30 June, 2011

alien: aku nak cerita sikit, jom baca.. jom.. jom..

Mari bayangkan ini,

Satu petang yang indah dan tenang. Ketika orang ramai bepusu-pusu beredar dari pejabat. Ada yang mengejar bas, ada yang bertemu janji, ada yang kejar drama di TV misalnya. Kau pula sedang berada dalam kereta. Mendengar celoteh DJ radio dan melayan lagu sentimental yang diputarkan sinonim dengan petang yang tenang, atau paling tidak pun kau sedang mendengar bebelan kekasih kau yang duduk di sebelah. Kau anggap saja bebelan itu seperti paduan orkestra yang indah dah jarang sekali dimainkan. Anggap saja begitu, pasti jiwa kau yang sedang kacau akan terasa sungguh tenang.


Okeh. Bukan hal bebelan kekasih kau yang ingin aku kisahkan. Lupakan sebentar kekasih kau yang berada di sebelah. Biarkan lagu sentimental atau alunan orkestra tadi menerawang di udara. Menghibur jiwamu pada petang itu.

Keadaan kau tenang. Kau memandu dengan penuh hemah dan fokus sambil penglihatanmu menerawang ke arah kiri dan kanan jalan. Keadaan jalan yang agak sesak dan pergerakan kenderaan yang perlahan membolehkan kau membuat memerhati keliling. Hatta kau juga punya waktu untuk mengorek telinga, mengorek hidung atau boleh saja melihat wajahmu di cermin. Bimbang adanya jerawat membuat onar di muka. Err, cek sekali gigi mu itu. Mungkin ada cili terselit, buat malu saja apabila kamu bercakap dengan gadis di tol yang biasanya menawan. Kekasih kau? kan aku cakap lupakan sebentar kewujudannya.


Matamu ketika itu melihat seseorang di tepi jalan. Orang itu sedang bercakap di telefon bimbit. Dia memakai baju biru dan berseluar hitam. Dia betul-betul berdiri di tepi lalu lintas sambil bercakap dengan riang di telefon bimbitnya tanpa peduli atau kisahkan hal yang berlaku di depannya. Misalnya, ada sekeluarga 3 orang yang melintas yang berpakaian merah kusam. Ada seorang pakcik yang berambut putih tak jauh dari dia. Jika kau perhatikan orang itu, memang dia tidak perasan semua itu. Tak ambil kisah.


Lagu sentimental atau alunan orkestra tadi masih lagi menjadi halwa telinga kau. 


Ada sesuatu yang menarik pada lelaki yang sedang bercakap di telefon bimbit yang memakai baju biru dan berseluar hitam itu yang membuat kamu memerhatikannya. Ye, orang itu lelaki. Apa yang kau fikir?

Sesuatu telah membuat kau memerhati saja lelaki itu. Seperti kau dapat membaca sesuatu tapi kau sendiri tidak tahu. Bukan kerana paras lelaki itu yang mirip pelakon terkenal, Salman Khan, Amitha Bachan atau Rajnikan. Bukan. Sesuatu yang kau sendiri sukar ungkaikan. Sukar sekali.


Dalam pada kau sedang meneka-neka. Dan alunan lagu sentimental atau alunan orkestra tadi menghiasi deria pendengaran kau, kau terkejut. Memang ada satu kejadian yang tidak terjangka berlaku pada lelaki itu, yang berada dihadapan kau selang sebuah kereta jaraknya dari tempat kau berada. Kau tergamam. Tersentak.

Sebuah motosikal yang dinaiki dua orang lelaki menghampiri lelaki itu dan cuba merampas telefon bimbit lelaki itu. Sia-sia. Lelaki itu tersedar dari dunia gembiranya. Dia memegang kemas telefon bimbitnya dan mematahkan serangan peragut tersebut.

Pakcik yang berambut putih tergamam.
Sekeluarga 3 orang yang berbaju merah kusam juga tergamam.
Kau pun tergamam serentak itu kau tersedar kekasih kau disebelah telah menarik muka, muncung sedepa. Kini kau pula ditimpa masalah yang berat setelah lelaki itu selamat dari cubaan ragut yang tidak berjaya. Sungguh bertuah lelaki itu. Tapi kau, kau kurang bertuah petang itu. Kekasihmu yang sensitif terasa jauh hati. Tiada siapa nak membantu kau, kau selesaikan masalah kau sendiri. Bukan salah aku.



Moral of the story:
Sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada
Bahaya itu selalu mengintai untuk menyerang
Pastikan pertahananmu kental menangkis

Ahha~

*satu kejadian ragut yang gagal yang benar berlaku dan telah diceritakan dengan cantik untuk hiburan dan pengajaran pembaca sekalian





7 comments:

My Name is Mar said...

Lu boleh cari jersi Shohoku kat sini:)

http://men.stylisticious.com/search/label/Shohoku

mirachantek said...

babbab kental ni yg kureng sikit neh

Anak Wak Mail said...

adehhh...Alhamdulillah lah tak dapat peragut tu amik hp dia..bahaya lah zaman sekarang..kalau nak pakai,,pakai tipon murah je..baru selamat..

gadisBunga™ said...

sejak dua menjak ni nak kuar kete pun aku usha sekeliling sampai betul2 takde orang dulu...baru berani kelaur.

Faaein Talip Roy said...

ish.. takut plak lepas baca citer yang penuh dramatik ni.. macam2 boleh berlaku kan...

alien said...

my name is mar:
thanks

mirachantek:
kenape
kental sikit la beb

anak wak mail:
betul tu, janji bole buat telepon

gadisBunga:
er, penah ada kes ke?

faaein Talip Roy:
betul tu..

emarieys said...

di mana jua berada..hati-hati sentiasa..