Aku menyaksi semalam itu,
umat manusia bersatu,
berbicara dengan satu nada.
Aku menyaksi semalam juga,
ada pihak yang bergembira,
juga ada pihak berjuang sengsara,
Walau dicerca dihina,
ia tetap dengan pengorbanan itu,
setia dengan perjuangan itu,
berbicara dengan nada itu.
Semuanya untuk kita,
demi khalayak di tanah ini,
bagi menegak dan mewariskan,
pusaka yang amat berharga,
untuk generasi kini dan juga mendatang.
Itulah ia dipanggil,
keadilan ...
:29 April 2012, 1:27am
5 comments:
keadilan
selalunya tidak datang dengan senyuman
adakala..
ia datang dengan pengorbanan
ia datang dengan perjuangan
ia datang dengan air mata
kelmarin turun sama tak?
Ha'ah ada turun sekali ke Bro?
kueh bakar:
ye, begitulah
gB:
:D
Daddy Ziyyad:
cadangnya mahu, tapi keadaan tak mengizinkan.. jadi pemerhati kat fb,twitter je la
YB:
xturun la YB
keadilan yang dituntut dengan pelbagai cara.
Post a Comment