21 September, 2010

alien: piiii rah ... naaa ~

"Keluar dari air !!!"
"Keluar dari air !!!"
Jerit ketua sherif pakai hailer dengan bersungguh-sungguh.
Namun semua orang buat - buat tak dengar, mereka asyik bermain air, mandi manda, main pelampung, naik jet ski, banana boat ...
Mereka bermain dengan riang ria gembira.

Bang !!!
Bang !!!
Bang !!!
Tiga das tembakan kedengaran.
Seorang pembantu sherif melepaskan tembakan amaran ke udara
Masing - masing tergamam
Ketua sherif pun terkejut, yang dalam air pun terkejut, yang sedang minum air tersedak, yang baru tuang air nak rendam meegi pun terpaku, apek jual ais krim di gigi air pun sampai terlupa nak pulangkan doposen kepada seorang kanak - kanak.

30 saat kemudian.

"Apahal bro ?" sapa seorang lelaki yang pakai seluar pendek kuning.
"Ntah, rileks la bro..chill~" sambung seorang lelaki yang pakai goggle dan berdiri sebelah lelaki seluar kuning. 

Pembantu sherif terdiam, kelu lidah. Dia kelihatan bingung melihat semua mata memandang ke arahnya. Dia gugup. Terketar - ketar dia berkata "Bu.. bu.. bukan aku lah yang tembak ..."

"Ekele lu, dah campak batu sembunyik tangan ..." sanggah seorang pakcik yang berjanggut putih dan berseluar pendek bunga - bunga.
"Ntah, tak macho la camni .." ejek seorang gadis berkulit gelap yang berbikini merah.

Semua mata tertumpu kepada pembantu sherif. Macam sang harimau mengendap mangsa. Pembantu sherif terasa semakin kecil dan kecil. Pada masa yang sama, seorang lelaki yang berdiri di belakang pembantu sherif tersenyum kambing sambil tangannya mengusap - usap pistol di pinggangnya.

"Tenang - tenang ..." seorang anggota bawahan cuba berlagak hero. Belum sempat dia menghabiskan dialognya. Ketua sherif dah potong, "Kita ada kecemasan di sini, sila keluar dari dalam air !!!"

Sedang mereka berdialog; Ketua sherif, pembantu sherif, anggota bawahan, lelaki seluar pendek kuning, lelaki yang pakai goggle dan pakcik berjanggut putih dan berseluar bunga - bunga dan gadis berkulit gelap yang berbikini merah.

"Arggghhhh !!!" jerit seorang gadis yang memakai pakaian skuba hitam jalur kuning.
"Tolong - tolong !!!" seorang lelaki berspek Rayban menjerit sayu.
Kemudian terdengar sahutan dari beberapa sudut di pinggir pantai itu.
"Tolong - tolong ~"
"Geli weh... geli~!!"
"Tak sakit .. tak sakit ~!!!"
"Eh, apa merah - merah ni....", "Darah dow...", "Woi, aku berdarah woi !!!"
"Seseorang telepon 911 ..."
"Superman, batman ... woi woi !!!"

Macam - macam pesen diorang menjerit untuk menggambarkan rasa sakit. Rasa sakit kerana diserang sesuatu dari dalam air. Serangan bertubi - tubi. Macam - macam orang kena serang. Ada yang pakai head phone, ada yang berkemban, ada yang pakai black sut, ada yang pakai ala - ala hoppers, ada yang rambut pacak belah tengah botak, ada yang berseluar pendek putih hitam kaler pelangi, yang gadis pulak tak payah cerita lah. Pakai la bikini kaler ape pun tetap kena gigit.

Dua puluh empat saat kemudian

Warna merah menguasai tepian pantai. Ketua sherif, pembantu sherif, anggota bawahan, lelaki seluar pendek kuning, lelaki yang pakai goggle dan pakcik berjanggut putih dan berseluar bunga - bunga dan gadis berkulit gelap yang berbikini merah tergamam.

Empat puluh tujuh saat lepas tu

Warna air berubah jadi seperti sedia kala. Ketua sherif, pembantu sherif, anggota bawahan, lelaki seluar pendek kuning, lelaki yang pakai goggle dan pakcik berjanggut putih dan berseluar bunga - bunga dan gadis berkulit gelap yang berbikini merah tergamam jugak.

Tapi yang pelik nya, orang ramai masih menjerit - jerit dengan pelbagai style. Menjerit dengan bersungguh - sungguh untuk meraih simpati.



Apakah ???








CUT !!!



"Bancuh pewarna tu cepat ... !!!" jerit Ahmad Nisfu
"Aku dah suruh ko sediakan stok pat lima lori ko degil ... " bebelnya kepada Osman Jailani sambil dia meneguk air sirap dalam cawan pelastik.

Sementara para pelakon masih di dalam air. Prektis menjerit agar jeritan lebih berkesan dan menusuk sanubari para penonton.



5 comments:

Aku adalah aku said...

Ingatkan ko translate citer piranha....hehehehe

Fnd Rocka said...

rupanya kau lah penulis skrip cerita tu

alien said...

elly:
keh2 keh2

fndrocka:
low profile je bro

Jef Hadi said...

ini sinis punya entri ni pada gua. haha.

alien said...

yeh,
sorry to say
filem yg tak cecah ekpektesen aku
adoii