Aku menuju ke surau kuartes polis untuk solat zohor
Tapi aku bukan polis, aku penah jumpa polis je
Semalam pun ada jumpa sorang Sarjan
Kasi keterangan untuk kes pecah masuk office aku
Sebab kat bangunan office aku tu tiada surau
Jadi, perlu melangkah ke surau berdekatan: di kuartes Polis
Surau itu mengadap kedai makan tempat kejadian semalam
Aku berdiri seketika dan terpaku sejenak di hadapan paip
Kelihatan kelibat susuk yang menarik perhatian aku
Bukan kelibat perempuan seksi seperti fikiran kalian
Bukan juga kereta mahal yang hot
Bukan juga superbike yang mampu membuat aku cair
Berbaju biru cair
Berkopiah dan berseluar kotak macam kain pelikat
Semalam aku silap pandang
Dia memakai seluar kotak bukan kain pelikat
Confirm !!!
Suspek telah dikenal pasti
Super computer dalam otak aku proses data dengan jayanya
Mengenal pasti dari visual yang masuk melalui mata
Suspek berada dengan seorang lelaki
Sedang makan dan minum
10 minit kemudian .. setelah aku selesai solat
Aku bercadang untuk mengintip pergerakan suspek
Macam spy bukan stalker
Tapi aku kecewa, suspek sudah tiada di tempat kejadian
Aku cuba menghidu dan meneka arah tujuan suspek
Aku berjalan ke sebuah kedai runcit india
Ternyata arah kaki aku membawa kepada penemuan jejak suspek
Aku perhati dari jauh
Agak dalam 2 - 3 minit
Suspek kelihatan meminta sebatang rokok dari seorang lelaki
Lelaki dan kawan - kawannya sedang melepak di kedai makan yang bersebelahan kedai aksesori kereta
Seketika kemudian
Aku berpatah balik ke kedai makan berdepan CIMB
Kelihatan seorang lelaki yang duduk dengan suspek berjalan keluar
Aku menuju kepadanya
"Bro, tadi duduk dengan seorang pakcik kan?"
"Kenal ke pakcik tu?"
Aku bertanya
"Tak .. kenape?"
"Dia tipu kan?"
Brader tu cuba menduga maksud aku
"Tak tahu la bro.. samada dia tipu atau tak betul"
Aku membalas
"Aku tak tahu die tipu ke apa.. aku cuma nak tengak reaksi dia..."
Lelaki itu memberi jawapan
"Ok la bro, thanks.."
Lelaki tu berlalu pergi
Aku kembali ke kedai india tadi
Sambil tengok surat khabar dan majalah yang dipamerkan
Surat khabar sedang hangat memperkatakan kisah pembunuhan kejam
Pembunuhan yang betul - betul kejam
Maysa`Allah ..
Aku membeli senaskah Metro
Perasaan ingin tahu masih menguasai diri
Aku berdiri disebelah kedai sambil membaca akhbar
Sambil mata aku memerhati gelagat suspek
Suspek sedang bercakap - cakap dengan seorang lelaki di kaki lima
Di hadapan kedai yang tutup; cuti raya
Tergerak untuk aku menelepon polis
Sarjan Ibrahim barangkali ..
Tapi aku batalkan niat
Sambil aku terus memerhati suspek untuk beberapa ketika
Terbit kesian dalam hati aku
Suspek yang menghampiri umur 60an merayau di kaki lima
Merayau macam orang kehilangan arah hidup
Fizikal, susuk tubuh sihat sahaja
Baju hensem tak kotor pun; mungkin ada yang jaga
Siapa yang tahu ...
5 minit kemudian suspek berlalu pergi
Aku kembali ke office
Dan perasaan aku kuat mengatakan bahawa aku akan berjumpa suspek lagi
Pada ketika dan waktu yang sama; Lunch hour
Jika suspek masih berkeliaran di kawasan itu ..
___________________________
Aku bukan saja - saja jalan merayau time kerja
Aku baru survey lokasi kedai komputer sekitar office
Untuk mencari laptop baru bagi kegunaan office
Tenyata ada 4 cyber cafe di sekitar; tiada membekal laptop/printer
Dan 2 kedai membekal laptop/printer .. dan 1 masih cuti raya
*Ini adalah lanjutan kisah kejadian benar "stranger"
2 comments:
next time jumpa, kau tak mau terjah?
cadangnya begitu lah
Post a Comment