Seperti kebiasaan, sebelum berehat dan tidur aku berpeleseran di FaceBook yang telah jatuh ke ranking kedua selepas Google. Aku tak heran pun tentang itu. Mark Zuckerberg pun tak heran. Orang kita pulak yang ambil peduli pasal ranking-ranking ni. Em, ntahlah.. aku pun tak tahu.
Tika itu aku terjebak berbicara dengan seorang kawan aku ni, tentang novel Padang Bulan & Cinta di Dalam Gelas yang aku sendiri pun belum habis baca. Katanya dia memang meminati dan mengagumi gaya penulisan Andrea Hirata. Aku? mulai tertarik setelah menonton filem Laskar Pelangi di Astro beberapa hari lalu. Agak lambat bukan. Kalau orang sudah sampai ke bulan, agaknya aku baru nak kenal apa itu bulan. Lebih kurang begitulah.
Sana da ader habiburrahman, andrea... tuh x kire zaman dolu2... malaysia makin ketandusan novelis la. novelis remaja bykle..
Dia meluahkan pendapat, mirip kepada satu rasa bimbang
Malaysia ada.. A Samad Said.. ape~
Aku membalas dengan tidak serius
Generasi pelapisnye kaula kann..
Begitu galak dia berseloroh ..
Sebelum itu, komen aku padanya, aku katakan..
Sekiranya dia ada nukilan Shahnon Ahmad, Abdullah Hussain, A samad Said, Usman Awang, Andre Hirata atau Taufiqurrahman Al-Azizy dalam simpanannya ingin sekali aku pinjam.
Em.
Terlalu hebat penulisan mereka kalau mahu dibanding dengan apa yang aku ada. Aku pun baru bergaul dengan karya-karya mereka, masih mengenali.
Belum pun sebati.
Yang pasti mereka semua sudah menjejakkan kaki di bulan, aku pula baru nak kenal apa itu bulan.
Aku kan orang biasa - biasa saje
7 comments:
Mark Zuckerberg pun orang orang biasa juga sebelum ini :)
org biasa-biasa saje mampu jadi luar biasa saje...
sama la kite~~
kamu boleh jadi hebat alien~
orang biasa boleh berubah jadi yang luar biasa kalau dia berusaha..u can do it!
laskar pelangi dah ada part2 dia..nama dia sang pemimpi!
terima kasih kawan2
yeah..andrea hirata...lelaki zenit dan nadir.
Post a Comment