Kamu kata kamu kasihankan mereka
sedangkan kamu ambil hak mereka itu
dengan tiada terbit rasa sesal atau belas
di cerminan wajah kamu itu
Kamu biarkan mereka tersisih
meraung tanpa suara
menangis tiada air mata
melarat merintih tanpa upaya
sedangkan kamu bergembira
terus menerus mengitung harta
Bilamana kamu memberi
kamu pasti meminta akan balas
entah di mana itu dia; ikhlas
menolong mereka yang perlukan belas
Seharusnya itulah hak mereka
bukan hak kamu yang diberi pinjam
seperti yang diteriak kamu
selalu, setiap kali
hingga kamu kering tekak hilang suara.
:21 Mar 2012, 12.02am
4 comments:
kene makan strepsils ni
kerana mereka lupa, Allah melihat setiap perbuatan mereka
fisherman friend lagi padu!
kekeke
yer, begitulah rasanya
Post a Comment