08 March, 2010

ALIEN: Ku Renung Dia

Aku tenung dia

Dia tenung aku balik

Tak boleh jadi ni. Bentak aku dalam hati.
Aku lawan balik.
Kali ni aku memberi tenungan yang tajam tanpa mengkerdipkan mata. 
Tajam hingga mampu menembusi jarak dari puncak menara KLCC hingga ke paras lantai tempat meletakkan kereta. Tanpa belas kasihan. 

Tapi dia tetap tega, tak gentar dan goyah dengan renungan mata aku yang setajam pandangan helang yang memerhatikan mangsanya dari ruang langit lepas. Bukan calang-calang. 

*Gambar diculik dari carian google

Aku dah buntu.
Buntu melihat reaksi dia.

Seminit berlalu.
Dua minit berlalu.

Aku mengalah.. 
Lalu aku mengklik mouse aku untuk menutup tetingkap "blogger.com"...
Aku takde idea..

Jaga la dia, tunggu idea aku datang.. tak senang dia duduk nanti..
Dendam ni.. 



2 comments:

sharamli said...

0k la..0k la..0rg tunggu pakcik ada idea...
:p

alien said...

:D
sila tunggu dengan sabar dan tekun..
hak3