Semalam Ismail makan laksa.
Pergh !!
Kuah dia pekat, kaw-kaw lah. Sedap. Terasa ikannya.
Ada daun kesum dan bunga kantan. Feveret Ismail ni.
Ada potongan cili padi. Ada sebiji limau yang dibelah dua.
Tapi cili dan limau tu dia letak tepi saje.
Tak gemar.
Yang membejatkan selera Ismail ialah mee laksa tu pendek - pendek.
Fail !!
Dia meletakkan semula handphone di atas meja.
Niat untuk memberitahu akan kesedapan laksa di kedai itu kepada Sadik dihentikan di sebabkan keadaan fizikal mee laksa yang pendek-pendek yang boleh merencatkan selera.
"Nasib belum sms dia, kalau tidak mahu kene kutuk kaw-kaw ni.."
Tumpuannya kembali kepada mangkuk laksa di hadapannya.
Ismail hanyut.
Dia dalam keenakan menikmati kuah laksa yang kaw - kaw dihadapannya.
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Sudu digenggam erat dan ditenggelamkan ke mangkuk laksa.
Kuah diseduk bersama mee laksa yang pendek - pendek itu.
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Keadaan fizikal mee laksa yang pendek-pendek yang boleh merencatkan selera tidak memberi kesan kepada seleranya. Ohh, dia tak cerewet.
Suapan terhenti sekejap.
Sadik dan Farihin berada dalam lingkungan pandangan matanya berjalan menuju ke dia.
Tapi, pandangan matanya tidak berhenti di situ. Pandangannya terus menuju jauh, jauh ke sana.
Dia terkhayal seketika.
Sadik dan Farihin duduk semeja dengannya.
Suara Sadik dan Farihin berbual tidak terdengar. Suara budak kecil berteriak dan menghentak kaki ke lantai kerana inginkan paha ayam pun tidak didengar. Suara Makcik Selamah sekuat guruh mengarah pekerjanya mengemop air sirap yang tumpah di lantai setelah tertumpah oleh brader baju biru kerana dilanggar budak kecik yang berteriak kerana inginkan paha ayam itu pun langsung tidak di dengar.
Ismail masih di alam khayalnya.
Sudu digenggam erat dan ditenggelamkan ke mangkuk laksa.
Kuah diseduk bersama mee laksa yang pendek - pendek itu.
Dia makan dalam keenakan bersama khayalan.
Makcik Selamah menjengilkan mata. Budak kecik itu diam dan tertunduk.
Ismail masih kekal di alam khayalnya tiap kali laksa disuap ke mulut.
13 comments:
nak laksa!!!!!
huh.. kuat berangan Ismail tuh!
kang lalat masuk dalam kuah pun dia tak sedor
aku baca ni masa tengah tunggu makanan aku siap dimasak. grrrrr
tak jadi makan tomyam. nak laksa jugaaaakkkkkk
ni yg buat teringin nak masak laksa nih..haihh...
laksa kecik la sedap!!
*3 hari berturut2 aku makan laksa haritu. ahhh nikmat!!!
aku faham!
dia dan makanan dalam dimensi sendiri!
inilah apa yang selalu aku tekankan. orang tak percaya!
wakakkakaka!
caki, saya selalu percaya!!!
laksa sedap..tpi aku lebih suka bihun/mee sup
ko ni buat aku lapar laksa la pulak
ah! laksa! my favourite food from penang!
salam
ah...teringat kat laksa ganu, lama tak makan ni..huhuh
sharamli:
mintak kat Ismail lah
h4ni3:
die sedar.. sedar punya kalau lalat masuk
hehehe
mirachantek:
tomyam pun sedap ape beb
Kaseh:
jadi, makan laksa kah anda?
gadisBunga:
oh, jadi anda penggemar laksa macam Ismail juga lah
frwls:
aku percaya apa yg ko perjuangkan
lagi2 kes karipap angin
sabar ye kawan
shukri:
hehehehe
setuju
redza:
pergh
bihun sup pekene time hujan
terangkat!!
mimizuzuhaha:
tu lah tujuan entri ni
membuat anda2 semua lapar laksa
renaye:
yep.
laksa sarawak n laksa penang is my favaourite
sissyira:
laksa ganu tu laksam kan
susah nak cari laksam ni
keep posting like this it’s really very good idea, you are awesome!
paxil
Post a Comment