31 March, 2012

alien: arnab vs kura-kura

"Dalam organisasi, akan ada dua jenis manusia.
Satunya ialah arnab, dan satu lagi ialah kura-kura.
Arnab ialah manusia yang berkerja dengan pantas, cepat dan mahukan kesempurnaan. Mereka ini sangat teruja dengan pencapaian. Mereka selalunya menonjol dan dikenali. Mereka manusia yang sempurna.

Kura-kura pula biasanya ialah pekerja yang lembap, malas dan perlahan. Mereka ini berjalan menuju ke hadapan, tetapi secara perlahan-lahan. Tidak kisah dengan apa yang berlaku. Tidak ambil peduli dengan banyak hal.
Siapa yang biasanya menang?

Seperti cerita arnab dan kura-kura, biasanya arnab yang akan kalah."


Aku mengandaikan, sekiranya aku manusia arnab itu.
Aku bukanlah manusia arnab yang disembelih oleh manusia kura-kura itu.
Melainkan seorang manusia arnab yang terperangkap di dalam kurungan kecil dan sempit, yang memerlukan masa untuk mendapatkan kembali keyakinannya untuk melompat bebas di dunia yang luas di luar sana setelah berjaya meloloskan diri dari kurungan kecil dan sempit itu.


 

30 March, 2012

alien: no surprise

....You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide....

:No Surprise by Radiohead
















I found this song really haunt me and I don't know why.
Every single verse very meaningful to me.
The rhythm keep playing inside my mind.
Thus I can't stop listening to it every night.


29 March, 2012

alien: berpeluh di dahi

Risau.
Aku jadi risau sendiri.
Kebelakangan ini aku mengalami kesukaran tidur pada waktu malam.
Insomnia?
Mungkin tidak. Aku akan lena sendiri apabila jam mengampiri angka tiga.
Ketika ayam berkokok mengejutkan insan pada sepertiga malam, aku baru akan melelapkan mata dan pada tika itu juga mimpi datang menambahkan lena.

Kopi, aku dah jarang minum air kegemaran itu.
Bukan bergaduh dengannya, cuma belajar untuk berjauhan seketika.
Jadi, kopi bukan punca utama masalah ini.

Em.
Gerak perjalanan hidup yang tersekat-sekat pada akhir-akhir ini mungkin penyebab.
Selalu aku bermohon pada yang Esa bagi mempermudahkan perjalanan hidup ini.
"Ada hikmah disebalik semua kejadian" begitulah nasihat meraka.

Teruskan berusaha dan bersabar.
Insya`Allah, berita baik akan tiba juga.
*Memujuk diri sendiri yang semakin risau agar kuat.



28 March, 2012

alien: hari yang indah

Petang yang redup.
Duduk di tepi tingkap.
Sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi, dingin.
Berehat berlatarkan lagu 'Terukir Di Bintang'.

Pergh,
terasa seperti terbang menuju ke bintang feeling dia.


27 March, 2012

alien: aku termalu sendiri

Ah, sungguh advance budak-budak sekolah kita zaman ini.
Bebas sahaja berpelukan di taman awam dengan bangga; mereka itu melayu.
Mereka bertudung juga ada yang masih memakai pakaian sekolah.
Entah di mana malu mereka.

Sedang pakcik - pakcik memancing; mereka itu cina dan india.
Dan makcik, pakcik, kakak, abang mereka sedang bersukan.

Hebat bukan mereka.
Aku pula yang merasa malu melihat perilaku biasa mereka.
Ah, mungkin aku yang sudah berusia untuk menerima perilaku mereka yang begitu.
Moden katanya... 


alien: the film that never Lapok

Kudos!!
Seniman Bujang Lapok never fail to make me laugh until today.
Even after I'm watching it over and over again. 

















This is a great movie that you must include in your movie list.
This movie deserve 4.5 star rating.
Heeee..


 

26 March, 2012

alien: aku yang pedih

Aku bergetar
saat melihat kamu disana
bebasnya berlari bergerak
mengikut mahunya kakimu
menurut naluri hati kamu

Aku yang masih terbelenggu
hanya daya memerhati
langkah kamu yang tertinggal
dengan mata yang pedih
terpejam rapat.

:25 Mac 2012, 08.50pm





25 March, 2012

alien: mengintai esok

Dipanggil 'senyum'.
Itulah dia topeng yang aku kenakan pada masa ini ketika ini dan saat ini.

"Banyak graduan muda kita yang ada kelulusan tinggi, tidak pula mempunyai kerja. Malah, ada yang melanjutkan pengajian lepasan ijazah ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada kerana peluang kerja semakin teruk, atau mengidam gaji yang besar. Yang benar tinggal untuk mereka hanyalah harapan sebenarnya. Hanya beberapa orang yang terlepas. Selebihnya masih survive untuk mencari gaji yang baik dan pekerjaan yang elok."
:FakirFikir, 25 March 2012

Semoga hari esok khabar gembira menanti.
Amin~




21 March, 2012

alien: suara mereka yang hilang

Kamu kata kamu kasihankan mereka
sedangkan kamu ambil hak mereka itu
dengan tiada terbit rasa sesal atau belas
di cerminan wajah kamu itu

Kamu biarkan mereka tersisih
meraung tanpa suara
menangis tiada air mata
melarat merintih tanpa upaya
sedangkan kamu bergembira
terus menerus mengitung harta

Bilamana kamu memberi
kamu pasti meminta akan balas
entah di mana itu dia; ikhlas
menolong mereka yang perlukan belas

Seharusnya itulah hak mereka
bukan hak kamu yang diberi pinjam
seperti yang diteriak kamu
selalu, setiap kali
hingga kamu kering tekak hilang suara.



:21 Mar 2012, 12.02am



15 March, 2012

alien: penantian bermula lagi

Semalam satu set resume telah selamat di'forward'kan lagi.
Dan proses menanti pun bermula, sekali lagi.
Seperti selalu, menanti dan berterusan menanti.
Jawapan.

Ah, lagipun hidup dan penantian memang berkait rapat.
Dalam menanti sendiri, tidak pasti bila penantian itu akan terjawab.
Esokkah? Lusakah? Minggu depan? Bulan depan?
Yang aku pasti, di penghujung penantian itu, mati.
Yang ini aku sangat pasti.

 

06 March, 2012

alien: kisah secawan kopi o

Malam ini terasa kopi O segera yang aku minum ini terasa kelainannya.
Adakah kerana ianya bungkusan kopi yang terakhir?
Atau kerana aroma yang dihasilkan oleh cawan yang lain dari kebiasaannya?
Atau mungkin deria rasa aku sedikit tidak berapa sensitif di kala lewat malam?

Aku menghirupnya sedikit demi sedikit sambil aku berfikir.













 
:Gambar ehsan Google

Sedang membelek isi data yang terkandung dalam cakera keras berjenama Buffola, aku terjumpa sesuatu yang menarik. Sesuatu yang telah tersimpan sejak 3 Oktober 2008. Sesuatu yang tertangguh sekian lamanya. Aku mesti sudahkannya.

Ya, aku mesti !!


04 March, 2012

alien: bila jari yang berfikir

"Dan tidakkah mereka tahu (yang) Arsenal itu hebat (lagi) power?" - Surah Al-Emirates, ayat 10.
petikan tersebut diambil dari sini. (klik)

Mohon penulis tersebut kembali ke pangkal jalan.
Berhemah dan beretika walau di mana anda berada; di alam maya atau di dunia nyata.