Tiba-tiba dapat mesej last minit dari MPM.
Adoi, napa geng-geng gomen suka bagi notis last minit. Getus hati ku mewujudkan perasaan tidak puas hati.
Hati aku berbelah bahagi, nak pergi atau tidak. Hari tu apply last minit, dapat notis pergi ujian pun last minit. Redah ajelah. Otak gile aku lantas mengutarakan pendapat.
Tiada sesiapa yang tahu aku apply post ini. Mungkin ada beberapa orang yg tahu, individu terpilih aku namakan mereka. Hehe. Anda insan bertuah kerana dapat tahu. Entahla, kebelakangan ini semacam banyak perkara tentang aku.. aku cuba rahsiakan. Makin menjadi misteri kehidupan sisi lain aku ini.
Terpaksa slow talk dengan sahabat aku kerana aku dah berjanji utk berjumpa dengan dia. Ada sesuatu yg perlu kami selesaikan. Sembang-sembang kat kedai kopi.. sembang-sembang.. dia kasi tangguh walau agak berat hati. Aku faham perasaan dia. Terima kasih kawan kerana faham dengan perjalanan hidup aku sendiri yang cuba aku corakkan. Aku cuba mencabar diri, mengatasi keupayaan diri. Hohoho...
Nak dijadikan cerita.. jeng jeng jeng..
Dengan selambernye tak payah baca nota.. atau sumber rujukan yang ada.. aku terjah ke Sekolah di Klang iaitu tempat untuk aku duduki ujian tersebut. Bukan ujian darah mahupun ujian kesihatan. Ujian ni mudah aje. Bawak pensel 2B dengan pemadam. Hehehe
Soalan pulak, semua jawapan betul.. cume kene pilih yang mana tepat dengan diri kita la. Kira tak de la sesusah SPM ke.. STPM ke.. atau O Level... hohoho
Apa kaitan dengan rama-rama?
Oh, dah lumrah.. setiap kisah atau cerita mesti ada heroin atau kalau korang tengok Adnan Sempit die suka panggil Cikaro iaitu bahasa pasar kot untuk aweks bagi budak-budak rempit. Dalam kisah- kisah yang aku lipurkan sebelum-sebelum ni heroin die tersembunyi.. heroin die tak keluar sbb xnak org tumpukan kat heroin tu. Aku nak korang tumpukan kat jalan cerita sbb tu aku simpan heroin tu, tak kasi berlakon. Hohho
Dalam kisah ni, heroin tu muncul secara tiba-tiba.
Kalau dah muncul tiba-tiba.. konfirmlah aku tak kenal.
Dah la tak kenal.. suasana budak-budak semua seriyes nak amik ujian.. takkan aku na terjah heroin tu.
Mau ketar lutut..... aku. Bukan heroin tu, heroin tu tah-tah buat tak tahu. Pastu nanti aku jadi tembok plak kat situ. Kui3
Jadi aku pandang la dari satu sudut.. xde la jauh sgt.. Lebih kurang 20 meter kot, xde pita nak ukur masa tu.
Baju putih ada bunga pink kecik2.. pakai tudung pink.. Suuuuweeeeet ~
Hahahaha
Dia berdiri sorang-sorang. Kat depan kelas tu.
Ah, kantoi. Dia da ternampak kelibat aku.
Tersenyum-senyum plak dia. Aku wat tak tau aje la. Ye la, tah-tah dia pandang org depan aku ke kan.. sbb depan aku tu ada budak pempuan lepak kat tiang.. mengadap dia gak.
Tak kan mamat sebelah aku, sbb aku tengok mamat sebelah aku muke lagi la siyes.. mengalahkan orang nak nak selesaikan Sudoku.. kui2
Jadi aku cume pandang dari jauh aje la. Die malu-malu.. hohoho
Then, aku alihkan pandangan ke arah budak2 yang bermain di sebelah kanan aku. Seminit dua, sambil aku memerhati jam tangan.
Aku memandangnya semula, aku lihat die sedang bercakap dengan seorang gadis melayu dan seorang gadis india.. berdekatan pintu. Mungkin dia segan kerana aku memandangnya.
Jahat aku ni woh...
Jahat aku ni woh...
Kemudian, pengawas peperiksaan suruh masuk kelas kerana ujian nak mula.
Aku buat ujian 40 minit je pastu aku belah.. nak kejar masa. Ada janji nak jumpe sahabat aku lepas tu.
Kan soalan dia mudah cume letih la na menghitamkan borang OMR tu.
Jadi bergitulah kisahnya..
Sbb heroin muncul pun sekejap je.. aku pun istilahkan macam rama-rama yang menghinggap di bunga.
Nampak jinak, tapi nak dekat susah r.. terbang tinggi-tinggi-tinggi.. yg ada cuma kenangan aje..
Kehkehkeh...
2 comments:
ujian aptitude ek
lebe kurang camtu la..
mudah je..
Post a Comment