29 April, 2010

ALIEN in P.Ramlee Mode

Ajis: Din, yang kau pergi siram pokok besar tu buat ape?
Sudin: Bapak aku dulu, pokok kat hutan pun dia siram..
Ajis: Ko dengan bapak ko sama, dua-dua bodoh..

Begitulah lebih kurang petikan dialog kisah P.Ramlee. 
Filem Pendekar Bujang Lapok.

Scene yang agak kelakar tapi ada maksud tersirat di situ. Aku gemar tengok filem P. Ramlee sebb kebanyakan dialog dalam filem beliau bermesej. Selain latar tempat berkisar kehidupan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk itu menggambarkan satu malaysia kan..

Kembali ke dialog tersebut, penafsiran aku adalah seperti berikut. 


- Kita kena berfikir dulu sebelum melaksanakan sesuatu walau perkara tersebut kita warisi dari moyang kita dulu. Kasi kaji dulu la kan.. samada ianya bercanggah dengan agama atau menyalahi undang-undang. Tidak boleh ikut melulu, lurus bendul.

- Kita belajar dari pengalaman orang sebelum kita. Kita belajar ilmu yang diwariskan mereka. Tapi tak semua ilmu atau pengalaman itu relevan untuk dibuat la kan. Macam zaman jahiliah dulu, orang pada zaman itu menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbang membawa aib pabila kepada mereka satu hari nanti.

- Pentingnya kita mencari 2@3 guru dalam mempelajari sesuatu perkara. Jangan fokus kepada satu guru saja, di takuti tak berkembang pemikiran kita. 

- Tidak semua perkara yang dilakukan oleh orang sekitar kita itu betul. Aku tak kata salah dalam hal ni. Maksudnya kita kene berfikir dan menafsir perilaku orang sekitar kita. Kalau yang elok boleh di ikuti, yang salah tinggalkan la. Contoh mudah.. orang hisap rokok, puntung rokok kasi campak sana sini. Bila di tanya, drg cakap biar mak cik cleaner sapu.. gile kejam. Yang ni jangan ikut. 

Itulah antara-antara isi yang aku dapat fikirkan yang relevan dalam penafsiran secebis dialog di atas la. Itu dialog bukan dialog kosong, ada isi tu. Tajuk pun Pendekar Bujang Lapok. Jadi dialog dia pun ada isi, bukan calang-calang dialog wooo...

Jadi, sama-samalah kita perbetulkan diri. 
Jangan cepat melenting kalau orang tegur kita. Mungkin pada pandangan mata kita, kita buat betul. Pada orang lain salah. Jadi, berbincanglah.. cakap elok-elok. Fikiran kena terbuka, zaman global ni minda kita kena luas di samping menapis anasir yang tidak baik dari mempengaruhi pemikiran kita.

Yang baik jadikan tauladan.

Teringat kisah kawan aku yang menalipon polis traffik tatkala lampu isyarat di sebuah jalan rosak.
Lampu tu tidak berfungsi. Bagus dia ni.
Good - good..

No comments: