Hari Jumaat yang indah.
Tenang aku dalam opis ni. Tenang sampai bole menulis kisah merapu yang terbaru ni. Yang pasti jam belum menunjukkan waktu pulang. Masih waktu pejabat. Masa masih berbaki 45 minit la lebih kurang..
Bukan mencuri tulang.
Bukan juga malas.
Kerja untuk hari ini dah siap. Jadi dah boleh rehat sambil menikmati pelayaran indah di lautan maya. Heh.
Kerja aku ni tak menentu. Kena waktu ribut taufan melanda, terkejar-kejar aku menangkap kertas kerja yang berterbangan. Mengutip dan mengumpul kertas yang berselerakan di atas meja dan di bawah timbunan fail-fail yang gagah dan kaku membina penempatan atas meja aku yang semakin berselerak dari hari ke hari. Di tambah bos bertiga yang suka hati meletak dan mengambil kertas di atas meja kecilku. Serabut aku cari kertas dan dokumen yang diperlukan. Alih-alih jumpe kat meja orang lain. Serabut beb.. adooi~
Tapi,
Bila tiba angin tenang. Nyaman. Macam bersantai di tepi laut.
Mula-mula best, gembira. Masuk jam ke 2.. jam ke 3.. aku dah jadi bosan. Mula la berYM. Kui2
Diingatkan lagi.. aku bukan curi tulang. Cuma angin taufan belum melanda.
Terfikir gak nak bawak bahan bacaan dari rumah. Kisah Ranggau nukilan Ramlee Awang Murshid, aku belum habis baca. Menunggu lagi dua, Mikhail dan Mandatori. Hak2. Gila tamak. Satu belum abis, dua dah menunggu.
Pernah aku terfikir.
"Bos hari ni ada kerja untuk dibuat ke?"
"Takde.." Bos aku menjawab dengan nada yang mendatar.
"So, tak payah datang la hari ni kan.."
"Erm.." Talian telefon dimatikan.
Hakhak.
Bestkan kalau boleh buat camtu.
Gilak. Silap-silap kene maki hamun dengan bos.
Drg taktahu ker. Penat aku redah suasana pagi menuju ke opis. Kerja tak ada. Pastu balik. Bazir minyak ah.
Lompat ke kampeni lain.. cam lompat parti pulak. Hohoho
Eh, ada kerja..
Last-last minit.
Adoi...
Biase mmg camni. Lepas lunch baru ada kerja.
Aku check-in lepas lunch pun ok kot.
Ah, macam-macam kerenah.
3 comments:
pakcik xde ym 0rg p0n tadi..benci2..
nak maj0k r
xde ke, ade la tadi..
hi. you have a good site here. Can we trade links? http://www.jr041283.com is the URL of my site and in there I have a different blog roll scheme. Tnx
Post a Comment