19 September, 2010

alien: ombak darat

Berdiri di depan hujan lebat seolah - olah berdiri depan waterfall
Melihat air hujan yang deras jatuh dan mengalir seperti melihat air sungai laju menuju ke laut .. tasik ..
Melihat orang ramai berhimpit - himpit mencari tempat teduh terbayang adegan filem tamil; bersesak - sesak dan berhimpit - himpit di dalam keretapi, tren kita juga begitu bila sampai waktu puncak
Adegan pantainya; orang ramai berlari - lari dari kawasan air kerana serangan jerung .. erk

Apabila melihat kenderaan beroda empat meluncur laju, membelah aliran air yang nipis di atas jalan .. lalu membentuk ombak - ombak yang kecil .. adakalanya menjadi besar apabila kenderaan tersebut melalui air yang agak tebal; macam suasana tepi pantai melihat bot melintas .. jet ski meluncur laju .. banana boat .. buih - buih air .. ahahaha

Tapi bila meredah hujan yang lebat gila di suatu malam yang dingin
Jarak pemandangan yang terhad, tidak jelas kiri kanan depan belakang
Kau akan rasa seperti ikan yang I.K.U (Ikan Kurang Upaya)
Boleh berenang tapi deria kau terbatas
Kau cuma boleh berharap agar ikan - ikan lain mampu melihat kau
Pada masa itu, kau tidak peduli dengan ombak darat
Kau hanya peduli untuk sampai destinasi
Agak berisiko kan?

Tapi ia tidak melebihi dari risiko kau berhenti
Di tempat asing seorang diri
Agak berisiko tinggi kan

Baik kau memilih untuk bermesra dengan ombak darat
Walau ketika kau berada dalam titisan air yang lebat
Best kan ~
Wuhhhhhuuuuu....

3 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

seronok ko..ombak ada didaratan

zhrhtoodem said...

ohhh
jangan cakap banana boat. ahahah

alien said...

brutalsolo:
sejuk wooo
malam2 kene simbah ombak darat

zaradgreat:
keh2
keh2