Alahai ~
Tahun ni macam dapat rasa tak dapat nak feel dapat kad raya la
Tahun lepas ada la jugak dapat due tige helai kad
Zaman dah maju masing - masing kasi ucapan raya pakai sms, friendster, myspace, tagged .. facebook. Tak lupa, pakai blog pun bole ucapkan Selamat Hari Raya.
Alasan lain, setem untuk kad raya dah naik jadi 50 sen.
Tahun sudah - sudah pakai 20 sen atau 30 sen dah bulih.
Teringat zaman sekolah rendah dulu - dulu.
Masing - masing show off kalau dapat kad raya.
Dapat lagi banyak lagi bangga gileeeee..
Rasa macam best aje, gembira semacam.
Hehe
Kalah feel dapat duit raya oooo
Lagi best kalau tiba - tiba ada kad raya dalam meja.
Siapa pengirimnya?
Jeng jeng jeng
Secret admire kah?
Berdebar - debar nak bukak kad tu kat rumah
Bukak kat sekolah tak masyuk, orang nampak
Yang gelojoh tu apa dia peduli, bukak gak kat sekolah
Kehkehkeh
Sekali . . . kawan depan meja yang kasi ~
Dah tu, kad kad yang diterima tu takde la bazir camtu
Simpan buat pekasam kasi lipas tikus makan
Kad tu boleh buat hiasan dinding rumah
Gantung kat pasu bunga hiasan plastik
Susun macam tirai tergantung ke
Ikut kreativiti masing - masing la
Combine kad raya abang kakak adik jadi la banyak
Kalau tak cukup beli kat kedai
Hohohoho
Pastu boleh simpan utk hiasan tahun depan
Selagi ianya belum sezen laa
Zaman moden ni, ucapan pakai cara teknologi je
Tak boleh dah nak bangga show off bagai
Nak berdebar - debar pun dah tak masyuk
Apetah lagi nak gantung
Tak kan nak print sms yg korang dapat tu kat kertas A4
Print ucapan dalam email.. dalam laman sosial yang lain
Print atas kertas kaler - kaler
Erk, nanti org tgk macam opis yg bersepah pulak
Hahaha
Beraya bersama kad raya patut di teruskan
Hilangnya "kad raya" di hari raya
Ibarat adanya ketupat tanpa kuah kacang di pagi raya
Seperti adanya rendang tanpa lemang untuk dijamu selera
Heeeeeee
3 comments:
aku.....jarang dapat kad raya...
aku dulu sekolah lelaki! tak ada nak bagi kad raya weh! hahaha
dulu2 masa skola rendah slalu la dpt. skrg ni sume pakai sms je..
x syok btol..hehe
frwls:
hahaha bulih mintak kat ayeen ni
sila2
ayeen:
nak kad raya ke
bulih mintak frwls ni
die pun lama xdapat
Post a Comment