03 March, 2010

ALIEN: Mata Nya

Cuba kalian semua buka mata besar-besar..

Lagi besar !!
Lagi..
Besar punya ~!!

Lagi.. tak cukup besar tu. Cuba lagi sekali..
Tahan selama seminit besar tu, jangan kasi kedip.

*gambar dari carian google
Heh, amacam?
Saje je testing na tengok korang buat tak. Kalau korang buat, tahniah kerana menurut kata. Yang tak buat anda ni pemalas hape, suh bukak mata besar-besar pun malas. Ceh.

Pintu hati di mana?

Kalau kalian mahu tahu. Pintu hati terletak di mata.
"Dari mata turun ke hati....". Jadi, memang sah. Ia terletak di mata. 
Jika kita memandang sesuatu yang menjadikan sejuk dan sayup mata memandang. Lantas hati kita yang bertaufan beliung boleh bertukar menjadi sunyi sepi. Aman dan tenteram.
Begitu juga tatkala hati kita sedang tenang, pada masa itu terlihat oleh kita Mak Cik Limah yang garang yang berwajah bengis. Hati kita pada masa itu akan berdebar-debar. 
Jadi pada yang kaki marah tu, sila-sila la tengok pemandangan yang indah ketika rasa macam nak bunuh org dengan sekali pelempang. Tengok la keindahan alam ke. Tengok seseorang yang ayu ker... opsss. Hehehe.

Pemandangan yang indah la.. tak kan kalian tidak tahu apa itu "Pemandangan yang indah"?
Lain org, lain definisi indahnya. Ada yang kata tempat yang berselerak itu tempat yang indah. Ada yang kata kehidupan bandar indah. Ada yang kata kejadian alam itu indah. Manakala kumpulan Teacher's Pet cakap Malas Itu Indah.

Lantak kamu la labu~

Memang terasa bahagia tatkala kita berasa di tempat yang indah kan. Di dalam tidur, di taman, di hutan, di dalam almari.. di mana-mana yang kita rasa indah. Rasa macam sempurna.. Heh

Memang indah ciptaanNya.
Walau manusia cuba untuk menandingi keindahan ciptaan itu. Mereka tetap kalah. Kalah teruk. Hancuss..
Tiada yang mampu menandingi keindahan ciptaanNya.


2 comments:

sharamli said...

pakcik..sy dah bukak luas dah ni...
pendengar kata kan...

alien said...

bagus2..
anak sapa la ni kan..
baik sungguh..