30 August, 2010

alien: merdeka !!!

Dalam pada kau bersorak
Merdeka !!!
Merdeka !!!
Merdeka !!!

Tidak kira di mana kau berpijak
Kau berjalan
Kau berbakti
Menumpah keringat

Pernahkah sedetik terlintas di fikiran kau
Merdekakah kau sebenarnya?




alien: almost seven

Apa rasa perlu menunggu sesuatu yang sepatutnya bukan kita yang perlu tunggu?
Apa rasa terpaksa terima sesuatu yang sepatutnya bukan kita yang perlu terima?
Apa rasa melakukan sesuatu yang bukan sepatutnya kita lakukan?
Apa rasa?

Sadis ..
Betul sadis..

Rasa macam suara kau tersekat kat kerongkong
Jeritan hanya bergema di ruang kepala
Tak berguna kan

Baik diam dan bersabar

29 August, 2010

alien: Mawar Putih Merah

Semalam
Masih terasa segar dalam kenangan
Tika ku hulur sekuntum mawar putih buat mu
Warnanya bersih suci indah rupamu
Kau sambut dengan senyuman riang

Itu kisah semalam
Semalam yang indah dalam hidup

 Baru tadi
Ku lihat mawar yang kau hulur kembali
Dan ku lihat kau melangkah pergi menjauh
Mawar yang suci kini tiada erti pada ku lagi
 Ku gengam erat terasa berat
Menusuk meresap ke seluruh tubuh
Aku jadi lemah

Mawar putih berdarah
Menemani hidupku sehingga kini



*gambar dari carian Google


alien: Jiwa Biasa

Aku
Hanyalah insan biasa
Sama juga mereka yang lain
 Punya darah yang merah
Punya roh di dalam sana
Tiada satu yang beda dengan lainnya

Bisa berkecai berderai
Hilang jiwa terbang pergi segala rasa
Jiwa dicampak dari tebing tinggi sana

Terasa pedih
Telan saja
Terasa pahit
Mamah saja
Terasa sakit
Biarkan saja

Pada saat ini
Aku telah kosong
Tiada apa yang tinggal
Usah ditanya kisah aku lagi
Tiada aku dalam aku

Tiada lagi aku
Usah peduli

*Gambar hiasan dari Google


27 August, 2010

alien: apa gaduh - gaduh

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua,
Bulan puasa menghampiri ke penghujungnya
Saat ini ramai manusia berpusu - pusu mencari keperluan untuk beraya,
Aku?
Belum ada feel mahu menyertai manusia - manusia itu
Hehehe

Susulan isu tegang antara Malaysia - Indonesia
Selesaikan la dengan cara baik, tak payah nak merusuh, demonstrasi bagai
Berarak semua, ancam - mengancam
Kita kan jiran sebelah menyebelah
Ramai org Malaysia suka ke Indonesia untuk bekerja, melancong, membeli belah, honeymoon .. tak kurang ada yang bertemu jodoh dengan orang sana
Begitu juga org dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk bekerja, melancong, membeli belah, honeymoon.. berkahwin
Kita serupa saja
Rugi la gaduh - gaduh

Kalau gaduh gak tak senang la aku nak layan sinetron dari seberang
Yang ternyata lebih masyuk dan layan dari drama air mata sini
Hehehe

26 August, 2010

alien: kisah Salleh yang terpuji


Satu petang yang belum remang - remang senja. Lebih tepat ketika waktu orang bukan Muslim pergi lunch ketika bulan Puasa ni. Di hadapan sebuah bank di depan restoran mamak. 

"Hi, encik .. " sapa jurujual

"Eh, hai .." balas Salleh sambil tersenyum

"Boleh pinjam masa encik sebentar?" tanya jurujual ragu-ragu sambil mengharapkan jawapan yang positif dari Salleh.

"Em, boleh.. apa salahnya.." dia menjawab dan masih tersenyum seperti tadi.

"Nama saya jurujual . . . nama encik?"
"Salleh .."

Jurujual membuka bicara.

"Encik Salleh nak kemana?"

"Tuuu .. ke restoran Syed nak lunch" jawab Salleh selambe

"Erkkk~"

Jurujual terdiam dan berundur.
Salleh terus maju ke Restoran Syed sambil bersiul riang.
.................................

Kisah Salleh itu hanya fantasi rekaan semata - mata. Takde berlaku pun, kalau ada pun mungkin tidak disengajakan.
Hehehe.

Alhamdulillah, bulan ramadhan ni banyak buat amal dapat berkat. Dapat pahala.
Time lunch kat tempat kerja tu jangan la nak membuta je. 
Bagus baca Quran time-time lunch tu, dapat pahala.
Macam tadi seorang hamba Allah aku jumpa kat surau. 
Hamba Allah itu aku pasti bukan warganegara Malaysia, mungkin penduduk tetap atau mendapat permit kerja di sini. Walau terkial - kial membaca, dia tetap berusaha.

Pada ketika itu dia membaca surah An-Nas.
Sikapnya harus dipuji.
Sempat dia meminta utk menyemak bacaannya kerana dia menghadapi kesukaran untuk membaca sepotong ayat pada surah An-Nas tersebut.

Kepada muslimin dan muslimat.
Sama - samalah kita membaca surah di bawah ini bagi menutup pembacaan pada kisah alien pada hari ini.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Qul a'udhu bi rabbi n-nās
Say: I seek refuge in the Lord of mankind,
مَلِكِ النَّاسِ
Maliki n-nās
The King of Mankind,
إِلَهِ النَّاسِ
Ilāhi n-nās
The God of Mankind,
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
Min sharri l-waswāsi l-khannās
From the evil of the sneaking whisperer,
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
Al-ladhī yuwaswisu fī ṣudūri n-nās
Who whispereth in the hearts of people,
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Mina l-jinnati wa n-nās
Amongst the jinn and amongst mankind.

alien: Liga - Liga

Setelah mengharungi dua perlawanan Liga "Kepala Sapa Paling Kuat". Pasukan Red Army berjaya menempatkan diri di tangga ke 7 liga dengan mengumpul mata penuh bagi kedua - dua perlawanan. Hanya perbezaan jaringan yg menjarakkannya dengan pendahulu liga.

Dan pada minggu ini, Red Army akan bertandang ke stadium milik Harimau Tempang. Walaupun menduduki tangga bawah liga, pasukan Harimau Tempang ini mempunyai barisan pemain yang handal dan mantap. Hanya nasib tidak menyebelahi mereka kerana bertemu lawan yang hebat pada dua perlawanan awal.

Bolehkah Red Army kekal di kelompok atas liga dan melebarkan rekod tanpa kalah kepada tiga perlawanan liga atau Harimau Tempang berjaya mencuri mata penuh yang diidam-idamkan dan merasa kemenangan liga yang pertama.

Jawapannya pada akhir minggu ini.

25 August, 2010

alien: Perjalanan mendatang

Lokasi akan datang jalan - jalan berbuka puasa bersama rakan adalah di Port Dickson. Macam rancangan TV pulak dah kan. Hari tu ke Istana Bambu. Walau agak keciwa dengan makanan di sana, tetapi kehadiran kawan - kawan berjaya meriahkan suasana.

31 Ogos,
Merdeka !!!

Salam hari Kemerdekaan.

Hari itu juga kalau mengikut perancangan asal. Kami akan ke Port Dickson untuk menjayakan rancangan berbuka puasa bersama bekas kawan serumah bukan bersama Shamsul Ghau Ghau mahupun Sheila Rusli ye. Tempat tujuan adalah sini. Di Baugainvilla Resort. Lokasi resort itu adalah di belakang Ancasa Resort dan bersebelahan dengan NUBE.

Jadi kepada warga Port Dickson, mari la beramai - ramai menuju ke resort tersebut.
Hidangan buffet la macam biasa. Makan sampai tak boleh makan.
Lauk kurang, air kurang sound je manager.
Hohoho

Klik sini utk kehalaman Face Book resort tersebut.

24 August, 2010

alien: kad raya

Alahai ~
Tahun ni macam dapat rasa tak dapat nak feel dapat kad raya la
Tahun lepas ada la jugak dapat due tige helai kad
Zaman dah maju masing - masing kasi ucapan raya pakai sms, friendster, myspace, tagged .. facebook. Tak lupa, pakai blog pun bole ucapkan Selamat Hari Raya.
Alasan lain, setem untuk kad raya dah naik jadi 50 sen.
Tahun sudah - sudah pakai 20 sen atau 30 sen dah bulih.

Teringat zaman sekolah rendah dulu - dulu.
Masing - masing show off kalau dapat kad raya.
Dapat lagi banyak lagi bangga gileeeee..
Rasa macam best aje, gembira semacam.
Hehe
Kalah feel dapat duit raya oooo

Lagi best kalau tiba - tiba ada kad raya dalam meja.
Siapa pengirimnya?
Jeng jeng jeng
Secret admire kah?
Berdebar - debar nak bukak kad tu kat rumah
Bukak kat sekolah tak masyuk, orang nampak
Yang gelojoh tu apa dia peduli, bukak gak kat sekolah
Kehkehkeh
Sekali . . . kawan depan meja yang kasi ~

Dah tu, kad kad yang diterima tu takde la bazir camtu
Simpan buat pekasam kasi lipas tikus makan
Kad tu boleh buat hiasan dinding rumah
Gantung kat pasu bunga hiasan plastik
Susun macam tirai tergantung ke
Ikut kreativiti masing - masing la
Combine kad raya abang kakak adik jadi la banyak
Kalau tak cukup beli kat kedai
Hohohoho
Pastu boleh simpan utk hiasan tahun depan
Selagi ianya belum sezen laa

Zaman moden ni, ucapan pakai cara teknologi je
Tak boleh dah nak bangga show off bagai
Nak berdebar - debar pun dah tak masyuk
Apetah lagi nak gantung
Tak kan nak print sms yg korang dapat tu kat kertas A4
Print ucapan dalam email..  dalam laman sosial yang lain
Print atas kertas kaler - kaler 
Erk, nanti org tgk macam opis yg bersepah pulak
Hahaha

Beraya bersama kad raya patut di teruskan
Hilangnya "kad raya" di hari raya
Ibarat adanya ketupat tanpa kuah kacang di pagi raya
Seperti adanya rendang tanpa lemang untuk dijamu selera

Heeeeeee

23 August, 2010

alien: Istana Bambu

Lokasi: Istana Bambu, Jalan Ampang
Tujuan: Berbuka puasa
Masa: Sabtu, 7.00 petang hingga 10.00 malam

Tempat tujuan, Istana Bambu. 
Bambu dalam bahasa lain dia buluh.
Restaurant yang menggunakan buluh sebagai decor dia.
Feel tu dah ok, ada suasana classic.
Kalau malam dapat la rasa suasana cam kampung kot.

Menu hari itu adalah bufet. Ada kuih muih, buah - buahan.
Lauk antaranya: Ikan sambal, Udang rempah, Ayam masam manis,
Daging cili, Sup tulang, Gulai patin, Tomyam santan dan beberapa jenis lagi.

Mereka sedang bergumbira tatkala menunggu waktu berbuka.
Meja tak cukup panjang la, susah nak letak makanan dan
pinggan yang banyak.
Tak lupa, menu air adalah: Teh, Teh O, Kopi, Sirap, Cincau, Air Kosong

Kulit udang yang berjaya dibaham oleh kawan aku.
Penggila udang katanya. 
Oleh kerana rempah udang itu kurang menarik, aku jadi
kurang berminat dengan cik udang itu.
Kalau "ButterPrawn" kompom aku pun join sekaki meratah
cik udang tu.

Bergambar kenangan sebelum kena halau dengan pemilik restoran.
Hehe. Tipu je.
Jam dah menghampiri 10.00 malam.
Kitorang adalah group terakhir melangkah keluar 
dari restauran tu.

Kami berenam.
Yeh, hensem bergaya.

Di pintu masuk Istana Bambu.
Bergambar sebelum masing - masing memilih haluan
hidup masing - masing pada malam itu dan hari mendatang.

~
Kesimpulan dia, 
Bufet di restaurant itu agak biasa - biasa. 
Tidak sesuai nilainya dengan apa yang dibayar.
Di harap mereka dapat meningkatkan mana - mana yang lemah
agar mereka berjaya di masa depan.
Kastemer kene jaga oo..
Diorang punya kuasa marketing
"Mouth to Mouth" sangat power.

Oleh kerana, berjaya berjumpa rakan sekelas di 'U'
tidak la terasa rugi sangat. Hohoho
Walau tidak semua yang hadir.

Terima Kasih kepada yang hadir.

alien: taman taman taman taman taman

Apa jadi kalau dalam Hati ada Taman Obor - Obor ?
Tentu agak siksa
Agak gundah gulana
Duduk tak tenang
Bicara kata tidak tersusun
Siang teringat malam
Malam terbayang siang

Sadis kan ...
Apa boleh buat
Sabarlah ~

20 August, 2010

alien: Geng The Expandables

Erm, lupa kan sebentar kekeliruan yang melanda jiwa raga.
Kasi rileks sikit layan The Expandables kat THX.
Meletup kaw - kaw bunyik dia.

Cerita banyak tak guna.
Kasi layan trailer die la.
Klik kat sini : Trailer
Sini Official Web Site die: http://www.theexpendablesmovie.net/

Aku suka layan si Jason Statham punya stail.
Cool~

Jiwa ganas suka pecah - pecah bole la layan si Terry Crews.
Darah berterbangan, badan terpisah.. si la stail die.
Hohoho

Tak rugi la layan citer ni, ramai star yang berlakon:
Sylvester Stallon, Arnold Susahnakeja, Jet Li, Steve Austin
Hehehe
Tak lupa Bruce Willis pun ada.

Good Movie: Kasi 4 bintang

alien: keliru

I don't like this feeling
Something force to entering my head
My head become heavy

Adoi~

I`m confused




*Macam update status FB ringkas aje~

18 August, 2010

alien: alahai pakcik ~

"Sebulan cuma tolak jumlah sekian - sekian untuk derma ni, lebih kurang harga secawan teh tarik sehari" beritahu Petugas kepada Pakcik.

"Kalau sehari harga secawan teh, sebulan jumlahnya sekian - sekian.. setahun berapa?" Soal Pakcik tersebut.

"Err..." Petugas itu mengira - ngira
"Anggaran jumlahnya sekian - sekian Pakcik" Teragak - agak si petugas menerangkan kepada Pakcik tersebut.

"Banyak tu..." Balas Pakcik tersebut.
"Pakcik nak makan pun tak cukup . . . takpelah, semoga Tuhan membantu mereka"
Jawab Pakcik itu lantas berlalu pergi.

Petugas kaku berdiri.

Lokasi: Depan CIMB Bank
Petugas: Dari satu pertubuhan kebajikan NGO
Latar Masa: 10 minit lepas Azan Zohor
Situasi: Pakcik baru keluar CIMB
++++++++++++++++++++++++++

Perbualan atas tu macam biasa la, ada mukaddimahnya. Terang itu ini semua. Tapi, aku malas nak tulis. Korang reka la sendiri perbualan mukaddimah tu sesedap rasa korang le.

Bagi aku, agak-agak tak mau layan ke.. cakap "terima kasih" cukup le. Tak payah nak leretkan soalan pastu last sekali cakap tamau. 

Alahai pakcik ~




17 August, 2010

alien: aura kuih raya

Terasa pantas masa berlalu. Semalam Isnin, hari ini Selasa, esok Rabu
Aura - aura memanggil kuih raya dah menerawang di ruang angkasa yang lajunye menerjah ke dalam opis baru apabila pintu utama dibuka.
Terus datang feel macam esok lusa akan raya.
Awalnya mereka memutarkan lagu berunsur semangat raya

Hohoho

Nak balik kampung~

alien: ragustatik




Bila mata memandang lain
Kaki pula melangkah ke lain

Minda pula berfikir hal lain
Mulut pula menuturkan perkara lain

Jiwa pulang melayang jauh
Hati pula bertukar tukar tempat
Perasaan pula tidak teratur

Pada tika itu
Semua serba tak menjadi
Yang elok jadi terbalik
Jantung berkerja lebih keras

Nikmat dunia pun tidak dipeduli
Payah hidup pun tidak kisah
Terjah ~

Melulu terus menerus
Tanpa arah hanya akan tersungkur jua
Tewas tertawan di sangkar besi

Sampai bila



















*Gambar dari google

16 August, 2010

alien: terus hilang


Perasaan yang mati
Sadiskan?

Api yang membara hampir padam oleh air
Tertinggal hanya sang abu dan sang bara
Terdapat sedikit nyalaan api kecil menari - nari di tiup angin
Mengira masa dan ketika untuk hilang padam
Menjadi abu putih hitam kesan peninggalan
Pasrah

Apakah makna nyalaan lilin
Berjasa menerangi gelap itu
Senyum melihat yang lain senang
Walau sendiri tersiksa jiwa badan
Namun pengakhiran terbiar hampa 
Tertewas dengan hadirnya sang pelita

Itulah rasa yang mati
Yang dialami 
Yang dikesali
Yang diselubungi

Tidak pasti bila rasa itu akan pergi
Terus hilang dalam jiwa yang sepi























*Gambar dari Google

14 August, 2010

alien: aku setuju wooo~

Manusia zaman skang ni, pantang ada masa terluang mesti jenguk Facebook diorang kan. Tak kira tempat dan ketika. Ada saja aktiviti atau perkara yang terlintas di fikiran yang mahu saja dikongsi bersama rakan-rakan. Mungkin mereka berpegang kepada phrase "Sharing is caring" kot..
Hehehe

Belek - belek punya belek

Ada post status teguran camni:
" kan elok kalau bulan ramadhan ni pakai pakaian elok2 sikit "
Alhamdulillah, saling ingat mengingatkan sesama kita.

Realitinya, yang beragama Islam pemakaianya masih kurang sedap di pandangan mata. Baik lelaki mahupun wanita. Hak pemakaian memang la kebebasan individu, tapi mereka juga harus pertimbangkan pandangan masyarakat dan juga etika pemakaian dalam Islam.

Kalau pakaian yang dipakai boleh mendatangkan amarah atau celaan atau umpatan mereka yang lain.. kan tidak baik. Boleh kurang pahala puasa mereka dan pahala kita juga.

Apa salahnya bulan puasa ini kita memakai pakaian yang elok - elok sikit. Redup saja mata memandang, malah kata pujian mungkin akan kedengaran. Tapi bukanlah tujuan kita untuk dipuji, jauh terpesong niat tu nanti. Dah jatuh jadi bangga diri, riak pulak kan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, moga diberi cahaya kepada hati mereka untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan sahaja dari segi pemakaian, malahan dari segi perbuatan, perkataan dan segala aktiviti di sepanjang hari. Moga berkekalan tidak hanya terhad kepada bulan yang berkat ini. Insya`Allah . . .

Duduk rumah belek - belek Facebook pun bole kurang puasa dengan terlihat gambar yang tidak sepatutnya di perlihatkan. Iskh2.. Kalau keluar rumah lagi la banyak kan. Aduh~

Baik layan "The Long Way Home".
Kulit buku dah lawa. Penggunaan bahasa cam sempoi je.
Mari baca . . .

alien: betul ke kata mereka?

Semua orang ada nombor kegemaran kan
Ada rahsia di sebalik nombor kegemaran tu
Tak kurang pula yang cakap nombor tu bawak tuah

Tapi
Sapa kata nombor tu bawa tuah?
Sapa kata?
Tipulah semua tu

Kalau nombor  tu bawak tuah
Mesti tuah nombor yang ini tak sampai kat aku
Atau aku tak serasi dengan nombor ni
Aish~
Mengarutlah

Ye, nombor yang aku dapat pada hari itu
Tidak berjaya membantu aku mara untuk ke stages 2
Ada hikmah di sebaliknya
Hanya Tuhan saja yang tahu

Aku akan cuba di kali lain . . .

13 August, 2010

alien: jumaat ke 13

Singgah berhenti rehat di Stesyen Minyak Lambang Kerang
Baham roti pizza dan sebotol air 
Cukup la untuk membuka puasa


Aish~
Tak best sungguh berbuka sensorang ni
Lagi lagi atas jalan


Atas jalan pun perlu bersyukur
Dapat berbuka rezeki pemberian Tuhan


Hari ni Jumaat ke 13
Ada ape dengan nya?
Tak payah ambik tahu lah
Tak ade kene mengena dengan bulan Ramadhan ni pun

alien: telan semua.. telan

Hari ini sunyi
Subuh pagi sudah menerima email amaran dari bos kecik
Maaf bos kecik
Semalam hari pusing terbalik
Staff tak puas hati bising bising menusuk telinga kanan keluar kiri
Tapi ada sikit berbekas menuju ke hati lantas memusingkan hari semalam
Tapi bos kecik mana paham semua tu kan
Mana la bos kecik nak dengar semua tu
Mana bos kecik nak ambik pusing semua tu
Aku jugak tempat diorang tuju
Sebab tu paksi fikiran aku kadang lari

Minggu ini haru sekali
Ada pejabat baru besar
Staff buat kerja kat 'luar'
Aisshh, bukan luar ke tapak projek
Ini luar betul - betul luar
Luar dari pintu opis
Bos besau pun tak ambik pusing
Yang dia tau kerja siap takde kompromi
Hal ni pun aku tempat drg tuju
Haiyoo... aku bukan kerja dgn Telekom la
Bos besau belum transfer line lama ke opis baru
Staff bising dia tak ambik pusing

Hari hari dengar kisah bos besau itu ini
Esok pun sama lusa pun sama tulat sama
Sama je kisahnya cuma versi lain - lain
Aish~

Aku pun dah malas nak ambik pusing
Lantak la korang nak bikin meeting sampai pening
Kerja aku siap tersusun takde yg bising dah ok

Tapi bila aku nak bermula kau datang minta itu ini
Aku berhenti kejap kasi apa kau nak
Bila masa aku perlu kau tolong
Kau pulak buat tak peduli biar aku sendiri
Haiyaa... itu hari kata tolong menolong
Susah - susah aku jugak kau tuju
Masa aku susah aku nak tuju sapa
Bos??
Haram dia nak bantu

Cakap banyak pun tak bermakna
Esok lusa tulat sama aje
Sketsa yang sama kisah yang sama

Aku dah letih
Korang nak memekak ke
Korang nak bising ke
Korang nak tuju aku sampai lesu ke

Aku tau cukup bulan ada duit bayar bil air letrik
Nanti ada peluang lain aku cabut
Dah malas nak dengar ko bebel pasal bos besau
Haiyoo~

alien: murtabak untuk semua

Salam Ramadhan kawan - kawan
Semalam kenduri murtabak Sijangkang + Kelana Jaya
Ada Lapan murtabak semuanya untuk ditelan keluarga
Lapan murtabak untuk semua ~
Lime orang je semalam, kakak aku berbuka kat luar katanye

Tiada kuih lain murtabak semata
Hidangan lain; ikan cencaru masak sambal, sayur kubis, kurma
Masa buka jarang telan nasi
Jadi telan murtabak aje

Nasib airnya berbeza
Lai Chee Kang
Laici
Teh bunga
Sirap Limau
Teh Woo
Air kosong
Pergh~ Nam jenis air
Pening jugak nak tengguk mana dulu

Camne bulih kenduri murtabak?

Semalam aku ngn si kurus pergi bazar Kelana Jaya
Aku kalau pergi bazar mmg takde idea nak beli apa selain popia basah je kot.. tapi aku tak beli popia pun
Mengikut lazimnye, ktrg akan jalan hingga hujung pasar sebelum membeli apa yang terdetik di hati
Si kurus memang nak membeli murtabak katanya
Aku yg dah takde idea pun tak pikir banyak pun follow la beli sama, popia je kang busan pulak.. tukar selera la kan
Pastu beli la dua jenis air, semalam kan panas sgt

Sampai rumah mak tanye.

"Ko beli kuih ape?"

"Jangan beli murtabak sudah.."balas adik aku.

Aku yang pelik membalas "Murtabak la.." sambil dalam hati aku musykil dan ter tanya-tanya.

Mak aku gelak.

"Sama la, org pun beli murtabak.." kata adik aku.

Aku pun mengangkat tudung saji. Ternyata ada 4 keping murtabak yang dah dipotong di atas pinggan yang dibeli adik aku di bazar Sijangkang.

Aku gelak sama.

"Kenduri murtabak la hari ni.." aku cakap kepada adik aku.

Dan semalam aku kenyang nam jenis air dan juga murtabak.
Alhamdulillah
Burpp~

12 August, 2010

alien: I'm Sad Because I'm Happy


Lets sing along~


Oh there are days, when skies are grey 
And everything goes wrong 
When I start yelling, "Go away!" 
And people say, "So long!" 
When everything's in disarray 
I'm right where I belong 
When fun's away on holiday 
This grouch must sing this song 

I'm sad, because I'm happy 
And I'm happy, 'cause I'm mad 
And I'm mad, 'cause it sounds sappy 
To be happy when you're sad 

Yes there are days when skies are grey 
And all the world looks yucky 
When clouds and rain won't go away 
And the road I'm on turns mucky 
My feet splash in the mud, and hey, 
My toes get wet and gucky 
Yes everything just goes my way 
I feel so gosh-darn lucky! 

(The Grouch Choir joins in) 

I'm sad, because I'm happy 
And I'm happy, 'cause I'm mad 
And I'm mad, 'cause it sounds sappy 
To be happy when you're sad 

Oscar: Everybody sing! 

(sung in grand style) 

I'm sad, because I'm happy 
And I'm happy, 'cause I'm mad 
And I'm mad, 'cause it sounds sappy 
To be happy when you're sad 

(spoken, with music still playing) 

Oscar: Ah, I wish every day was like this! 

Grungetta: Ah, me too, Oscie! 

Oscar: Well, if wishes were garbage trucks, grouches would ride. 

Grungetta: So true, so true! 

Oscar: Let's just enjoy the moment. Yeah. 


Song Title: 

Sesame Street: Oscar Sings I'm Sad Because I'm Happy


(Taken from youtube)

10 August, 2010

alien: pukul 3.30 pagi

Adoi adoi
Tak berbaloi dapat time off tadi
Masuk keje pukul 5.00 petang untuk memindahkan barang dari tempat lama ke tempat baru. Kol 1.30 pagi baru selesai kerja pemindahan. Tu pun ada satu sofa yg belum terletak di tempatnya dan satu meja meeting yang belum dipasang lagi.

Adoi adoi
Letih oooo

Bos besau nak sewa lori yang murah
Jadinya lori dan pemandu ialah pakej yang murah
Nak tambah pekerja kene tambah kos, bos besau tamau
Kat tempat lama pekerja sekuriti tolong la jugak
Sampai tempat baru, takde org tolong
Sudahnya aku ngn driver terpaksa angkat bebarang tu

Then, dia nak kerja cepat siap
Bayar murah plak, kalau aku ngn driver tak tolong
Mau pitam driver lori tu angkat barang tu oo

Aiyoo~ Amma~
Mengeluh la driver lori yang berbangsa India tu
Kerana mencari sesuap nasi sanggup terima tawaran yang tak seberapa tu, walau terpaksa balik ke rumah lewat malam dia tak merungut depan aku. Belakang tu, len crita la. Hanya mencari sesuap nasi.

Tak pernah aku angkut dan pindah barang memalam buta
Iskh2

Pukul 3.30 pagi dah
Mimpi dah panggil banyak kali
Harap mimpi indah la yang hadir
Siang tadi mimpi thrill yg hadir
Berdebar - debar macam tengok wayang
Bezanya aku jadi pelakon gak dalam tu
Hohoho
Tapi, ending dia tergantung
Haish

Pukul 3.30 pagi ~

08 August, 2010

alien: alahai alahai

Sama seperti dalam fikiran aku, walau cuba aku nafikan dan cuba berfikiran positif. Akhirnya ianya terjadi seperti sisi negatif ku. Itulah kenyataan yang terjadi, realitinya bukan fantasi atau rekaan semata. Alahai - alahai . . .

Opis baru belum sepenuhnya siap dan belum bersedia untuk diduduki. Habuk di atas lantai, perabot belum sampai, pintu belum varnish dan segala kelengkapan belum bersedia. Tergesa - gesa bos besau ni nak pindah, walhal opis yg baru belum siap.

Perancangan untuk memindahkan barang dari opis lama ke opis baru pagi ahad ini terpaksa ditangguhkan sehari untuk urusan pembersihan opis baru tu. Kelengkapan lain seperti meja, almari . . . mengikut perancangan akan tiba pada tengah hari isnin. Tapi talian talifon dan internet belum disambung, tidak tahu bila. Alahai - alahai . . . perlu melepak coffee bean la untuk mensurf internet

Buat letih datang je. Akhirnya tiada barang pun yang dipindah ke tempat baru. Buat rugi pagi Ahad aku je.

Dan hari ini, tengah hari aku turun ke dapur membantu mak memasak setelah sekian lama aku tak memasak. Hehehe. Biase weekend aku takde kat rumah lee.. jarang~

Membantu pun aku berjaya memasak 2 jenis lauk, terung masak lada dan sup sayur bayam. Manakala, mak aku menanak nasi dan menggoreng ikan. Masak simple - simple jeee. Dan dan tu juga tiba - tiba abang aku datang bersama isterinya.

Bahagia melihat lauk semua habis ditelan mereka yang berada di rumah termasuk rakan adik aku yang datang belajar bersama adik aku. Licin oooo ~

Malam pulak memasak mee goreng style cina. Pakai mee ala ala speghetti yang di bawa abang aku yang menurut akak ipar aku mee tersebut dibawa dari Brunei oleh maknya. Jauh terbang mee tuu ooo..

Macam biasa, aku turun membantu lee.. tapi bahan - bahan mak aku yang sediakan. Aku? malas nak siang - siang sotong tu.. hehehe. Kacau - kacau mee, campak perisa . . bahan - bahan . . siap leee mee tu, mudah je nak masak mee ni.

Happy berkumpul sefamily pada hari minggu~
Penat di pagi, gembira di waktu petang...
Bebaloi - baloi

alien: rumah satay

Kalau di Kajang ada Satay Haji Sahmuri.. eh betul ke aku eja ni atau satay Kajang la mudah untuk sebutnya. Di Tanjong Karang pulak ada Satay Hut. Satay dia besau - besau. Di Sijangkang pulak ada Satay Barakah.

Dan di bawah ini di perkenalkan pesaing terbaru untuk pasaran satay di kawasan Sijangkang. "Rumah Satay" nama diberi. Baru memulakan operasi pada hari Jumaat bersamaan 6 Ogos 2010. Lokasi dia terletak di Jalan Sempadan Batu 7 Sijangkang. Kedai tersebut berada di antara Anjung Santai dan Ladies Fingers dan berdekatan jalan besar. Ia beroperasi pada jam 6.00 ptg hingga 12 malam kot. Hehehe. Waktu operasi dan menu aku tidak pasti sebab aku belum berkesempatan mengunjungi kedai tersebut. Gambar bawah ni pun dicuri dari Intan. Kredit kepada beliau Muahahaha~

Review atas tu ada ala - ala JJCM tu tak?
Jalan - jalan cari makan tu, host dia anak Chef Wan tu..
Hohoho

Semoga Satay Barakah dan Rumah Satay dapat bersaing dengan sihat dalam pasaran satay di kawasan Sijangkang dan kawasan yang berhampiran dengannya.

alien: bunyi jam

Tik tik tik tik

Bunyi jarum jam bergerak jelas kedengaran di malam yg hening
Sambil di selangi bunyi cicak
Cengkerik senyap je malam ni
Tidor awal agaknya

Tik tik tik tik

Kalau jam tu tiada bunyik ertinya perlu cepat tukar bateri baru
Keh keh keh

Sambil menunggu mata kuyu
Sambil menanti panggilan mimpi
Aku melayan YM dengan kawan aku ni
Hanya perbualan berbasa basi

Dan dia membuka kisah jodoh
Kebetulan sama kisah dengan sorang rakan aku
Mak dia dah sound suruh kawin
Dah bagi time frame
The problem, belum jumpe calon

Tik tik tik tik

Jam bunyik lagi
Tandanya aku masih di alam nyata le
Hehehe

Dalam soal ni aku tak leh campur la
Kalau drg da ada calon mudah
Kalau takde calon perlu carik
Sambil cari cuba berdiplomasi dengan mak la camne
Mintak extra masa
Huhuhu

Tapi kenape mak yang desak?
Ayah?
Entahlah
Kata orang kalau hensem, cun melecun mudah dapat jodoh
Kata orang la
Sejauh mana benarnya aku tak pasti
Kan jodoh dan ajal tu rahsia Tuhan
Jadi kena la usaha kalau nak dapatkan jodoh
Doa mintak didekatkan jodoh
:D

Tik tik tik tik

Jam bunyi dengan kadar yg seragam
Kepala aku pulak da pusing
Oh ye, esok nak ke opis
Urusan pemindahan barang ke opis baru

Mimpi dah panggil dah ni
Tak boleh tangguh- tangguh lagi

Semoga dua orang kawan aku tu didekatkan jodoh la ye.
Amin ~

07 August, 2010

alien: the decision

He decided to stay.
Many would happy, but there also upset
Read here

So, hope all player will show their best
Deliver their quality to win trophy
They got Emirates Trophy recently
But, its not enough for the fans

Let pray the new singning would cheer up the fans
Assist to grab the trophy
Strong as a team
Strong as fans champion

Let deliver ~
ARSENAL !!!!

06 August, 2010

alien: membakar pekat malam

Lama rasanya tiada kisah bergambar dalam blog ni.
Kebanyakan kisah dalam blog ni adalah kata - kata yang terluah  bagi menggambarkan apa yang aku gambarkan untuk korang semua gambarkan apa yang aku sampaikan. Agak sukar kan apabila menggunakan kata - kata untuk menggambarkan apa yang kita cuba sampai bagi memberi gambaran kepada mereka yang lain. Mungkin akan ada akal yang akan menggambarkan gambaran lain, tidak sama dengan gambaran kita. Tidak semua perkara boleh disampaikan dengan kata - kata. Dengan gambar mungkin lebih bermakna ~
Hek..

Tapaya cakap banyak, ini kisah kami berkumpul secara haram di sabtu malam yang lalu. Ber BBQ bersama rakan sebelum bulan puasa. Bagi aku lebih kepada gantian kepada ekspedisi Broga yang terbatal pada hari sebelumnya.


Ini Kami . . .
8 orang manusia berjaya hadir memeriahkan suasana malam yg dingin tu. Gambar di ambil dengan menggunakan 'tripod' rekaan sendiri. Keh2
Eh, eh.. yang sorang tu khusyuk makan tak peduli kamera. Balas dendam kat ayam bakar tu, mana taknye.. sejam hidupkan api tambah sejam membakar ayam hanya diberi secawan air. Kejam2.. 


Yeh, selepas sejam berusaha.. api berjaya dihidupkan. Masing - masing belum pakar mengguna kertas surat khabar untuk menghidupkan arang. Kat rumah pakai dapur gas, mudah je. Hehehe
Yang baju putih tu 'pakar' memadam api arang ketika ia hampir marak. Tu sebab sejam baru hidup api arang tu. Kekeke
Ya, baju itam tu aku aaa..


Ini hidangan yg berjaya di telan rakus oleh manusia yang hadir pada malam itu. Antara menu yang hadir adalah Ayam BBQ yang rasanya ala - ala Grilled Chicken Burger McDonald tu, Kentang bakar pakai oven, Choleslow, Mee Hoon kicap, Hot Dog daging, Epal, Oren, Sirap, Air Mineral, Ice Cream Vanilla, Coke untuk buat Float. Tidak di lupa sos cili bersama sos lada hitam sebagai penyeri.

Agenda malam tu:
Borak - borak
Makan
Gelak - gelak
Makan
Seram - seram
Makan
Serius - serius
Makan
Tawa - tawa
Makan

Tepat pukul 12.00 tengah malam, baru masing - masing sedar diri nak balik rumah. Teruk gile... Keh2
Masing - masing pulang ke rumah dengan puas ditambah dengan kejayaan Selangor yang berjaya memenangi Liga. Dua kali puas~
Hehehe


Dan ini kami juga...
Masing-masing tunjuk 'V'..
Yang sorang tu masih dalam misi membalas dendamnya.
Hehehe. Jgn marah aaa..
Aku?
Rileks je macam Charlie Wax tu.
Hehehe