah gagal.
Mungkin perasaan rajuk dipinggir hampir setahun menjadikannya lemah dan tak berdaya; tapaknya mereput dan tanggal, ketika sedang berkhidmat.

Rest in peace.





14 July, 2011

alien: cakap - cakap EPL VI

Come on !!
Come on !!

Janganlah berfikiran negatif.
Jangan pula jadi sinis.
Jangan..
Enjoy the game. Itu yang penting.

Tewas. Jatuh. Kecewa.
Itu sebahagian dari proses pembelajaran.
Proses menjadi matang.
Proses menambah ilmu dan pengalaman.
Jadi..
Jadi tak salah kalau Malaysia tewas dengan perlawanan persahabatan dengan Arsenal. Tak salah. Itu peluang mereka memperbaiki corak permainan masing-masing. Lapangan mereka menambah ilmu dan pengalaman untuk masa depan bola sepak Malaysia. Untuk menjadi pemenang jangan takut untuk kalah.

Apa pun.
All the best untuk Malaysia.
Harap pengalaman ini berharga dan berguna untuk mereka mempersiapkan diri masing-masing untuk bertemu Singapura.


All hail Malaysia !!!






*Untuk rekod: Malaysia 0 - 4 Arsenal (Ramsey, Walcott, Vela, Rosicky)




09 July, 2011

alien: KL Shutdown

"Polis dah mula kepong KL, budak kita cakap sampai Ahad ni.."
"Macamana ni Shark?"
samseng pasar borong bimbang dengan situasi semasa.

"Korang takut ??!!"
"Korang tak berani ke ??!!"
"Ini Shark lah, sapa halang.. semua gua langgar !!"
jerit Shark megah.

"Hei, hei.. kalau takut korang boleh balik kampung jumpe Tok Anjang korang.." 
Jai menambah sambil melirik tajam anak buahnya.
Masing-masing kecut perut melihat reaksi Jai.
Mereka tahu amukan Jai tidak kenal siapa, kawan atau lawan.



07 July, 2011

alien: signature dish

Peh lapar.
Lapar.
Sang perut merintih meminta sedikit makanan.
Tapi bagaimana? aku masih di atas jalan.
Aku memujuk perut dan aku katakan padanya "hampir tiba di rumah.. sabar.."

Semakin hampir aku dengan rumah semakin rancak dia merintih. Kalau sebelum ini dia bermula dengan irama perlahan, sekarang iramanya sudah seperti penyanyi rap. Gundah sekejap jantung, hati dan rakan organ yang lain melayankan si perut yang menyanyi sumbang.

Tiba di rumah,
Aku capai pisau.
Eh, bukan untuk mencucuk perut yang nakal.
Cedera la aku nanti.

Aku ambil 2 ulas bawang, 4 biji kentang. Operate.
Rancak pisau menari di tangan. Hasilnya, kentang berjaya dipotong dadu dengan kemas.
Bawang pula selamat disebatikan secara paksa dengan ikan bilis dengan bantuan lesung batu. Tumbuk-tumbuk. Kelentang, kelentung bunyi dia.

Tanpa membuang masa, bahan-bahan tadi aku satukan di dalam bekas.

Tepung cap sauh dituang ke dalam bekas tadi. Sebiji telur ayam dipecahkan dan digaul sebati sebelum air dimasukkan sedikit demi sedikit dan dikacau mesra. Tidak lupa sedikit garam untuk memberi rasa masin. Kacau hingga sebati. Pastikan sebatian tidak terlalu cair atau terlalu likat. Sedang-sedang saja.

"Panaskan minyak uiii~"
aku menyuruh adik aku yang memerhati dari tadi untuk memanaskan minyak di kuali.

"Ko masak sekali tau.."
aku menambah sambil menyerahkan bekas tadi.

Kemudian, aku duduk di meja lagak seorang chef menunggu hidangan disiapkan oleh pembantu dapur sambil tersenyum dengan seni masakan yang aku terap dalam hidangan itu. Penuh dengan rasa kasih sayang dan ciri-ciri aesthetic tersembunyi di dalamnya. Peh. Marvellous.

Manakala sang perut menyanyi girang, terbayang keenakan cucur bilis(bahasa melayunya) atau jemput-jemput panas yang dicicah dengan sos cili.
Err, takde perkara lain agaknya nak difikirkan si perut ni kan.






06 July, 2011

alien: Peludah Warna: A Samad Said

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Dipinjam dari sini: Peludah Warna


05 July, 2011

alien: khurafat

Seorang Singh yang aku jumpa di kaki lima menegur aku. Dia mungkin singgah di kawasan ini kerana aku tidak pernah melihat kelibatnya sebelum ini di sekitar.

Kami pun berbasa basi.
Dia berkata dia pengamal Yoga.
Ketika melihatnya,
Aku seperti dapat menangkap sesuatu, seperti ingin sedikit derma.

Tapi aku cuba menafikannya, menolak tanggapan negatif pada pertemuan pertama. Aku layankan dulu bicaranya kerana gaya penampilannya tidak seperti seorang peminta derma. Aku cuba bermain mengikut rentaknya. Melihat arah tujunya.

Dia mula bercerita.
Dia perihalkan tentang hal penilikan.
Kemudian, dia bertanya soalan berkaitan tentang hidup aku.
Aku menjawab dengan pendek.

Sehinggalah dia berkata, "You will find 3 happiness in next month.."

"Really?" aku menyoalnya kembali.

"Yes, let me explain to you.. before that, can you donate some money.. and I will tell you.."

Aku senyum.
Seperti dalam jangkaan aku. Memang dalam tekaan aku.
"If then, thanks.." aku senyum lagi dan pergi.

Khurafat.
Kata aku dalam hati.


04 July, 2011

alien: korban ke 10

Betul.
Dia adalah korban ke 10.
Korban bos itu sejak aku berada di sini.

Dan hari ini, ada staff baru masuk menggantikan korban ke 10 itu.
Akankah terus meningkat angka korban itu selama aku berada di sini,
menjadi 11, 12 dan seterusnya.
Meningkat dan terus meningkat.

Perasaan yg benar- benar mematikan semangat.