31 December, 2010

alien: karam singh buat perangai ?


Hal nie berlaku kt bidayah tmn sri andalas jam 2:40pg
hari apa tu aku tak tahu lah

Check this out here
Tajuk dia: Karam Singh Mabok

Karam Singh Waliah
Apa cerita ni?



Jawapan dari beliau pada Kosmo! 5 Januari
"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.
Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.


alien: 2010 - 2011 = -1

Bla bla bla
Bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla
Bla bla bla

Hahahahaha
Hohohohoho
Hehehehehehe

1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010

Mohon maaf, salah silap andai isi dalam blog ini ada membuat pihak yang terasa. Aman, tiada perang !!
Tidak lupa, kiranya ada komentar - komentar yang ditinggalkan di blog rakan - rakan sedikit extreme. Mohon maaf.

Semoga tahun 2011 yang mendatang lebih baik untuk semua.
Amin ~

(Lagu tema penamat 2010)

Jumpa lagi tahun depan !!!

30 December, 2010

alien: cakap - cakap Bola Malaysia II

"Mau minum apa bos .."
"Makan?"


Di sebalik wajah - wajah girang dan senyuman yang terukir di muka para pemain malaysia dan juga para penduduk Malaysia berikutan kemenangan ke atas Indonesia pada kejohanan Piala AFF, ia masih belum mampu menandingi senyum lebar pemilik restoran mamak di serata Malaysia. Serius !!

"Layan bola kat mana malam ni?"
"Mamak la bro, baru havoc .."

Kan. Kan.
Biasa dengar dialog tu kan.






Fakta:
Sukan bola sepak secara tidak langsung meningkatkan rating restoran mamak berhampiran.


29 December, 2010

alien: dia menang, kita pun menang .. mudah kan

Sudah tercatat kisahnya malam ini.
Nama jaguh kampung memang sinonim dengan mereka.
Dia menang di kampung sendiri, kita pun menang di kampung sendiri.
Ternyata kita lebih 'Jaguh'. Mungkin kewujudan motosikal Jaguh sedikit sebanyak meningkatkan level jaguh dalam semangat perjuangan pemain - pemain kita barangkali.

Malaysia 3 - Indonesia 0 : Tempat Malaysia
Indonesia 2 - Malaysia 1 : Tempat Indonesia

Kesudahannya, Malaysia mengatasi Indonesia dengan aggregate 4-2.
Safee berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.
Manakala Firman berjaya menjadi pemain terbaik kejohanan.
Nampak di situ, kedua - dua pasukan mempunyai pemain terbaik masing - masing yang handal.
Kelebihan taktikal dan pandai mengambil ruang menjadi penentu dalam perlawanan akhir ini.
Banyak peluang yang di sia - sia kan oleh pasukan indonesia. 

Pada hemat aku, ada 5 peluang yang boleh menghasilkan jaringan tidak berjaya disempurnakan mereka.
Seperti kata kebanyakan orang, bola itu bulat. Dan seperti kata Dato' Hasbullah Awang, macam - macam boleh jadi dalam bola sepak. Jadi, itulah keputusan yang tercatat dan muktamad. Malaysia berjaya melakar nama menjadi antara pasukan juara dalam kejohanan Piala AFF.

Sudah menjadi adat. Adanya permulaan adanya pengakhiran.
Sama juga seperti dalam pertandingan, ada menang dan ada juga kalah.
Akhir kata, 


Syabas Malaysia.





alien: bukan salah siapa - siapa, salah kita sendiri

Dengan tersiarnya berita ini di akhbar the star.
Orang yang biasanya dipandang sebelah mata mungkin telah menggugat para pemilik kerusi empuk di pejabat. Perkara tersebut walau akan menjejaskan pendapatan mereka yang dipandang sebelah mata ini, namun ia telah berjaya meletakkan usaha mereka dalam kelas yang tersendiri.
Syabas !!

Itu baru seorang yang ditemui. Di luar sana ramai yang seperti dalam akhbar itu berkeliaran samada solo, berduet atau berkumpulan. Bayangkan keuntungan besar sindiket - sindiket yang menaungi mereka. Wow !!. 

Tak salah kalau niat kita ikhlas nak memberi. Asalkan niat ikhlas, kita akan beroleh pahala.

Sekiranya mereka itu benar - benar begitu iaitu tidak berupaya, pemberian kita bermanfaat kepada mereka. Sekiranya mereka hanya menyarung topeng sebegitu, moga mereka segera berubah. Segeralah sementara hari masih terang.





Malam ini perlawanan akhir Indonesia bertemu Malaysia.
Dengan bekalan tiga gol. Peluang cerah di pihak Malaysia untuk membawa pulang Piala AFF.

Hari ini juga, surat khabar ada bercerita tentang kisah laser. Penulis blog pun ada tulis. Di twitter katanya perang dingin, entahlah, tak ambik port.
Malaysia dan Indonesia kan satu rumpun, tidak banyak bezanya. Dan perlawanan bola sepak ini sepatutnya mengeratkan persaudaraan antara kita bukan saling tuduh menuduh tentang siapa yang mula menggunakan laser. Jadilah dewasa dan matang atau kata lainnya "Professional".

Aku teringat zaman aku bermain Ragbi dulu. Masing - masing tunjuk garang dan bengis dalam padang. Terjah keras, kejar mengejar, tarik menarik, Keluar padang masing - masing duduk bergelak tawa bersama.
Nice kan ~
Perangai professional walau amatur.
Heh






28 December, 2010

alien: cakap - cakap EPL IV

Awal pagi waktu Malaysia, 
Letupan merian 3 das kedengaran di Stadium Emirates
Diikuti sorakan kuat oleh penonton menjerit girang


"Bro, tahniah .." sapa Sir Alex sejurus tamat perlawanan
"Terima kasihlah .. Esok datang lah rumah, ada makan-makan sikit .." balas Wenger
"Jangan lupa ajak budak - budak ko  .. kang kecik hati diorang .." sambungnya lagi

"Brader hujung tu tak nak ajak sekali ke?"  tanya Sir Alex sambil senyum tersipu - sipu
"Erk .. boleh ke bro, tak terasa ke kang dia?" jawab Wenger sambil tersengih


Di sudut sana kelihatan Drogba sedang menguis - nguis kasut yang dipakainya
Di tepinya pula ada Ancelotti yang sedang pandang langit dan geng biru yang lain sedang tersenyum kelat




27 December, 2010

alien: cakap - cakap Bola Malaysia

TAHNIAH untuk pasukan Malaysia dengan kemenangan tiga gol berbalas kosong ketika bertemu dengan pasukan Indonesia di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Mungkin petanda awal kebangkitan era kegemilangan bola sepak kita sudah bermula.
Ayuh !!

Sinonim dengan kejayaan itu, rata - rata ramai blogger telah mengupdate tentang jaringan, tentang kisah laser yang berjaya membuat perlawanan dihentikan seketika, tentang kisah kutuk mengutuk antara penyokong kedua - dua negara dan tidak kurang yang mengulas perlawanan secara penuh.

Tak perlu lah kiranya aku bercerita kisah yang sama kan.
Heh.

Indonesia jaguh kampung?
Itulah yang dilabel oleh sesetengah pihak tentang pasukan Indonesia. Kosmo! pun ada berita tentang itu.
Tetapi, jangan pula kita lupa bahawa pasukan Malaysia juga antara Jaguh Kampung.

Jadi, untuk mengetahui jaguh kampung mana lebih handal. Sama - samalah kita tunggu dan lihat perlawanan akhir kedua pada hari Rabu ini.

Apa pun Tahniah dan Syabas untuk pasukan Malaysia
Tetapi perjuangan mereka masih belum selesai
Ada 90 minit yang perlu ditempuh untuk menjadi juara baru Piala AFF

Malaysia BOLEH !!!



26 December, 2010

alien: Lost







"You might be a big fish
In a little pond
Doesn’t mean you’ve won
‘Cause along may come
A bigger one"

- Coldplay : Lost

No need to explain more, its life ...



 - killer whales (orca) win over sharks -




24 December, 2010

alien: kami panggilnya teori gembira

Ha
Mari rapat
Mari dekat

Pak sedara
Mak sedara
Jiran tetangga
Adik kakak abang
Pak menteri
Pak driver
Pak jaga

Kami gelarnya "Teori Gembira" atau "Fun Theory"


Jadi macam mana?
Yang bosan bertukar menjadi satu tumpuan ramai
Kreatif dan menarik idea mereka

"Fun Theory by Volkswagon"

Jadi apa tunggu lagi?
Hehehe




23 December, 2010

alien: masa itu terbunuh



Masa itu akhirnya terhenti begitu sahaja
Meninggalkan aku yang masih terpinga - pinga
Dalam keterpaksaan aku membiar masa itu diam di tempatnya
Dan hari - hariku seterusnya berlalu tanpa masa itu

Kala ini
Aku terfikir adakah masa itu akan kembali
Atau akan ada masa lain datang mengambil tempatnya




----- sekian -----









:ilham dari jam tangan aku yang baru mati malam tadi .. jangan marah aaa...

22 December, 2010

alien: syukur

Alhamdulillah ..
Semalam 21 Dec 2010 dan hari ini 22 Dec 2010
Tarikh yang bersejarah untuk dua insan dalam keluarga aku
Emak dan adik perempuan aku
Puan Zaleha Bt Hj Zainal & Nurfatehah Bt Ahmad Mahalli

Ucap selamat kepada mereka ..

Meraikan mereka di rumah
Berkumpul satu family sambil gelak tawa
Nice ... cukup bermakna
Hohohoho


Untuk Farahin yang kat UIA tu
Tengok je gambar kek cukup lah ye
Ngeh ngeh ngeh




: tukang tulis kek salah tulis huruf 'F' tu



21 December, 2010

alien: tau mexico tak?



Laki: Eh, tau Mexico tak?
Perempuan: Erm.. tau..
Laki: Bawak basikal, datang balik, k?
Perempuan: Haaa? Mexico?
Laki: Yela.. Mexico .. Pergi aaa ~
Perempuan: Tamau laaa ~

(Senyum sinis)
Comel kan budak - budak ni




Ps: Bukan niat untuk promote P1, sbb aku pakai Streamyx .. Hohoho


20 December, 2010

alien: perempuan bagi seks sebab cinta, lelaki bagi cinta sebab seks

Apa kess !!!
Perempuan bagi seks sebab cinta, lelaki bagi cinta sebab seks
Tak mustahil lah kes buang bayi berleluasa
Kes mengandung luar nikah
Kes zina

Makin rosak remaja zaman kini
Adoi !!

Print Screen dari Youtsays

Aku malas nak ulas panjang - panjang

Cuma nak cakap lah

Cinta itu suci
Cinta itu kasih sayang
Cinta itu kekuatan
Cinta itu keajaiban

Cinta itu penuh rahsia
Cinta itu luas maknanya

Jika cinta itu seks, ianya hanyalah nafsu semata




alien: perutusan untuk para pembaca

Long time ago,
When I'am still young (now also young), I have Friendster account (still have but not active)
Friendster provide space for us to write, the function same as a blog
When I start write there many asking "Why you like to write a blog?"
I just smile and reply them, "Hobby .. "

So, for me blogging is a hobby
Beside that, its a way to relax. Others, it is a way to reach all internet users around the world which we know and may not know

Why blogging?
Some says they write to earn penny from advertising running at their blog
Some may says they love to write that why they keep writing and sharing
Some have their own reason, that why their blog only open for invited reader
Some create blog to market their business
All that reason lead to the creation of variety type of blog which serve it purposes

Some blog write about love and romance, some write about technologies, some write about their daily life, some write about religion, some write about their opinions toward current issues .. some mixed it up
All that made blogging fun
We can find people blog almost about anything
From A until Z
We might find blog that funny, serious, dull, informative etc

People may like what we write nor dislike or just ignore
Depends on theirself

To readers, don't just allow what the blogger write

Blogger also a human
Reader have right to express theirs and says right or wrong
Blogger must professional, otherwise don't publish
Do responsible on what we write
That's true blogger
Heh

As for me, blogging is a hobby

Maybe nothing special would you find here as for example to follow
But, I would like to share my first entry for this blog
Even though it not so good, Its valuable since it is my first

Thanks readers
Until then ..



19 December, 2010

alien: Dinosaur dan Alien dua entiti asing

Kalau sebut "Alien" saja mesti ramai yang teruja kan
Kalau sebut "Dinosaur" teruja tak ?
Kalau rasa - rasa teruja serbu lah ke Pusat Sains Negara segera
Pameran "Dinos Alive" sedang berlangsung

Tadi kat berita seorang kanak - kanak menangis takut Dinosaur
Keh keh keh

Seterusnya kat sini

Terasa macam nak pergi-lah



18 December, 2010

alien: keterbukaan otak

Ahahaha ..
Dah kena serangan secara halus oleh para pembaca di alam maya
Blog Seksualiti Merdeka tu pun dah buang atau disable ruangan komen dia
Apa kes ?

Katanya bebas lah, demokrasilah
Bebas bersuara katanya .. jadi para pembaca pun luahkan lah pendapat masing - masing secara terbuka dan bebas. Tak salah kan?
Kalau mereka dah buang ruang komen tu, kiranya macam mereka mengamalkan sikap tertutup lah. Tak boleh terima teguran, tak ada sikap terbuka langsung lah.

Kalau dah macam tu, close je kot. Buat kempen secara underground, tak payah kasi tahu orang satu Malaysia ni yang rata - rata mencintai tanah air mereka. Mereka tak rela melihat tanah tumpah darah mereka ternodai oleh amalan songsang. Akibatnya boleh jauh dari nikmat Tuhan. Jangan main - main wooo..



Aku punya blog open .. bebas cakap apa saja
Sila la cakap apa - apa, jangan malu - malu ye ..
Erk ..

Hohohoho




17 December, 2010

alien: Dia Gay, Dia Tak OK-lah

Nama dia Azwan Ismail
Seorang Jurutera dan Penulis

Hebat kah kalau seorang Jurutera mahupun seorang Penulis berkata dalam video bawah ni ?
Bila dia kata, "Saya Gay, Saya Ok.."

Confirm kawan aku akan cakap camni "Palotak !!!!"
Kalau aku kasi link video ni kat dia


Di ambil dari sini
Moga dia segera berubah dan bertaubat
Kepada pihak yang berkenaan, sila ambil tindakan yang wajar

Lepas kes "dia pilih KLCC dow"
Muncul plak kes "saya gay, saya ok"

Errr, aku tinggal kat Malaysia ke?





alien: tunjuk ke flat lah

Kepada penduduk di Flat sila-lah cool ye
Walaupun pendapat Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedikit memberi persepsi negatif kepada penduduk Flat di Malaysia khasnya di sekitar ibu kota
Reputasi flat tercalar 

Selanjutnya di sini

Itu hanya pendapat beliau sahaja, mungkin ada betulnya mungkin ada tidaknya
Tidak elok sekiranya kita menyalahkan kehidupan di flat boleh mendorong remaja kepada berlakunya zina pada masakini
Walhal, flat itu terbina untuk menangani masalah kepadatan penduduk di ibu kota
Flat juga berjasa membantu golongan yg kurang berkemampuan untuk memiliki rumah pada tika nilai hartanah melonjak naik
Flat juga membantu mengurangkan setinggan di kawasan ibu kota yang menjadi masalah pada satu masa dulu

Tanpa terbinanya flat, warga kota nak duduk mana?

Jadi tidak adil sekiranya kita mengatakan tempat tinggal (flat) punca berlaku masalah zina. Sedangkan di kawasan pedalaman juga berlaku perkara sedemikian

Pada aku, cara menyelesaikan masalah sosial ini adalah kembali kepada Maha Pencipta. "Agama" , itu kunci kepada penyelesaian masalah ini

Selain itu, perlu juga mengurangkan atau banteras terus pusat - pusat hiburan yang tumbuh melata
Tak guna juga, kalau tiap-tiap hari serbu pusat hiburan tanpa permit yang dikatakan haram
Walhal, pusat hiburan itu sendiri haram

Banyak lagi faktor utama yang boleh menjurus kepada berlakunya zina selain dari keadaan flat itu sendiri
Fikir - fikirlah ..


Err,
Mana perginya kempen "Rumahku, Syurgaku.."






16 December, 2010

alien: seramnya, kalah hantu zombie weh

Pagi ini macam pagi - pagi yang selalu
Bangun pagi, mandi, gosok gigi, sembahyang, sarapan
Start motor pergi kerja
Tapi aku tak rempit, aku bawak slow and steady
Dalam istilah orang putih; Enjoy the ride-lah

Jejak kaki dalam opis
Macam selalulah, keluarkan laptop dari laci
Surf akhbar dalam internet dulu, tengok berita yg penting - penting
Buka Kosmo, Thesun, Harian Metro
Senang baca akhbar dalam internet ni, jimat pun jimat
Tak payah keluar duit beli dua tiga jenis akhbar, leceh woo

Tapi pagi tu aku bukak metro
Masya`Allah ..
Dia kasi up cerita pasal dua beradik buat seks, aksi panas di Hotel
Gileee !!
Rakaman tu tersebar melalui telefon bimbit
Umur keduanya yang dikatakan adik beradik dalam lingkungan belasan tahun
Kalaulah Metro up kisah Zombie makan kambing kat Kampung Pisang sebelah cerita seks tu, aku pasti Zombie tu mesti tak nampak ngeri dan ganas walau darah kambing meleleh jatuh dari mulutnya disertakan dengan renungan mata merah menyalah. Jatuh menjunam tahap kengerian dan keganasan Zombie tu.

Jadi dalam kes adik beradik buat seks tu siapa yang harus dipertanggungjawab?
Ibu Bapa? Kawan? Masyarakat? Media? Internet?
Harusnya kita bersama membanteras perkara ini
Katanya 1Malaysia, jadi perlu la bersatu membentuk generasi masa depan yang bermoral dan gemilang
Begitu kan ..
Jangan asyik nak menuding jari je
Potong karang jari tu ...


Altimet cakap:
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

(Petikan dari lagu "Kalau Berpacaran")

Sama-samalah kita berdoa mintak dijauhkan waris kita dari perkara tersebut
Amin ~



15 December, 2010

alien: misteri terjalin setelah menonton hantu kak limah balik rumah

Dush ..
Dush ..
Dush ..

Kata - kata yang meluncur keluar dari mulutnya

Kami berpandangan
Aku dah nak tergelak, tapi masih dapat control lagi
Aku tengok muka kawan aku, masing - masing muka konpius
Muka pelik, muka inginkan penjelasan

Kemisterian masih melanda diri masing - masing sehingga kini

*Ini bukan kisah gaduh ala - ala filem tamil/hindustan yang ada bunyi "Dusyum-dusyum tu"

---------------------------------------

Semuanya bermula pada petang itu,
Aku tiba awal. Kawan aku yang berdua tiba lewat. Yang sorang lagi keluar opis awal.
Ini semua gara - gara Mamat Khalid punya filem, Hantu Kak Limah Balik Rumah
Masing - masing menggagahkan diri menerjah wayang di shopping kompleks di Subang, walau luka di kaki masing terasa sakit. Sengal badan masih melanda, tetap gagah !!. Semangat hantu dah meresap dalam jiwa la ni

Macam biasa lah,
Kalau dah gelak - gelak mesti haus
Sedikit sebanyak terasa la pedih perut, lapar ..
Jadi, masing - masing pun setuju untuk makan malam di sebuah kedai Thailand ni
Sekali - sekala layan masakan Thailand-lah pulak

Jeng, jeng, jeng (muzik latar)

Order, makan, minum masih macam biasa
Kenyang pun macam biasa, belum tahap tergolek macam ular sawa


Mana misterinya? (mesti korang tanya camnikan)
Ni part yang misterinya (aku jawab balik)


Brader thai tu datang ke meja
Dia berdiri tegak jugaklah macam budak sekolah berdiri di perhimpunan sekolah
Dia berdiri kat sebelah kanan aku, pegang buku nota kecik ada terselit pen
Warna pen tu aku tak check lah pulak

Dia berdiri lalu menggerakkan tangannya
Dengan wajah yang selamba
Dia menggerakkan tangan dengan perlahan sambil membuat gaya seperti menangkap sesuatu di udara dengan tangan kanannya dan kemudian menggenggamnya
Tiap pergerakannya di tuju ke atas pinggan yang kosong

"Dush .." 

Sambil menggenggam tangan dia menyebut perkataan itu
Oleh kerana ada empat pinggan
Maka, ritual pergerakan itu pun berlaku empat kali diselang seli dengan perkataan

"Dush .."
"Dush .."

Kemudian dia cakap, "Dua puluh enam ringgit .."



Aku tengok kawan aku bertiga dah ternganga

Aku pulak menahan gelak
Lawak Hantu Kak Limah tak habis hadam lagi dah muncul satu lagi lawak versi Thailand depan mata aku pulak

Hadei ~


*Jangan tanya aku kenapa brader Thailand tu cakap "Dush..."


14 December, 2010

alien: escape to nature II

Brader Bot tu cakap, ini Batu Paus
Ada iras-iras paus kan. Tapi ekornya takde lah
Aku syak mungkin pada zaman dahulu kala ada keluarga paus yang selalu datang
ke Pangkor untuk bersiar - siar.
Tapi, nasib salah seekor agak malang kerana telah di sumpah Sang Kelembai.
Atau mungkin di sumpah emak si Tanggang kerana engkar dengan arahannya untuk mencari Tanggang.


Ini ikan yang dapat ditemui ketika snorkeling
Gambar ni aku googlekan aje, sbbnya kitorang takde kamera kalis air
Ikan ini penggemar roti tegar selain lumut-lumut di dasar
Best tengok ikan ni berebut-rebut makan cebisan roti yang dihulurkan

Sebelum menuju ke tempat snorkeling selipar ditinggalkan di pantai Teluk Nipah
atas arahan brader bot
Akibatnya, abis calar balar kaki terkena terumbu karang dan batu yang tajam masa snorkeling
Masing - masing berpandangan: "Apekejadah !!!"

Calar - balar pun fun-lah




Next destination ...
Sabah?



13 December, 2010

alien: hantu kak limah balik rumah


Sebuah filem Mamat Khalid


"Enjit - enjit semut, siapa sakit naik atas ..."

Adanya unsur lawak yang membuat kita fikir
Bukan hanya lawak kosong
Best ler ..
Cepat pergi tengok !!





:Poster dari google



12 December, 2010

alien: escape to nature

Jejak kaki je aku cakap "Wow!!!"
Pemandangan cantik, ada kabus kat bukit-bukit
Gerimis sikit - sikit tak menghalang aktiviti snorkeling yang dirancang
Walau air keruh dan view dalamnya tak berapa nak cantik
Puas hati dapat tengok ikan berenang dekat depan mata
Yeah !!


Aku pusing - pusing sekitar pantai,
Jalan ke sebelah pantai yang bukan kawasan snorkeling
Aiseh .. sampah la brader,
Ada botol arak, botol plastik, plastik, kaca .. hanyut dan terdampar di situ
Tak ada kesedaran sivik langsung

Petang tu sempat turun memancing

Masalah sama juga, sampah hanyut dan tersangkut di tepi jeti
Kebanyakan materialnya dari plastik
Ada plastik cekedis, plastik roti burger ...

Kami beruntung kerana pada hari itu tiada ikan plastik
Heh !!






Apa salahnya kita bawa bersama sampah yang kita sendiri hasilkan
dan buang di tong sampah berdekatan
Tak la sesukar mana pun ..

Mudah je




09 December, 2010

alien: its holiday time !!!


(Sumber dari WikiBocor)

Memetik ucapan dari Mr. President dalam satu sesi soal jawabnya bersama wartawan ketika Persidangan Keamanan Bumi 2010. Menjawab pertanyaan dari seorang wartawan tentang rancangan kehadiran Alien ke bumi,
"Yes, he (Alien) would go on vacation for couple of days ...," menurutnya.

Ketika ditanya lokasi percutian Alien itu, ini jawapan beliau,  
"For safety reason, I cannot reveal this to public ..".

Dalam persidangan itu juga, Mr. President berkesempatan menyaksikan pelancaran keretapi Amfibia pertama dunia buatan Malaysia.

-Reuters

alien: buaya di kaki

Tiga tahun yang lalu,
Budak rumah sewa aku gelak pandang selipar getah aku
"Ciskek !!!" aku cakap dalam hati
Aku pakai yang Asadi punya je, kaler biru
Sampai licin tapak dia aku pakai
Ngeh ngeh ngeh
Dua tahun yang lalu,
Sewaktu pulang dari Padang, Indonesia
Selipar getah cap Asadi aku yang baru sempat aku pakai seminggu tercicir kat LCCT
Aku suspek ianya jatuh kat ruangan kargo kot
Sbb aku gantung selipar tu kat beg
Aishhh ...

Dua hari lepas,
Bekas budak rumah sewa yang gelakkan aku semua pakai selipar getah yang sama
Warna aje berlainan
Tapi bukan brand Asadi, brand Crocs-lah
Uptown mari !!!

Aku je pakai sandle ...
Heh







Sekarang ni, ramai yang menyarung buaya di kaki masing - masing, samada yang original mahupun yang cetak rompak atau pun yang berbeza jenama. Betul kan ..

Mesti George B. Boedecker, Jr. bangga lihat rekaannya menakluki jalanan - jalanan.
Selain berjaya menandingi populariti "Selipar Jepun" yang top sejak generasi ke generasi sebelum wujudnya selipar getah rekaannya.

Tapi bagi aku, selipar jepun masih berada di ranking teratas di Malaysia ini. Kerana, jika tiada selipar jepun maka tiadalah permainan yang dipanggil "baling selipar". Tak kan korang nak main baling selipar pakai terompah kayu kot. Bocor kepala nanti. Heh !!!


Tiada selipar jepun, tiadalah selipar jamban ..
Err, selipar jepun dengan selipar jamban tu spesis yang sama kan ..



08 December, 2010

alien: muka berkedut-kedut

Merajuk,
Tarik muka ..
Nanti cepat tua, muka berkedut - kedut


Karang ngko jalan dengan akak ngko, orang tanya
Mana satu adik mana satu kakak ni?




dan.. masing-masing tersenyum ...

Heh
Best punya nasihat



07 December, 2010

alien: ......

 ......












"HIDUP INI TAK ADA MAKNA"


Serius,
Memang serius ..
Tak main - main

Bukan kecewa,
Tapi ini memang serius
Hidup tak ada makna
Betul - betul serius - lah

quote tu aku pinjam dari blog Roy
(Filem: Aku Tak Bodoh)
Serius kan..


Hehehe

Roy yang ini
Bukan Roy Hodgson
~



alien: berapa Voltan ye?

Jizzz
Jizzzz
Jizz
................

Manusia adalah pengalir elektrik yang baik
Fakta atau Auta?
Fikir - fikir ~

Kerap kali hujung jari aku merasa kejutan elektrik apabila menyentuh benda logam
Ia kerap terjadi semasa aku berada di opis lama
Setelah berpindah ke opis baru, kejadian ini sudah tidak aku alami 
Sehinggalah aku tersentuh bingkai logam di surau petang tadi

Jizzz
Jizzzz
Jizz
Tenaga elektrik mengalir

Terasa sedikit kebas di hujung jari
Adakah di pintu surau itu terdapat tenaga elektrik yang berlebihan
Pernah juga aku alami ketika menyentuh troli di tempat membeli belah
Biasanya ia terjadi ketika aku sendiri tidak sengaja tersentuk logam tersebut

Bila aku google, ada yang mengatakan bahawa ia terjadi kerana 
elektrik yang berkumpul di benda itu mengalir keluar dan mengecas tubuh badan kita
Mungkin juga ..

Harapnya ia tiada hubung kait dengan peristiwa aku terkena 
renjatan elektrik semasa kecil lah
Mana lah tahu, tersimpannya arus elektrik dalam badan aku tanpa 
pengetahuan aku selama ini
Yang kemudian ianya bangkit ketika aku tidak menyedarinya

Hehehehe



Haip ! Haip !
Jangan  berani rapat
Nanti aku karenkan korang ...





06 December, 2010

alien: Sirap Kahwin

SIRAP, sinonim kelihatan pada sesebuah majlis kenduri kendara.
Keindahan terbayang melihat berjug-jug air sirap mahupun oren tersusun di atas meja sebelum dihidang kepada para tamu yang hadir. Jarang kelihatan kenduri kendara menghidangkan berjug-jug air anggur, air limau mahupun air barli.



Dan permintaan untuk kedua - dua perasa ini dijangka meningkat secara mendadak pada bulan December ini. Acapkali tiba hujung tahun, permintaan kedua perisa ini akan meningkat selaras dengan kehadiran musim cuti sekolah. Situasi ini berlaku, berikutan dengan majlis perkahwinan mahupun majlis berkhatan yang dibuat di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, permintaan untuk perisa lain masih dalam kadar yang sama dan tiada peningkatan permintaan yang luar biasa.

Kadar penggunaan gula meningkat walaupun kerajaan telah menaikkan harga barang tersebut baru - baru ini. Ia tidak dapat dielakkan kerana ianya satu keperluan untuk penyediaan minuman atau memasak dalam sebuah majlis yang besar.

Fenomena ini membawa kegembiraan kepada Pak Tam atau Mak Limah selaku pemilik kedai runcit di kampung - kampung kerana peningkatan hasil jualan secara mendadak. Jualan beras, garam, tepung, kelapa dan beberapa lagi barang runcit meningkat secara mendadak apabila tibanya hujung tahun. Dapatlah mereka menambah tabungan untuk menunaikan haji.

Selain itu, tokey ayam dan daging pula sedikit tersenyum riang dan tidak menang tangan memenuhi permintaan pasaran yang meningkat pada tiap kali tiba akhir tahun, selain dari musim - musim perayaan.




05 December, 2010

alien: Segaris Harapan

Hari ini terasa senyap dalam diri
Cuma yang ada sunyi bersama angin dingin menemani
Aku cuba mencari apa maknanya dan apa ertinya
Tapi, yang ada hanyalah kosong tiada terisi
Aku bangun
Melemparkan pandangan ke sana
Tiada apa
Aku toleh ke arah sana pula
Juga, tiada apa

Aku duduk kembali
Berharap agar senyap akan berlalu pergi






04 December, 2010

alien: Sabar je la Sadik

Pemain Malaysia dilamar kelab Eropah.
Jurulatih tempatan menolak tawaran kelab Jepun.

Header ruangan sukan akhbar itu langsung tidak menarik baginya. Nafsunya langsung hilang dan mati. Dia melipat akhbar tersebut dan meletakkannya di atas meja dan mencapai gelas teh o aisnya. Dia menyedut air dalam gelasnya yang tinggal suku.

"Pak Li, kira !!" lantang dia memanggil tuan kedai selaras dengan rasa ribut yang melanda jiwanya. Dia mengeluarkan wang plastik bernilai RM5.00. Pagi itu dia hanya minum teh o ais saja sebagai alas perut tidak seperti hari kebiasaanya yang mana dia akan memakan 2 bungkus nasi lemak 50 sen di kedai Pak Li itu. Tetapi pagi itu, hanya kerana sms yang diterimanya tadi telah membunuh nafsunya untuk menikmati nasi lemak 50 sen di kedai Pak Li. Langsung hilang nafsunya terkubur begitu saja.

"Kejap, kejap.. !!" balas Pak dari dalam. Dia yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk membuat nasi kerabu terkocoh - kocoh keluar dari dapur.

"Ada pun.." Sadik mengeluh sendiri ketika melihat Pak Li yang sedang menuju ke arahnya. Beberapa pekerja Pak Li sedang mengemas dan menghias meja di hujung sana. Menurut mereka, Pak Semail telah menempah meja di sudut hujung itu untuk menjamu pekerja - pekerja di ladangnya sebentar lagi.



"Teh o ais ye, RM1.45 je .." sambil tersenyum Pak Li berkata dan menghulur resit bayaran kepadanya.

"Oh.."
"Erk.. apa ni Pak Li?" soal Sadik.

"Kenapanyeee..." balas Pak Li inginkan kepastian.
"Ni haa, semalam saya minum teh o ais cuma singgit pat posen je .. hari ni nape singgit pat puluh lime sen?" soalnya kembali.
"Yang tu pak cik nak laraskan dengan harga minuman bersusu .." jawab Pak Li selambe
"Cuba tengok tu haaa .." sambungnya lagi sambil menunjuk ke papan tanda.

Harga semua minuman bersusu RM1.90.

"Itu harga minuman bersusu bukan yang kosong bergula camni.." bentak Sadik tanda protess
"Oh, baru naik hari ni la.. papan tanda belum naik lagi" jawab Pak Li
"Tapi kenapee .." dia masih tidak puas hati dengan jawapan Pak Li itu


Pak Li berlalu pergi setelah memulangkan duit baki kepadanya
Dia terlupa seketika ribut yang melanda kerana mengenangkan air feberetnya telah dinaikkan harga






Itu semua kuasa Pak Li la Sadik !!!
Hohohoho


03 December, 2010

alien: Admin Executive

Ini ada satu lagi job posting..

Siapa yang berminat sila lah forward resume kepada email yang di bawah tu.
Job vacancy.
Kerja kosong dalam Kuala Lumpur di Maju Tower.

--------------------------------------------------------------------------------------

Hope this find you well.

As promised, the following is the job description for your review. For your information, my client is a downstream oil & gas company doing fabrication and plant management, among others. The admin executive will work at their partner office, a Korean company located at Maju Tower. My client prefers a degree holder, at least 6 to 1 year experience in similar capacity; and must be a male candidate. The candidate must be able to speak English as he will be handling Korean personnel. Any referrals coming your way are deeply appreciated.

Our client is a reputable engineering company providing the best in class customized engineering solutions drawn from their broad-based resources that emphasize professionalism, efficiency, safety and value-for- money.

Admin Executive

Job Description
·        Responsible for the general administration function, documentation, filing as well as other related task and clerical duties
·        Coordinating and organizing travel arrangements, hotel reservation, arranging and coordinating business schedule/ itinerary and company events
·        Support multiple miscellaneous projects that may arise from time to time
·        Manage office supplies, office equipment and associate spend
·        To assist with other ad-hoc task as needed

Job Requirements
·        Candidate must be a Bachelor's Degree graduate
·        Preferably male candidates with working experience in a similar position
·        Knowledge of IT is important with a good understanding and proficiency in using MS Office (Word / Excel / PowerPoint)
·        Personality trait/character: resourceful, fast learner, independent and able to multi-task
·        Good communication skills in English; ability to speak Korean advantageous


Please encourage your friends to sent their CV to us for our review should they be interested to pursue this opportunity. Many thanks.


Best regards,

Nora Abdul Rahim
HCR Sdn Bhd - We go the extra mile....

Tel : +603 9200 4394
Fax : +603 9200 8660
H/P : +6016 369 4802

-------------------------------------------------------------------
Petikan dari emel aku, bulat - bulat aku copy.
Niat aku nak cari area Shah Alam dan Klang.

So, kepada sesiapa yang berminat. Bolehlah berhubung terus kepada Cik Nora tu.
Sekian.



alien: mencari model

Yaa..
Seperti tajuk yang di atas

Model dicari oleh encik Duku untuk Photoshoot, perempuan sahaja
Ada payment, jangan risau
Boleh lah contact beliau kat facebooknya
Kalau yang takde facebook tu dan rasa - rasa ada bakat jadi model, cepat - cepat la sign up facebook ye

Nak tahu selanjutnya, contact dia di facebooknya
Cubalah, mana tau boleh jadi macam Lisa Surihani ke, Nasha Aziz ke?
Siapa tahu ..
Dapat jadikan part time job pun ok, ade la pasif income

Sekian, harap maklum



02 December, 2010

alien: Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Jom cuci mata kejap, tengok gambar bawah ni:
 
Gambar ekslusif sehari sebelum pelancaran.

Kuala Lumpur International Motor Show, yang akan berlangsung pada 3 - 12 December 2010.
Bertempat di PWTC.
Sila rujuk website rasminya.

Di bawah ni adalah gambar sebelum majlis pelancarannya iaitu 3 Disember 2010.
Kira macam sumber bocor-lah.


 Ini adalah hasil rekaan Proton

 Ini pula hasil rekaan Perodua

Ini pula Bumble Bee yang diarah menjaga pusat pameran

Ini pula Batman tumpang letak motosikal dia

Hohoho


Untuk gambar lain - lain, sila menuju ke PWTC-lah

Gambar adalah dari Facebook kawan aku.
Hehehe