14 September, 2012

alien: ada caranya menegur tu

Walaupun marah dengan pekerja baru yang membuat kesilapan.
Caranya yang mencebik muka agak jelek dilihat manakala sikapnya yang meninggikan suara juga mengganggu pelanggan yang ada di dalam kedai.

Perkara sebegitu sepatutnya cuba dielakkan oleh pekerja yang bekerja di sektor pekhidmatan lebih-lebih lagi yang berurusan secara terus dgn pelanggan. Mereka hendaklah menjaga diri mereka kerana mereka adalah cerminan kepada organisasi tempat mereka kerja.

Professionalism. Ya!

Elakkan dari menunjuk rasa marah dihadapan pelanggan, walau masalah itu dari pelanggan itu sendiri. Mereka juga perlu belajar bermuka-muka. Andai pun marah dengan rakan sekerja atau orang bawahan, jangan tunjukan dihadapan pelanggan.

Come on!

Apa salahnya tegur mereka ditempat lain.
Mereka pun ada harga diri. Mereka pun tahu malu. Mereka pun ada perasaan.
Mereka juga manusia sama seperti kita.

"Always put yourself in other people's shoes. If you feel it hurts you, it probably hurts the person too."

Aku yang melihat kejadian itu semalam hanya menggelengkan kepala.



5 comments:

Rain said...

oh man! bikin pelanggan lari dari tercegat berdiri mahu membeli, terus cabut langkah kaki..

atikah ramly said...

kita perlu belajar mengawal kemarahan diri sendiri.

gadisBunga™ said...

walau siapa pun kita, jangan la buat sampai orang menyampah. kan kan?

Faaein Talip Roy said...

memang kena banyak belajar bersabar..

teringat kat warden semalam.. betapa sabarnya dia melayan karenah seseorang semalam..iaitu saya.. huhuhu.. cool gila lah akak warden tu.. kalau orang lain.. dah hot kut.. huhuhu...

alien said...

Rain:
Org sebegitu entahlah, sebagai pelanggan kita menegur pun kebarangkalian utk dia menerima pun rendah..

Miss Lavendar:
begitu yg sebaiknya

gB:
yezza!

Faaein Talip Roy:
hehe, sabar tiap orng berbeza kan..