26 April, 2010

ALIEN say: Terhad

Meneruskan apa yang sudah aku mulakan. 
Tiada istilah tamat.. mungkin sesekali mengalami kekecewaan. Bukan berputus asa, hanya perlu masa untuk berehat seketika sambil berfikir. Memerhati sekeliling, mencari ketenangan. 

Sekarang masanya, berusaha bangun kembali. Semoga dapat ku tempuhi dan menangani segala yg mendatang dengan tabah. Dengan bantuan Nya. Aku hanya makhluk yang lemah.. segala kemampuan ku terhad terbatas. Urghh... mencuba melawan perasaan yg meluas yg agak mustahil untuk dipenuhi oleh kemampuan ku yang terhad.

Aku bersyukur, mempunyai keluarga yang bahagia dan sahabat yang memahami yang selalu berada di sisi. Rakan-rakan yang berada di samping tatkala aku memerlukan secebis hiburan dan bahagia untuk menguraikan bergumpal benang yang berserabut di dalam fikiran aku. Kadang kala timbul ilham tatkala melihat mereka berbicara dan bersenda gurau. 

Bukan aku tidak mahu berkongsi masalah bersama mereka. Kata orang berkongsi masalah akan meringankan beban fikiran, yeh.. betul. Tapi, aku tidak mahu mereka terbabit sama dan terperangkap sama dalam kabus tebal yang melanda di sisi dunia ku yang satu lagi. Cukup la untuk aku harungi bersama seorang sahabat yang memahami dan saling mempercayai kerana perkara yg berada di benakku hanya di fahami kami berdua.. masalah yang berkait antara satu sama lain.

Hampir setengah tahun..  barangkali 4 bulan. 
Aku berfikir.. mengkaji. Cuba mencari damai dengan cuba menidakkan dan melupakan apa yang telah aku mulakan. Berfikir untuk berhenti seketika dan akan kembali apabila sudah bersedia. Separuh dari diriku menghasut. Separuh lagi menolak dan terasa berat seraya mengatakan aku perlu menamatkan apa yang telah aku mulakan. 

Lama bertapa.. 
Lama.. hampir - hampir sahabat aku tawar hati. 
Sahabat yg bersama ketika susah dan ketika senang. Banyak peristiwa pahit manis yg kami lalui. 
Dari seringan-ringan hingga seberat-berat dugaan. 
Kalau di kenang kisah itu kembali, seperti aku hidup dalam sebuah kisah yang direncana untuk tatapan masyarakat. Kisah yg diriwayat di kaca Television. Tak banyak beza. Cukup dengan kisah gembira sehingga kisah yang cukup sedih. Aku bersyukur kerana dapat merasa dan melalui kisah-kisah tersebut. Ianya amat berharga dan tidak ternilai.
Itulah pengalaman, perjalanan hidup setiap orang berbeza. Ada yang berliku, ada yang mudah. Pelbagai kisah masyarakat.

Kini aku kembali, kembali dengan lebih cekal dan tabah.
Semoga Allah meredhai dan merestui segala apa yang kulakukan.

Diam aku yang lama itu menjadikan aku lebih kuat menghadapi hari yang mendatang.

No comments: