Satunya ialah arnab, dan satu lagi ialah kura-kura.
Arnab
ialah manusia yang berkerja dengan pantas, cepat dan mahukan
kesempurnaan. Mereka ini sangat teruja dengan pencapaian. Mereka
selalunya menonjol dan dikenali. Mereka manusia yang sempurna.
Kura-kura
pula biasanya ialah pekerja yang lembap, malas dan perlahan. Mereka ini
berjalan menuju ke hadapan, tetapi secara perlahan-lahan. Tidak kisah
dengan apa yang berlaku. Tidak ambil peduli dengan banyak hal.
Siapa yang biasanya menang?
Seperti cerita arnab dan kura-kura, biasanya arnab yang akan kalah."
Aku mengandaikan, sekiranya aku manusia arnab itu.
Aku bukanlah manusia arnab yang disembelih oleh manusia kura-kura itu.
Melainkan seorang manusia arnab yang terperangkap di dalam kurungan kecil dan sempit, yang memerlukan masa untuk mendapatkan kembali keyakinannya untuk melompat bebas di dunia yang luas di luar sana setelah berjaya meloloskan diri dari kurungan kecil dan sempit itu.
5 comments:
dalam hidup..
ada kala kita kena 'serang' selaju arnab
ada kala kita kena bertahan sekukuh kura-kura
bukan menyerang seperti kura-kura dan
bukan bertahan seperti arnab
jadilah manusia arnab yang bekerja dengan pantas, dalam kepantasan masih ada terselit resmi manusia kura-kura
dalam maju ada jeda nak lepaskan lelah~
kat mana manusia arnab tu terperangkap? meh aku lepaskan..
em, fleksibel.
faham.
di tengah2 hutan batu.
Post a Comment