29 September, 2010

alien: musim kahwin dah kembali !!

Raya tu raya jugak
Sambil tu puasa sunat
Tengok sana sini ada pulak rumah terbuka
Ada rendang, ketupat, satay, laksa, mee goreng .. segala macam jenis makanan
Air pun berjenis - jenis .. siap ada cendol tuh

Tengok - tengok dapat pulak kad .. bukan kad raya ye
Kad undangan perkahwinan
Em, musim kahwin dah kembali !!!
Maka, kayalah tokey ayam dan tokey lembu
Tak lupe jugak tokey sayur, khemah, gambar dan segala macam tokey yg berkaitan.
Rezeki ...

Eh, kalau kahwin time raya.. menu dia macam rumah terbuka tak?
Hehehe
Sebab aku tengok orang buat open house dah macam buat majlis kenduri kendara.
Pacak khemah, meja bulat, siap ada lagu - lagu.. lagu raya la..

Anyway,
Kepada yang bakal menjadi raja sehari
Bakal mendirikan rumah tangga
"Selamat pengantin baru"  aku ucapkan

Kepada yang merancang,
Rancang elok - elok, jangan tergesa - gesa
Walau hal yang baik camni perlu disegera
Hehehe

28 September, 2010

alien: masa lapang

"Hairi .. ko boleh .."
"Laju lagi dude.. laju lagik.."
"Come on.. come on"
Kamal menjerit memberi semangat sambil mengekori belakang Hairi
Tapi dia masih bergerak perlahan, tak laju pun.
Yang laju cuma air liur Kamal yang terjun bersepah - sepah dari mulutnya.
Tak senonoh langsung.


"Tak jauh dah...laju - laju!!!"
Basri yang datang dari arah bertentangan memberi semangat juga.
Terkejut si Kamal yang berada di belakang Hairi.
Pucat mukanya mcam terlihat Lady Gaga.

Tiba - tiba, semangat Hairi yang kian lemah mencanak - canak naik.
Meningkatkan adrenalin dalam tubuhnya serentak menjanakan tenaga kepada otot - otot di badannya. Otot yang tidur tadi dikejut bangun secara paksa.

Dari kejauhan dia terlihat Emilia sedang berbual dengan Emy dan Lia.
Bergelak tawa. Terlihat sedikit lesung pipit di pipinya.
Itulah gadis yang diminatinya dalam diam.

Makin laju dan laju dia berjalan, suntikan semangat baru macam ubat kuat.
Bukan dadah. Itu haram tau.


"Hoi, slow sikit.. laju nye ko jalan..!!" laung Kamal mengah.
Sejak naik pangkat jadi Supervisor ni, dia dah jarang work out. Jadi, dia dah kurang fit.
Hairi buat tak endah dengan laungan Kamal.
Hatinya tiba - tiba dilanda musim bunga yang hebat.
Terasa langkahan kakinya terasa ringan.


Semakin laju dia berjalan, semakin lebar senyum terukir di bibirnya.
Kamal pulak makin jauh di tinggalkan di belakang. Tercungap - cungap.
Kemunculan Emilia benar - benar memberi impak yang besar kepada prestasinya.

Tiga puluh tiga saat kemudian,
Dia sudah sampai ke tempat tujuan. Tempat mengumpul makanan sebelum diagih - agihkan.
Senyum masih melebar. Terus melebar.

Pada masa yang sama di tempat yang lain.
Emi dan Lia bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Malang bagi Emilia kerana menjadi santapan ... si Cicak.
Hidupnya sudah sampai noktah.

Kamal baru sampai di tempat pengumpulan makanan. Dia penat. Dia menjadi pelik tatkala melihat Hairi termenung sambil tersenyum lebar. Lebar lebar lebar ...
Kesian Hairi .. cintanya baru nak bermula.
Realitinya, hidup si cinta dah tamat.
Tapi dia tidak tahu.. tidak tahu.

Sadik tersenyum puas.
Sedikit gembira ketika menamatkan imaginasi dalam kotak mindanya.
Dia berjaya ...


"Best jugak tengok semut buat kerja ni ... dari layan cerita kat TV yang tah pape tu .."
hatinya berkata.

"Terhibur... "
Dia tersenyum lebar. Lebar lebar lebar.
Heh.





Erk.

Lain macam cara Sadik berhibur ya...


27 September, 2010

alien: sebut lah Alhamdulillah ...

Guruh di langit berdentum

Ghrummmm....

Langit belum bertukar gelap.
Dia berjalan pantas menuju ke tempat meletak kenderaan.
Tergesa - gesa die memasukkan kunci di tangannya di tempat yang betul.

Dua tiga kali tersasar, menggelabah gile.


Tin .. Tin ..

"Woi Sadik !!, naik moto ker?" Sadik memandang ke arah suara itu
"Mandi la ko kejap lagi..."
"Hahahahaha !!!!"

Zoom~
Mazda 3, meluncur laju meninggalkan Sadik terpinga - pinga.

Sadik hanya mencebik, cuba bersabar
Syaitan di tepinya cuba meniupkan semangat jahat kedalam hatinya
Fuh ~ fuh ~ tiup.. tiup..

Vroommmm...

Vroommm....
Enjin Kawasaki ZX10R berbunyi kasar.
Kuasa terpendam dalam enjin sudah tidak sabar - sabar untuk meletus.

Vroomm... 
Vrooommmmm...
Sadik hanya tersenyum ... kelat, memerhatikan seorang gadis di atas motor itu.
Memakai riding gear serba lengkap bewarna hijau yang dipadankan dengan warna hijau jenteranya bersedia untuk menyarung helmetnya.
Dia sempat tersenyum apabila matanya bertentang dengan Sadik.
Terserlah lesung pipit di pipinya.


"Comeel..." detik hati kecil Sadik.

Ekor matanya mengikut pergerakan jentera gadis itu hingga kelibatnya hilang di hujung sana.
Dia terkaku untuk empat puluh tiga saat lamanya.

Ghrummmmm....

Bunyi guruh telah menyedarkan dia.
Tergesa - gesa dia menghidupkan motor 125z nya

Prengggg...
Prenggggg...
Dia memulas pendikit minyak dan memanaskan enjin

Selang lapan minit dia sudah berada di jalan utama.
Mencelah ke kiri, mencelah ke kanan.
Kiri lagi.. kanan lagi..
Kanan pulak.. kiri pulak..
Begitu asyik dia mencelah di antara kereta - kereta yang berderet di jalan itu.
Dia ketawa dengan riang di dalam hatinya.
Ketawa dengan kuat. Sambil tersenyum jahat.

Dari jauh dia terpandang Mazda 3 milik rakannya.
Dia mendekat..

Tok tok..
Dia berhenti seketika dan mengetuk cermin di sebelah pemandu.
Cermin di turunkan perlahan.
Sadik pula mengangkat visornye ke atas.


"Eh, Sadik.. apehal?" sapa rakannya.

Sadik hanya diam.
Enam saat kemudian dia tersenyum lebar, selebar - lebarnya.
Kelihatan secara halus tandus sudah tumbuh di kepalanya.
Dia memulas pendikit minyak dengan sekuat hati.

Prennnnng~
Preeeeeennnng~
Enjin meraung, asap berkepul - kepul naik ke udara.

Pengguna jalan raya lain buat muka bengis, tensen sebab jem ditambah dengan kekacauan yang di timbulkan Sadik.

Dua puluh tiga saat kemudian die melepaskan pendikit minyak.
Keadaan kembali normal, tiada pencemaran bunyik.
Tapi jalan raya seperti tadi, kenderaan tiga serta empat roda atau lebih belum beranjak.
Masih statik.

"Ko pehal ni Sadik?" tanya rakannya tidak puas hati.

"Agak - agak Subuh ni, ko dah sampai rumah ke?" balasnya.

Tapi, belum sempat rakannya menjawab. Dia sudah gelak kuat, kuat punyeeeee~
Dengan suara paraunya...
Waahahahaha !!!!
Waahahahaha !!!!Waahahahaha !!!!
Waahahahaha !!!!

Sambil berlalu dia bergelak, gelak kuat - kuat.

Sayup kedengaran suaranya dari tempat rakannya yang tersangkut di jem.
"Dem yuuu Sadik .." perlahan rakannya mencarut.
Namun suara itu masih terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya.

Berhantu jugak suara Sadik ni kan.

Tujuh ratus lapan puluh saat kemudian, kenderaan dah tak statik macam batu.
Bergerak jugalah macam kura-kura, laju sikit dari siput.
Takde lama manalah jem tu kan.

Pergerakan kenderaan dari kura - kura bertukar menjadi pergerakan seekor lembu yang berjalan macam model. Kemudian berubah menjadi kelajuan itik pulang petang.

Rakannya yang memandu Mazda 3 memandu dengan kelajuan seperti seekor lembu yang sedang tarik kereta kayu.

Tiba - tiba dia tersenyum apabila melihat sesuatu.
Dia tergelak kecil.
Dia memperlahankan kelajuan keretannya.
Perlahan dan semakin menghampiri.

Tin.. tin...
Tin.. tin...

Hon berbunyi berulang - ulang.

Tin.. tin...
Tin.. tin...

Sadik yang sedang menolak motornya tidak menoleh.

Hon berbunyi lagi.
Pelbagai irama. Ada irama rock, irama dangdut.. paling menarik irama Jazz.
Wuhuuu.
Tergelak kecil si pemandu Mazda 3 itu.
Terhibur..

Sadik menyesal kerana tidak menge'check' aras minyak dalam motornya.
Dia memarahi dirinya kerana tidak membaiki meter minyaknya yang rosak.

Sudah sejauh tujuh ratus lapan puluh meter rakannya bermain hon di belakangnya.
Kenderaan yang melintasi mereka juga turut membunyikan hon.
Keadaan sebegitu mewujudkan suasana seperti muzik Akustik live dari jalanan. 

Dan, dua ratus dua puluh meter menghampiri stesyen minyak berlambang kerang.
Hujan turun selebat - lebatnya.
Dia tak sempat untuk mengenakan baju hujannya.

Kesian Sadik.



26 September, 2010

alien: Duo

Everyone got theirs ..

Either boy or girl

Me?

Ermmm...

Entahlah

Either had or not
Also I`m not sure

.....
....
...
..
.

24 September, 2010

alien: stranger V4

"Eh, macam kenal"
"Confirm ni..tapi.."
Aku bermonolog ketika imam sedang beri tazkirah sebelum waktu zohor
Tak jauh dari tempat aku bersila aku terlihat suspek pun bersila
Kali ini berbaju melayu coklat cair

Entahlah
Kali ini aku dah malas utk cuba membongkar siapa suspek
Baik aku tumpu ke khutbah Jumaat tentang kisah Palestin

Dan ..

Untuk kesekian kalinya aku terlihat suspek duduk nun di hujung
Membelakangi aku
Sedang berborak dengan seseorang
Aktiviti biasa: makan

Nak diterjah ..
Tak elok terjah orang tengah makan, tercekik nanti
Ditambah dengan peratusan kemalasan aku
Aku mengambil keputusan untuk menjauh: balik office
Sambil melangkah, aku berdoa agar suspek di beri petunjuk pada hari Jumaat yang berkat ini
Insya`Allah

Entry berkaitan:
1. Stranger
2. Stranger V2
3. Stranger V3


alien: google berjatuhan

Ehem.. ehem
Google? pernah dengar kan.. dah biasakan
Perkataan google tu macam 'nasi' dah utk pengguna komputer tegar
Student, pekerja swasta/kerajaan, kanak - kanak yg dah/belum akil baligh

Ini bukan kisah google Chrome

Google ni ada funny side die jugak
Meh try follow langkah kat bawah ni

1. Pergi ke laman google
2. Taip "google gravity"
3. Jangan klik butang "Google Search", sebaliknya klik butang "I'm Feeling Lucky"
4. Saksikan apa akan jadi
5. Hehehe

Semoga anda terhibur





alien: indah hidup ini

Hidup perlu kerja
Tidak kira kerja pejabat, estet, kebun, ladang
Mana-mana pun asalkan kerja
Halal ~

Bahkan dalam agama pun menyuruh kita kerja
Bekerjalah kamu seolah - olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal seperti kamu akan mati esok hari
Kerja itu penting
Amalan juga penting
Seimbang; Dunia dan Akhirat
Baru indah hidup ini

+++++++++++++++

Lagi dua puluh nam saat jam menunjukkan waktu pulang
Sally dan Maznah masing - masing sedang touch up muka kat cermin kecik
Nak pergi dating kot
Si Azman pulak sibuk menyisir rambut mengadap cermin tingkat yang dah di tinted
Sambil menyembur perfume yang baru di beli semalam

Si Gopal pulak tengah bermesra dengan telefon; sms lah
Si Garry pulak sedang menghabiskan titisan terakhir Horlicks panasnya; sungguh nikmat.. katanya lah

Lampu ruang resepsi/penyambut tamu dipadam
Maka semua pun laju keluar dari office
Termasuk Jerry yang baru keluar tandas dan Jeff budak despatch yang baru bangun tidur

Zup.. zap..
Tak sampai sepuluh seken
Office dah kosong

Tapi ada satu ruang wokstation masih terang

*Kembali ke 5 minit sebelum waktu pulang 

"Saya nak awak siapkan ini.. esok pagi saya nak.." katanya kepada Sadik sambil meletakkan beberapa helai lakaran di atas mejanya.

Peluh jantan mula menitik ketika melihat lakaran tersebut
Sambil menelan air liur dia menggerakkan tetikus komputernya dan melihat pengurusnya berjalan menuju ke pintu utama dan menghilang di balik daun pintu.

Tinggal dia seorang bersama lampu workstation yang terang

Hidup ini sangat indah kan ....
Hehehe




23 September, 2010

alien: sepetang bersama Sadik

Jadi, menanti itu amat meletihkan jiwa
Penat otak
Lagi kalau tunggu sorang - sorang; mati kutu
Pulak tu orang kat meja lain tengah rancak berbual
Meja sana bincang pasal bisness, biaselah .. kat mamak ~
Meja belah sini bincang pasal assignment.. student ~
Meja belah situ pulak hal perempuan
Meja belah sinun pulak hal lelaki
Meja hujung sana ngadap TV beramai - ramai sambil gelak - gelak
Ada meja sefamili makan - makan

Tinggal la Sadik sorang men'count down'

Bukan salah diorang lambat
Sadik yang cepat
Heh..

Jadi, bila lelaki berjumpa lelaki .. bukan gay dowh!!
Kisah hal 'lelaki' la dibincang
Sama macam perempuan jumpa perempuan..
Hal 'perempuan' akan mewarnai topic perbincangan

Maka berboraklah si Sadik dengan rakannya: Tamyiz dan Razak

"Razak .. kau dah tunang, bila nak kahwinnya?" tanya Tamyiz dengan muka serius. Sambil menatap muka Razak di depannya.
"Ha'ah la.. bila tu, senang la aku nak fix dalam schedule aku.." tambah Sadik sambil mengeluarkan PDAnya. Nak beli BlackBerry belum mampu, apetah lagi IPhone mahupun HTC. Baru memulakan kerjaya setelah tamat belajar kan... tak mampu lagi. 

"Akhir tahun depan .." jawab Razak ringkas


"Bulan berapa?.." balas Tamyiz. "Takut clash dengan majlis tok penghulu kampung aku.." Dia menyuarakan ketidak puashatiannya kepada jawapan Razak yang ringkas.
Sambil Sadik menaip sesuatu di PDAnya. Jenama biasa-biasa je, tak payah tanya. Segan aku nak taip kat sini. Hehehe. Dia kelihatan sibuk macam seketari mencatat arahan bos.

"Siyes ke nak tahu?" kali ini Razak berubah jadi seriyes, macam kartun Jimmy Neutron kat TV9 kol 4.30pm petang tu. 

"Ha.. laaa.." jawab Sadik dan Tamyiz serentak.

Dengan gaya machonya, Razak berkata "Bila aku dah cukur licin bulu aku..."

"Macam mana aku nak tahu?" tanya Sadik tanpa membuang masa.

Serentak itu, Razak dan Tamyiz tergelak besar.
Hehehehe.

Dan Sadik terpinga - pinga.
Kesian ...


22 September, 2010

alien: Liburan ...

Anda mahukan hiburan pada waktu petang?
Pada ketika anda rasa macam buhsan gile
Pada masa anda rasa blurr..

Meh klik link sini
dan juga link sini
Beza die, satu tu laki yang punya
Lagi satu perempuan yang punya

Tak lupe klik sini jugak
Yang ni oh tai ~

Rajin drg mendrawing dan mengupload ke blog
Good - good
Boleh jadi sumber inspirasi kepada visitor yang lawat
Itu antara yang aku follow
Ada blog yg menarik-menarik inform la aku
Aku nak memfollow~
hahaha



21 September, 2010

alien: piiii rah ... naaa ~

"Keluar dari air !!!"
"Keluar dari air !!!"
Jerit ketua sherif pakai hailer dengan bersungguh-sungguh.
Namun semua orang buat - buat tak dengar, mereka asyik bermain air, mandi manda, main pelampung, naik jet ski, banana boat ...
Mereka bermain dengan riang ria gembira.

Bang !!!
Bang !!!
Bang !!!
Tiga das tembakan kedengaran.
Seorang pembantu sherif melepaskan tembakan amaran ke udara
Masing - masing tergamam
Ketua sherif pun terkejut, yang dalam air pun terkejut, yang sedang minum air tersedak, yang baru tuang air nak rendam meegi pun terpaku, apek jual ais krim di gigi air pun sampai terlupa nak pulangkan doposen kepada seorang kanak - kanak.

30 saat kemudian.

"Apahal bro ?" sapa seorang lelaki yang pakai seluar pendek kuning.
"Ntah, rileks la bro..chill~" sambung seorang lelaki yang pakai goggle dan berdiri sebelah lelaki seluar kuning. 

Pembantu sherif terdiam, kelu lidah. Dia kelihatan bingung melihat semua mata memandang ke arahnya. Dia gugup. Terketar - ketar dia berkata "Bu.. bu.. bukan aku lah yang tembak ..."

"Ekele lu, dah campak batu sembunyik tangan ..." sanggah seorang pakcik yang berjanggut putih dan berseluar pendek bunga - bunga.
"Ntah, tak macho la camni .." ejek seorang gadis berkulit gelap yang berbikini merah.

Semua mata tertumpu kepada pembantu sherif. Macam sang harimau mengendap mangsa. Pembantu sherif terasa semakin kecil dan kecil. Pada masa yang sama, seorang lelaki yang berdiri di belakang pembantu sherif tersenyum kambing sambil tangannya mengusap - usap pistol di pinggangnya.

"Tenang - tenang ..." seorang anggota bawahan cuba berlagak hero. Belum sempat dia menghabiskan dialognya. Ketua sherif dah potong, "Kita ada kecemasan di sini, sila keluar dari dalam air !!!"

Sedang mereka berdialog; Ketua sherif, pembantu sherif, anggota bawahan, lelaki seluar pendek kuning, lelaki yang pakai goggle dan pakcik berjanggut putih dan berseluar bunga - bunga dan gadis berkulit gelap yang berbikini merah.

"Arggghhhh !!!" jerit seorang gadis yang memakai pakaian skuba hitam jalur kuning.
"Tolong - tolong !!!" seorang lelaki berspek Rayban menjerit sayu.
Kemudian terdengar sahutan dari beberapa sudut di pinggir pantai itu.
"Tolong - tolong ~"
"Geli weh... geli~!!"
"Tak sakit .. tak sakit ~!!!"
"Eh, apa merah - merah ni....", "Darah dow...", "Woi, aku berdarah woi !!!"
"Seseorang telepon 911 ..."
"Superman, batman ... woi woi !!!"

Macam - macam pesen diorang menjerit untuk menggambarkan rasa sakit. Rasa sakit kerana diserang sesuatu dari dalam air. Serangan bertubi - tubi. Macam - macam orang kena serang. Ada yang pakai head phone, ada yang berkemban, ada yang pakai black sut, ada yang pakai ala - ala hoppers, ada yang rambut pacak belah tengah botak, ada yang berseluar pendek putih hitam kaler pelangi, yang gadis pulak tak payah cerita lah. Pakai la bikini kaler ape pun tetap kena gigit.

Dua puluh empat saat kemudian

Warna merah menguasai tepian pantai. Ketua sherif, pembantu sherif, anggota bawahan, lelaki seluar pendek kuning, lelaki yang pakai goggle dan pakcik berjanggut putih dan berseluar bunga - bunga dan gadis berkulit gelap yang berbikini merah tergamam.

Empat puluh tujuh saat lepas tu

Warna air berubah jadi seperti sedia kala. Ketua sherif, pembantu sherif, anggota bawahan, lelaki seluar pendek kuning, lelaki yang pakai goggle dan pakcik berjanggut putih dan berseluar bunga - bunga dan gadis berkulit gelap yang berbikini merah tergamam jugak.

Tapi yang pelik nya, orang ramai masih menjerit - jerit dengan pelbagai style. Menjerit dengan bersungguh - sungguh untuk meraih simpati.



Apakah ???








CUT !!!



"Bancuh pewarna tu cepat ... !!!" jerit Ahmad Nisfu
"Aku dah suruh ko sediakan stok pat lima lori ko degil ... " bebelnya kepada Osman Jailani sambil dia meneguk air sirap dalam cawan pelastik.

Sementara para pelakon masih di dalam air. Prektis menjerit agar jeritan lebih berkesan dan menusuk sanubari para penonton.



alien: putaran masa

Pagi hari melangkah dengan agak goyah
Berusaha dan berserah kepadaNya
Moga dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat 

Seperti kebiasaanya sama seperti hari sebelumnya
Selalu terfikir tentang masa depan
Sambil berbaring sebelum tidur
Dengan meluruskan kaki, kadang kala berlipat
Ketika membaca sebelum tidur
Terlintas persoalan tentang masa depan
Cuba mencari cara untuk mencorak masa depan

Semasa mandi, berus gigi
Ketika menunggang melalui jalan yang sama ke kerja
Ketika menonton tV
Ketika makan minum

Persoalan itu selalu muncul dan menerjah

Persoalan tentang masa depan bermain dan berputar ligat dalam benakku
Berulang - ulang dan sama
Dengan cara yang sama, macam pakai kasut di kaki
Tak pernah dalam sejarah, kasut di pakai selain di kaki
Macam itulah perumpamaannya
Dia hadir secara tiba - tiba
Tiada amaran

Dan dia hadir lagi
Pada waktu ini


19 September, 2010

alien: tiba-tiba aku benci

Perjalanan dari Sijangkangville ke Gombak agak jauh la
Kalau naik kereta sempat jugak bertapa dalam kereta
Hehehe
Tadi aku merempit ke Gombak
Ikut Kesas
Sebagai penunggang yang berhemah, aku ikut laluan motosikal
Macam biasa
Tapi, tiba - tiba aku benci laluan untuk motosikal
Jalan die ada tak elok seperti main road
Tensen gua
Ada permukaan tar yang timbul angkara akar pokok di sebelah jalan
Adeh2

Then, selekoh dia ada yang tajam - tajam
Bahaya oooo

Kalau pergi kerja aku ikut federal
Dah tentu perlu ikut laluan motosikal kalau tidak polis saman
Hehehe
Keadaan jalan die pun sama je
Selekoh yang berbahaya
Tar yang timbul angkara akar pokok besar
Dan beberapa faktor yang boleh membawa bahaya kepada penunggang

Aku pernah jumpa penunggang melanggar dinding sebuah terowong
Ada juga yang terjatuh akibat kesilapan ambik selekoh
Bahaya ooo

Tepi tu penghadang besi bukan getah
Dah kompom darah terkeluar kalau terjadi hentaman
Errr...

Jalan raya pun berbahaya kepada pengguna
Macam mana tu??

alien: ombak darat

Berdiri di depan hujan lebat seolah - olah berdiri depan waterfall
Melihat air hujan yang deras jatuh dan mengalir seperti melihat air sungai laju menuju ke laut .. tasik ..
Melihat orang ramai berhimpit - himpit mencari tempat teduh terbayang adegan filem tamil; bersesak - sesak dan berhimpit - himpit di dalam keretapi, tren kita juga begitu bila sampai waktu puncak
Adegan pantainya; orang ramai berlari - lari dari kawasan air kerana serangan jerung .. erk

Apabila melihat kenderaan beroda empat meluncur laju, membelah aliran air yang nipis di atas jalan .. lalu membentuk ombak - ombak yang kecil .. adakalanya menjadi besar apabila kenderaan tersebut melalui air yang agak tebal; macam suasana tepi pantai melihat bot melintas .. jet ski meluncur laju .. banana boat .. buih - buih air .. ahahaha

Tapi bila meredah hujan yang lebat gila di suatu malam yang dingin
Jarak pemandangan yang terhad, tidak jelas kiri kanan depan belakang
Kau akan rasa seperti ikan yang I.K.U (Ikan Kurang Upaya)
Boleh berenang tapi deria kau terbatas
Kau cuma boleh berharap agar ikan - ikan lain mampu melihat kau
Pada masa itu, kau tidak peduli dengan ombak darat
Kau hanya peduli untuk sampai destinasi
Agak berisiko kan?

Tapi ia tidak melebihi dari risiko kau berhenti
Di tempat asing seorang diri
Agak berisiko tinggi kan

Baik kau memilih untuk bermesra dengan ombak darat
Walau ketika kau berada dalam titisan air yang lebat
Best kan ~
Wuhhhhhuuuuu....

17 September, 2010

alien: like a small fry

6 buah lori pasir atau nama glemer die lori antu
Lori macam gambar bawah ni







 P/s: Gambar dari google





3 biji berderet lalu tepi kanan kau
3 lagi depan kau nak ke kiri masuk ke pam minyak
Kau berada di lorong kiri di belakang lori ke 3
Nak cantas lorong kiri adalah tidak mungkin
Nak cantas lorong kanan lagilah tidak mungkin
Jarang lori pasir camni nak kasi kau jalan
Menunggu la lori pasir di sebelah kanan kau melepasi kau perlahan - lahan
Satu lepas
Dua lepas
Tiga lepas
Amacam~
Kau atas moto yang berkuasa kecik
Bukan moto yang bunyi die boleh pecahkan alam
Atau moto yang bunyi die seksi yang boleh cairkan awek yang materialistik

Rasa macam pelanduk di celah - celah gajah
Wuhhhu....
Best kan rasanya ...
Best gileeeess
___________________________________________________________

City are artificial jungle
The vehicle are artificial animal
The lamp/electrical post are artificial tree
The drain are small river
We live in the artificial jungle

Ride a motorcycle in heavy traffic quiet tricky
Must stay focus, otherwise we will hit other big artificial animal
We just small animal; deer - antelope - tiger - horse
The big animal also should look for others
Road is for all usage; cycling, walking, jogging

Road for all
To share joy and happiness using together
Be carefull

"Ingatlah mereka yang tersayang ..."

*Pesanan khidmat masyarakat dari alien

alien: am I ready ?

I realize something when I step out from his room
If it happen it would change my path
Good or bad, only Allah knows

"Ok, I will inform you on next 3 weeks ... "
 The last work spoken by him

The offer that would kill
In next 3 weeks
He will advise on that

Only on that day, I would know either the offer valid or not

For now
I just do my normal work as usual
Sit at my work station

alien: raya journey

Enough for today
Journey from Sijangkangville to Seremban to Nilai to Salak Tinggi and back to Sijangkangville
It tooks almost 12 hours to complete the journey

Enough for today

Ready for other day; Work and work

Been received wedding invitation from 3 difference friend on the same date
Walla~
Although at the same state
But its quite distance to attend the three difference location on the same day
Wish for them; All the best
And Happy Wedding Day !!!

15 September, 2010

alien : stranger V3

Berbaju melayu kuning cair
Berseluar slack hitam
Berkopiah putih

Yeh, I can see it from the distance
Even the apperance change
I still can recognize him

Aku berjumpa lagi dengan suspek
Tapi bukan face to face
Pada ketika aku sedang mengambil wudhu'
Suspek pula mengulangi perbuatan yang sama
Pada waktu yang sama; lunch hour
Walau memakai pakaian yang tidak sama warna seperti sebelumnya

Aku perhatikan seketika
Suspek baru habis makan
Dia bangun dan berjalan menuju ke sebuah meja yang lain


"Mintak rokok sebatang.."
Aku melihat sambil berdialog dalam otak aku ketika melihat dia bercakap dengan seorang pemuda, yang kemudian pemuda tersebut menghulur sebatang rokok
Hoho

Pandai suspek memilih sebatang rokok untuk menambah rasa nikmat selepas makan

Dia berjalan ke keluar dari restoran
Berdiri seketika dan kemudian menuju ke arah bank

Dia masuk sambil tangannya memegang rokok tersebut
Yang aku sendiri tak pasti samada rokok itu menyala atau tidak
Withdraw money?
Save some money?
Who know ...

Dan aku melangkah masuk ke surau

Kelibat suspek sudah tidak kelihatan selepas itu


*Ini adalah sambungan kisah "stranger" dan "stranger V2"

14 September, 2010

alien : stranger V2

Aku menuju ke surau kuartes polis untuk solat zohor
Tapi aku bukan polis, aku penah jumpa polis je
Semalam pun ada jumpa sorang Sarjan
Kasi keterangan untuk kes pecah masuk office aku
Sebab kat bangunan office aku tu tiada surau
Jadi, perlu melangkah ke surau berdekatan: di kuartes Polis

Surau itu mengadap kedai makan tempat kejadian semalam
Aku berdiri seketika dan terpaku sejenak di hadapan paip
Kelihatan kelibat susuk yang menarik perhatian aku
Bukan kelibat perempuan seksi seperti fikiran kalian
Bukan juga kereta mahal yang hot
Bukan juga superbike yang mampu membuat aku cair

Berbaju biru cair
Berkopiah dan berseluar kotak macam kain pelikat
Semalam aku silap pandang
Dia memakai seluar kotak bukan kain pelikat

Confirm !!!
Suspek telah dikenal pasti
Super computer dalam otak aku proses data dengan jayanya
Mengenal pasti dari visual yang masuk melalui mata

Suspek berada dengan seorang lelaki
Sedang makan dan minum

10 minit kemudian .. setelah aku selesai solat

Aku bercadang untuk mengintip pergerakan suspek
Macam spy bukan stalker

Tapi aku kecewa, suspek sudah tiada di tempat kejadian
Aku cuba menghidu dan meneka arah tujuan suspek
Aku berjalan ke sebuah kedai runcit india
Ternyata arah kaki aku membawa kepada penemuan jejak suspek
Aku perhati dari jauh
Agak dalam 2 - 3 minit
Suspek kelihatan meminta sebatang rokok dari seorang lelaki
Lelaki dan kawan - kawannya sedang melepak di kedai makan yang bersebelahan kedai aksesori kereta

Seketika kemudian
Aku berpatah balik ke kedai makan berdepan CIMB
Kelihatan seorang lelaki yang duduk dengan suspek berjalan keluar
Aku menuju kepadanya

"Bro, tadi duduk dengan seorang pakcik kan?" 
"Kenal ke pakcik tu?"
Aku bertanya

"Tak .. kenape?"
"Dia tipu kan?"
Brader tu cuba menduga maksud aku

"Tak tahu la bro.. samada dia tipu atau tak betul"
Aku membalas

"Aku tak tahu die tipu ke apa.. aku cuma nak tengak reaksi dia..." 
Lelaki itu memberi jawapan
"Ok la bro, thanks.."

Lelaki tu berlalu pergi
Aku kembali ke kedai india tadi
Sambil tengok surat khabar dan majalah yang dipamerkan
Surat khabar sedang hangat memperkatakan kisah pembunuhan kejam
Pembunuhan yang betul - betul kejam
Maysa`Allah ..


Aku membeli senaskah Metro


Perasaan ingin tahu masih menguasai diri
Aku berdiri disebelah kedai sambil membaca akhbar
Sambil mata aku memerhati gelagat suspek

Suspek sedang bercakap - cakap dengan seorang lelaki di kaki lima
Di hadapan kedai yang tutup; cuti raya

Tergerak untuk aku menelepon polis
Sarjan Ibrahim barangkali ..
Tapi aku batalkan niat
Sambil aku terus memerhati suspek untuk beberapa ketika

Terbit kesian dalam hati aku
Suspek yang menghampiri umur 60an merayau di kaki lima
Merayau macam orang kehilangan arah hidup
Fizikal, susuk tubuh sihat sahaja
Baju hensem tak kotor pun; mungkin ada yang jaga
Siapa yang tahu ...

5 minit kemudian suspek berlalu pergi
Aku kembali ke office
Dan perasaan aku kuat mengatakan bahawa aku akan berjumpa suspek lagi
Pada ketika dan waktu yang sama; Lunch hour
Jika suspek masih berkeliaran di kawasan itu ..
___________________________

Aku bukan saja - saja jalan merayau time kerja
Aku baru survey lokasi kedai komputer sekitar office
Untuk mencari laptop baru bagi kegunaan office
Tenyata ada 4 cyber cafe di sekitar; tiada membekal laptop/printer
Dan 2 kedai membekal laptop/printer .. dan 1 masih cuti raya


*Ini adalah lanjutan kisah kejadian benar "stranger"

13 September, 2010

alien: stranger

Seorang pakcik berjalan menuju ke arah aku
Dan dia duduk di hadapan kerusi kosong di depan aku
Dia memandang aku

"Pakcik na pergi sembahyang, tapi sebelum tu nak makan dulu.. tapi takde duit"
"Boleh bayarkan makanan pakcik tak?"

Aku yang baru mahu memulakan suapan nasi terhenti seketika
Aku pandang kepadanya
Berbaju melayu biru muda ala ala Raihan punya fesyen
Berkopiah putih ada motif corak - corak
Berkain pelekat
Kelihatan seperti orang kebanyakan yang lain

"Bini pakcik baru meninggal bulan lepas ..."

Dia bercerita pasal hidup dia
Dia ada kisahkan tentang duit dia juga, tapi die cakap terlalu perlahan
Aku pun malas nak ambik port
Aku nak belah atau tak layan tak boleh
Sebab nasi dengan lauk aku belum jamah
Air sirap pun baru sampai
Kang belah camtu je, membazir.. Tuhan tak suka hambanya membazir

"Pakcik order la apa pakcik nak makan.."
"Nak nasi campur ambik kat sana, nak goreng - goreng panggil la pelayan"

Aku pun offer la untuk makan tengah hari
Malas nak tanya meleret
Sebab otak aku dah terbeban dengan kes pecah office
Laptop dengan hard disc hilang camtu je
File yang da update "gone with the wind"
Hard copy plak tak update

Aku pandang pakcik tu
Otak aku dah terfikir, mana pergi duit die
Camana die boleh tercampak kat sini
Tapi, takde la aku terjah - terjah
Aku sopan ..
Kasi tanya slow - slow dulu
Kalau dia nak auta pun aku tak peduli la
Rezeki yang dia makan tu dari Allah
Esok - esok menjawab la sana kan

"Pakcik ke sini macamana?"
"Jiran pakcik hantar ..."

"Pakcik tinggal mana?"
"Shah Alam .."

"Pakcik nak kemana?"
"Rumah saudara pakcik .. tak jauh dari sini .. sebelum ni pakcik ke bandar botanic, klang, bukit raja ... ... ... pergi umah abang, saudara .."

Aku cuba mencari punca kenapa pakcik tu muncul di situ
Tiba - tiba dia buka cerita pasal orang melayu skang

"Orang melayu sekarang lain..."
"Apa yang lainnya pakcik?"

"Orang melayu dulu... orang melayu dulu.. hormat dengan orang tua, suka bantu membantu .."

Aku mengangguk sambil menyuap nasi ke mulut

"Orang melayu dulu.. bersatu. Tak kira kat mana, di kampung, di bandar .. bersatu semua. Tidak macam sekarang .."

Aku tersenyum

"Orang melayu dulu.. semua undi Barisan Nasional .."

Pakcik mula bercerita pasal politik
Aku dah mula tepuk dahi secara ilusi bukan realiti

"Orang melayu dulu.. semua suka BN.. tapi sekarang dah tak sokong BN .."
"Kenapa pakcik ..?"

"Orang melayu dulu .. suka BN .. sebb apa orang melayu skang dah tak undi BN"
"Sebab apa?"

Pakcik itu dah mula cari topik untuk mengelak aku bertanya hal dirinya
Heh, boleh baca dah
Tapi, aku layankan je la

"Orang dulu sokong BN sebab BN tu .. Barisan Nasional.."
Pakcik tersenyum.
"Orang sekarang pulak kata BN tu .. Barang Naik .. ye ramai tak sokong.. macam mana kan ... "

"Tapi pakcik.. orang sekarang undi tak tengok parti .... "
"Tahu kenapa orang dulu bersatu? "

Aku belum sempat abiskan ayat aku
Pakcik tu dah potong

"Orang dulu bersatu sebab banyak aktiviti drg buat sama - sama .."
"Petang - petang main bola sama - sama .. pergi tengok wayang pacak sama - sama.."
"Sebab tu ramai bersatu undi BN .."

"Tapi, pakcik orang skang tengok calon yang ..."

"Orang melayu dulu lepak kedai kopi sama - sama.. pergi rombongan sama - sama"
"Rombongan pulak  ke KL .. dataran merdeka .. muzium .."
"Seronok... dah tak macam sekarang"

Sekali lagi dia potong daaa
Aku dah malas nak kasi pandangan aku
Tiap kali aku buka mulut je na cakap dia potong
Baik aku buka mulut suap nasi dalam mulut
Ada baik ~

Masa dia mengarut - ngarut tu
Datang pulak idea merepek dalam otak aku
: adakah pakcik ni kru Wakenabeb? atau Bang Bang Boom!!!

Sambil tu aku pandang kiri kanan, mana tau ada kamera tersembunyi
Tiba - tiba muncul tah artis mana - mana jerit sebelah telinga aku
Mahu terkejut kat situ jugak lah nanti

"Orang dulu, kerja apa - apa pun mahsyur.."
"Kerja la apa pun .. mahsyur, tak macam orang sekarang .."
"Jadi cikgu mahsyur.. jadi DJ mahsyur.. tak kira la jadi apa.."

Aku hanya mampu mendengar dan tersenyum
Sambil mengunyah nasi
Layan je~

"Orang sekarang jadi artis baru mahsyur.."

Apa jenis "Mahsyur" yang dia cuba sampaikan
Aku dah jadi pelik di situ
Aish ~

"Kamu org selangor kan"
"Ha`a .."


"Dulu negeri mahsyur dengan satu perkara ..."

Aku terus mendengar, malas nak mencelah

"Mahsyur dengan satu perkara .. "
"Negeri mahsyur dengan Ratu - Ratu ... sekarang dah tak dengar pasal Ratu kan.."

Nasi goreng dia sampai
Dia makan. Senyap
Nasi di pinggan aku tinggal sisa
Aku bangun ke sinki dan terus ke kaunter
Bayar makanan aku dan dia
Ketika membayar aku terfikir adakah dia akan meminta aku menghulurkan sedikit wang kepadanya
Mungkin kah?

Aku kembali ke meja aku
Aku sedut air sirap perlahan - lahan
 
"Semua saya dah bayar ye pakcik.."
Dia hanya mengangguk

"Kemana arah tuju lepas ni pakcik ?"
"Rumah abang pakcik, dekat - dekat sini .."

"Oh..."

Aku pandang orang lalu lalang
Aku lihat jam di tangan

"Pakcik, saya gerak dulu ye.."
"Hulur la sikit untuk pakcik.. buat tambang bas"

Pakcik itu memandang aku

Dah ku agak..
Bukan tak nak kasi, kalau kasi tak ikhlas sia - sia saje


"Err.. saya jalan dulu ye .."
Aku terus melangkah pergi meniggalkan pakcik yang sedang menghabiskan sisa makanan di pinggannya
Berjalan laju tanpa menoleh belakang
Agak kejam perlakuan aku kan
Hehehe


--------------------------------------

Kisah adalah benar terjadi
Lokasi: Kedai makan depan CIMB
Waktu: Lunch hour, lepas balik dari balai

Sampai sekarang aku terpikir, pakcik itu sihat atau tidak mindanya
Dressing lawa tapi kisah merapu
Lari dari rumah ke?
Adoiii laa
Tak paham aku

Kenapa tak terus ke rumah abang dia
Makan, sembahyang dan minta pertolongan abang dia
Kan sedarah sedaging

Still wonder who is the pakcik
(Garu - garu kepala)

alien: manusia kini

Kerancakan makcik pakcik bergosip kisah anak jiran tetangga sekampung pada raya kali ini diselang seli oleh kisah sedih. Kisah di mana para blogger giat menyebar dan menyampaikan samada dengan ayat yang dikarang sendiri mahupun ayat yang di copy paste bulat - bulat dari akhbar arus perdana versi digital.

Sosilawati Lawiya serta 3 rakannya dipercayai mati dan dibakar sebelum abunya di buang di Sungai Pancau. Polis masih menjalankan siasatan. 
Teringat aku satu dialog drama yg aku tengok. Lupa tajuk dia, dialog die lebih kurang camni
"Hidup kat dunia ini, tak perlu terlalu kaya... bahagia saja pun dah cukup"

Apakah menjadi kaya ini seperti satu malapetaka? 
Menjadi tempat tumpuan para pencari "rezeki" yang tidak kisah tentang halal dan haram.
Menjadi kaya boleh mendatangkan iri kepada mereka yang lain. Kadang kala boleh mengundang banyak musuh. Masya`Allah ~ sedangkan rezeki itu datangnya dari Maha Pencipta dengan berkat usaha seseorang. Menjadi kaya itu ujian, menjadi miskin itu ujian. Menjadi susah itu ujian, menjadi bahagia pun ujian. Terpulang pada kita untuk menafsirkan erti ujian itu.

Terkadang, aku terfikir juga.
Ke mana pergi akal waras manusia pada zaman kini. Mudah saja untuk menamatkan perjalanan hidup manusia yang sememangnya singkat di dunia ini. Semudah membunuh seekor nyamuk yang hinggap di kulit. Sekali pelepap. Penyek. Siap ada yang melenyek tubuh nyamuk itu hingga tidak kelihatan pada masa kasar akan fizikal nyamuk tersebut. Melainkan ujian DNA dilakukan, baru dapat diketahui ianya adalah seekor nyamuk. Sampai begitu sekali.. kejamnya~

Kita baru saja melepasi bulan Ramadhan. Bulan yg mulia yang melatih diri menjadi sabar dan bulan yang memantapkan iman pada yang Maha Esa. Bulan yang mendidik kita menjadi lebih '"down to earth". Tapi dengan kejadian jenayah bunuh, buang anak, keruntuhan moral dan lain - lain, ternyata hikmah bulan tersebut tidak terserap dan terkesan dalam jiwa raga mereka. Moga diberi petunjuk cahaya pada hati mereka. Amin ..

Akhir kalam ...
Biarlah susah di dunia demi mencari kesenangan akhirat
Dari bersenang di dunia dan melarat di akhirat
Masya`Allah ~

Kepada keluarga Allahyarhamah Sosilawati Lawiya, Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim,  Allahyarham Noorhisham Mohammad dan Allahyarham Kamaruddin Shansuddin. 
Takziah di ucapkan.
Moga arwah dicucuri rahmat.
Al-fatihah .. 



- catatan pilu seorang alien

12 September, 2010

alien: kuih raya

Sambil - sambil menjamu selera makan kuih muih raya
Sambil membaham lemang ketupat di hari raya Ketiga keempat kelima dan seterusnya
Sambil mengira duit raya yang diberi dan diperolehi
Sambil sambil la jamu mata gambar bawah ni ....


 


Ia adalah gambar makanan kucing atau Friskies la nama komersial die
Ia bukan kuih raya tau walau bentuk ia unik dan menarik
Hehehe

Oleh yang demikian, ajak la kucing anda melihat gambar ini
Kasi kucing anda terliur kejap 
Hehehe

11 September, 2010

alien: tragedi satu syawal

Alahai~
Pergh, pertama kali aku terbuat lawak pada satu Syawal. Siyes, aku pun tak sedar . Kelakar gak la.. Senyum sorang - sorang bila aku ingat balik. Abang dengan akak ipar aku bulih layan gelak lepas  kejadian tu sebab dia saksi kejadian, selain bapak aku. Cis.. cis

Bulan Syawal hadir selepas Bulan Ramadhan. Pada satu Syawal saje kita boleh jumpa lemang, ketupat, rendang dan segala macam kuih tradisional dihidang secara berleluasa oleh mak kita, jiran sebelah rumah, saudara mara mahupun sahabat handai. Pada ketika itu juga, kita boleh membaham juadah yang dihidang secara berleluasa itu dengan rakus tapi sopan. Hehehe

Macam biasa lah, pagi subuh bertakbir raya dan bersiap ke Surau depan rumah aku untuk solat sunat Hari Raya. Bermohon maaf sesama ahli keluarga, kemudian baru berangkat ke rumah nenek yang tidak jauh dari rumah. Rempit laju - laju 5 ke 7 minit bulih sampai dah. Kalau bawak secara berhemah cermat 10 ke 13 minit dah sampai. Dekat je pun. Borak makan gelak minum maaf. Macam biasa la kan, tak kan nak bersukan pulak kat rumah nenek. Tak kena pulak dengan tema hari raya nanti.

Meneruskan aktiviti berziarah ke rumah sedara mara. Sampai satu rumah atuk saudara aku la kan, bapak aku masuk dulu pastu aku la follow belakang. Ada la 4 ke 5 orang laki kat ruang tamu depan, ruang tamu tu kecik.. jadi agak crowded la kan. Geng - geng mak  mak semua duduk ruang tamu tengah. Tapi drg kena lalu ruang tamu depan untuk ke ruang tamu tengah. Aku jalan belakang mak aku. Sambil jalan slow-slow itu aku salam la dengan geng - geng laki yang ada kat situ.  Aku bersalam dengan penuh semangat walau pada masa itu aku agak mengantuk.Tengah rancak bersalam - salaman, tetibe aku tersalam bapak aku plak yang dah duduk dulu kat sofa tu. Err, memang lah tak salah.. tapi bapak aku bukan tuan rumah kan.. huhuhu

Aiseh ~ 
Bile masa bapak aku duduk situ la pulak.  Dah abang aku dengan kakak ipar perasan, tergelak. Atuk sedara aku layan gelak jugak. Hadoi~ camne bulih tak perasan bapak aku dah melepak kat sofa tu. Spoil .. tengah rancak bersalam pulak tu kan. Geng laki lain yang perasan cume senyum sajee.  Hehehe, terus tak jadi nak mengantuk masa tu, mata terus jadi segar bugar macam baru lepas mandi pagi dengan air sejuk gilee.. tapi, segar untuk seketika je la. Masuk 10 minit lepas tu, rasa mengantuk tu datang balik. Ngahahaha~

Kisah satu Syawal ..
Heh..
Kepada semua ~
Selamat Menyambut Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Kepada para perantau yang berada di sana..
Amerika, England, Afrika, New Zealand, Australia, Papua New Guinea, China, Jepun dan segala pelusuk dunia.. Gambar lemang itu untuk anda. Jangan di lupa rasa enaknya lemang di pagi raya walau di mana anda berada. Hehehe



p/s: gambar itu google cambiasa

07 September, 2010

alien: bercerita tentang kehidupan

"Eh, ni geng spesis biawak ke? .."

Itu lah soalan yang muncul di benak akal aku ketika menyelak surat khabar online.

Tak payah aku ulas lebih lanjut. Korang baca korang paham korang telan sendiri
Kalau malas bace online g beli surat khabar
Selak - selak sampai jumpe.

Hehehe

Memang lah air tu kalau dicampur dengan air mineral, sifat air tu tak akan hilang
Masih lagi bermanfaat dan berkhasiat
Tapi kalau utk kegunaan sendiri saudara mara atau jiran sahabat handai boleh diterima
Ini dijual secara komersial
Iskh3
Tau le nak cari duit lebih untuk raya
Kot ye pun jangan la buat camtu

Macam - macam hal lah orang sekarang
Ada yang nak kaya cepat masuk skim skim skim skim
Ada yang nak senang ambik hak orang lain
Ada yang tak nak anak buang merata - rata
Ada yang tak nak ibu bapa tinggal tepi jalan
Ada yang tak puas hati pergi bunuh bom tikam langgar santau
Ada yang kecewa terjun gantung tikam perut
Ada yang nak jalan mudah kasi hadiah hantar sebagai pemanis
Ada yang sesat mainkan agama tipu khurafat
Ada ada aje kan ... macam - macam - macam - macam - macam

Sampai nak baca akhbar pun dah malas
Alih - alih cerita sama
Dah reda cerita tu pulak naik
Pastu cerita tu 
Isi sama cuma pelakon dengan jalan cerita lain
Iskh2

"Ni lah kehidupan kan
Saling berkait dan saling berulang utk peringatan semua..
Tapi yang baca tu teringat ke?
Anda bagaimana?"


06 September, 2010

alien: yeah, balik lambat !!!

Yeah, gumbiranya dalam hati balik office lambat
Hari-hari lambat ..
Sampai malam Raya pun balik lambat agaknye
Bestnye~

Aku nak nak shopping suar jin raya pun tak sempat nieh
Nak beli sandal raya lagi
Kesian kat crocs putih aku dah tak bersinar warna putihnya
Jatuhlah level kekacakan aku pada hari raya pertama nanti
Kalau sempat nak sambar baju melayu sehelai la

Gaya macam belum shopping raya lagi kan
Erkkk.. memang pun~

"Lihat lah emotion itu... saaaaaaangat heppy kan..."


p/s: Gambar dari enjin carian google


05 September, 2010

alien: malam - malam

Lagi beberapa hari Aidilfitri akan menjelma
Bermakna bulan Ramadhan juga tingga beberapa hari akan meninggalkan kita
Juga bererti tinggal beberapa hari lagi untuk membayar zakat
Ia bermakna beberapa hari lagi takbir memuji kebesaran Ilahi akan bergema pada pagi hari

Sudah terbayang aku pulang dari tempat kerja pada malam terakhir ramadhan
Menikmati angin malam terakhir sebelum hadir Aidlfitri pada esok harinya
Melihat langit dan mengucapkan salam terakhir kepada bulan yang mulia

Beruntung aku kerana kampung halaman aku tidak lah jauh ke utara mahupun selatan seperti mereka yang lain. Tidak perlu aku bersesak di jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.
Ini adalah kisah pada masa ini.
Pada masa depan tidak tahu lagi.
Sapa tahu mungkin kampung mertua di kutub utara, selatan Australia atau timur New Zealand .. mungkin

Tengah berkira - kira untuk mengambil unpaid leave selepas hari Malaysia pada 16 September ni.
Masih berkira - kira ...
Annual leave aku berbaki 1/2 hari, terpaksa lah ambik unpaid leave
Nasib baik bos boleh konsider bab-bab cuti ni walau selalu salary lambat masuk
Adehh

Kepada yang balik jauh - jauh tu
Yang menaiki train, bas, aeroplane, kapal laut, jalan kaki, motosikal
Berhati - hati la di mana anda berada
...

03 September, 2010

alien: Antologi Anak - Anak Ramadhan


~





Just updating post at Soltura.
Click here to read my recent post
Feel free to comment
I`m learning


Just Click here for others Solturangers post's





~

02 September, 2010

alien: burung upahan

Gambar bawah ini adalah White-rumped Shama
atau nama lain dia


Ini adalah burung upahan untuk membawa pesanan
Pesanan yang jauh di sana
Macam zaman dulu kala pulak
Hantar pesanan guna burung

Ia adalah seekor burung Murai Batu bukan merpati
Aku upah dua ekor burung murai ini
Untuk elak burung ini bosan
Juga jadi peneman sepanjang perjalanan membawa pesan
Mungkin pasangan jantan dan betina
Aku kurang periksa pulak
Harapnya burung berdua tu tak sesat ke mana - mana la

Aku baru je suruh mereka terbang tengah hari tadi
Terbang la~
Terbang la~
Cepat lah sampai ...


P/s: Gambar dari Google

alien: renung sejenak

Apa itu sahabat?

Sahabat itu makan..
makan hati kalau melihat sahabatnya sengsara,

Sahabat itu diam..
diam - diam berdoa buat sahabatnya agar di mudahkan hidupnya di dunia

Itu lah sahabat ...
Betul kau sahabat?

01 September, 2010

alien: idea ~

I `ve lost word to write
Its so sudden
Especially when it come to unusual things
Heh
Speechless
Don't know what to write
The exact word to be place on the space given

Maybe its enough for me just to write there
'Hi' or 'Hello' 


But,
It is matter if the word come from deep down my heart?
Single word mean a lot right?

Still wondering the right word to write
Its take time or maybe I just too worried
Em..