08 August, 2010

alien: rumah satay

Kalau di Kajang ada Satay Haji Sahmuri.. eh betul ke aku eja ni atau satay Kajang la mudah untuk sebutnya. Di Tanjong Karang pulak ada Satay Hut. Satay dia besau - besau. Di Sijangkang pulak ada Satay Barakah.

Dan di bawah ini di perkenalkan pesaing terbaru untuk pasaran satay di kawasan Sijangkang. "Rumah Satay" nama diberi. Baru memulakan operasi pada hari Jumaat bersamaan 6 Ogos 2010. Lokasi dia terletak di Jalan Sempadan Batu 7 Sijangkang. Kedai tersebut berada di antara Anjung Santai dan Ladies Fingers dan berdekatan jalan besar. Ia beroperasi pada jam 6.00 ptg hingga 12 malam kot. Hehehe. Waktu operasi dan menu aku tidak pasti sebab aku belum berkesempatan mengunjungi kedai tersebut. Gambar bawah ni pun dicuri dari Intan. Kredit kepada beliau Muahahaha~

Review atas tu ada ala - ala JJCM tu tak?
Jalan - jalan cari makan tu, host dia anak Chef Wan tu..
Hohoho

Semoga Satay Barakah dan Rumah Satay dapat bersaing dengan sihat dalam pasaran satay di kawasan Sijangkang dan kawasan yang berhampiran dengannya.