16 March, 2011

alien: bagaimana jatuhnya aku

Scene 1: Jalan Gasing
Masa: Tengah hari
Harian Metro tersisip kemas di bawah lengan.
Aku berdiri sambil membelek-belek handphone. Menunggu panggilan dari Mr. Bos.
Bersebelah aku, satu kedai Toto. Kalau orang tersalah pandang mereka ingat aku ingin membeli nombor. Aku tak kisah apa mereka nak kata.

Lalu dua orang lelaki tua, melayu.
Berborak tentang perkara yang aku tidak faham. Mungkin aku masih terlalu mentah untuk mengerti butiran percakapan mereka. Tapi, yang pasti salah seorang memegang sehelai tiket yang tidak asing bagiku. Tiket yang mungkin memberi tuah kepada mereka yang bernasib baik.

Seorang pergi ke sana. Dan seorang lagi melintasi aku sambil menyimpan tiket itu kedalam pouch bagnya. Dia memandang aku. "Ah, peduliklah..." hatiku berdetik.
Datang seorang memakai helmet. Masuk ke kedai dan beberapa ketika kemudian berlalu pergi.
Seorang lelaki yang sedikit boroi juga keluar serentak bersama lelaki berhelmet itu.

Apa yang aku sedih, semuanya melayu.
Persepsi masyarakat, melayu itu semuanya Islam. Aku tak mahu mereka memandang serong kepada agama Islam yang suci.

Scene 2: masih di Jalan Gasing
Masa: Tengah hari
Aku menerima panggilan dari Mr. Bos. Tanda lunch meeting dia sudah selesai dan kami akan bergegas ke lokasi lain untuk berjumpa client.

Mr. Bos berdiri depan kedai Magnum.

"Meet my guy.." Mr. Bos kenalkan aku dengan rakannya Kumar.
"Nice to meet you.." tutur Kumar.
"Yeah, nice to meet you too.." aku membalas.

Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos berbual-bual. Aku hanya jadi pemerhati dan kadang kala mengangguk.
Mereka berbincang tentang lanjutan isi perbincangan tadi.
Mereke bercakap-cakap di ruang depan kedai Magnum.

Mr. Seken Bos dan Kumar menghisap rokok.

Mata aku meliar. Ku pandang kanan dan kiri.
Situasi tidak jauh beza dari suasana di kedai Toto.

Ada seorang peminta derma di tengah pintu masuk kedai Magnum.
Kelihatan semua yang masuk ke kedai itu tidak memperdulikan si peminta derma.
Menyapa pun tidak mahu. Apatah lagi berhenti dan bertanya.
Mereka semua lebih suka dan rela memberi duit mereka kepada penjaga kaunter untuk pulangan yang menjanjikan kebahagian yang tidak pasti.

Ah, dunia.
Ramai yang lebih suka memandang fantasi dan selalu melupakan yang realiti.

Seorang lelaki masuk dan keluar.
Datang lagi seorang lelaki masuk dan keluar.
Datang lagi..

Sambil tersenyum dan mengganguk kepada perbualan Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos.
Aku memerhati.
Kalaulah beginilah sikap si dewasa, janganlah menyalahkan si remaja jika derhaka.

Malu aku dengan Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos yang berbangsa India. Seperti yang aku katakan tadi, tercalar maruah sebagai seorang yang beragama Islam. Walau aku tahu, Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos pun faham. Tak semua penganut agama adalah penganut yang setia dan akur kepada perintah agama mereka.

"Orait.. we got another meeting.." Mr. Bos berkata kepada Kumar.
Perbualan mereka terhenti di situ.
Aku tersedar. Kami bersalam dan meninggalkan Kumar dan Mr. Seken Bos berbual dan menghabiskan rokok mereka.

Mr. Bos melangkah.
Aku turut melangkah pergi bersama sesal di hati melihat tingkahlaku bangsaku.



14 comments:

gadisBunga™ said...

sama.

rasa penat dan loya bila bos asyik terpaksa bagi duit kopi supaya plan lulus, supaya cf lulus.

yg sedihnya org yg amik duit kopi tu ada ketayap atas kepala tau!

Dr K said...

melayu islam macam tu, memang layak di bakor kat neraka.

h4ni3 said...

menyedihkan... kan??
andai saja undang2 Islam itu diguna pakai di negara Islam ini......
:(


baguslah.. kamu berada dalam golongan yang punya kesedaran

Acik Erna said...

semoga diri kita dan keluarga dijauhi dari perkara2 yang mungkar

ZR said...

ish...ish..ish... kahsian...

cikceriacorner said...

moga mereka mendapat hidayah..

farwalis said...

mana tau dapat tiga juta? untung beb


kata kawan aku

Amirul Idham said...

Pernah kawan aku yang bukan beragama Islam tanya:

"Judi tu haram untuk orang Islam kan? Tapi kenapa ada yang main no. ekor?"

Pedih nak jawab, der!

Anak Wak Mail said...

tu lah manusia yang tak pernah bersyukur..=)

Ati Masrif said...

memalukan ...

macam mana nak ajar anak muda supaya
jauhi tempat itu ..

sekiranya yang pergi itu...
ramai yang senior belaka..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bila mereka hendak di sambar petir

apdm said...

salam

sedih dgn orang melayu yang tak islam ni..

trialtodelete said...

u do love writing ha? keep it update cuz im gonna read it everyday..setuju dgn situasi pertama tu

alien said...

gadisBunga:
mmg sedih lah.. pakai ketayap lagi

Daddy Ziyyad:
entah bile nak insaff

h4ni3:
boleh diemplemen
takut org melayu islam je yg tentang
tgk saje masa hukuman sebat minum arak tu, siapa yg tentang

kak Erna:
Insya`Allah

Kazaztan Team:
kasian~

cikceriacorner:
mudah mudahan

frwls:
aku tgk hadiah dia 6 juta~
hehehe

Amirul:
mmg pedih der~

Anak Wak Mail:
sampai bila mereka nak begitu kan

Ati Masrif:
tutup aje tempat2 macam tu..
tapi misti ada yg melenting je

brutalsolo:
tunggu lah masanya

sissyira:
dah diberi ingatan, tapi drg tanak dgr..

rizal:
huhuhu~
selamat singgah