20 January, 2010

ALIEN says: Beware

Otak dah hilang !!!
Salah letak otak !!!
Otak beku !!!


Dalam bahasa lain, ia adalah buntu. Tiada idea. Dah sampai limit penggunaan otak kot, kene rest otak kejap.
Tapi ayat itu boleh membawa maksud lain dalam aliran ilmu yang lain. Wahahaha~
Atau mungkin cara pemikiran otak kita yg berbeza yg menafsir perkataan tersebut secara berbeza.


Lurus bendul barangkali.. atau
Pertama kali mendengar perkataan tersebut.. atau
Budak - budak kecil.. 
Pelbagai kemungkinan dapat dihasilkan dari merumuskan perkataan tersebut.

Tapi dalam bahasa sains, jika otak kita hilang.. otak mati..
Akan menyebabkan manusia itu mati.. atau lumpuh barangkali, sila rujuk kepada pakar ye..
Berbezakan..
Tapi makna die hampir sama je.. otak mati manusia pun mati.. otak beku manusia buntu..
Kesimpulan die, otak yg tak berfungsi dgn baik akan membawa keburukan kepada manusia sendiri..


Jagalah otak anda, g makan buah-buahan banyak2...



Bagaimana pula ngn perkataan ini..
"Makhluk Halus"


Dialog Aku ngan Kau (bukan nama sebenar)
Aku: Ko buat esemen ape?
Kau: Eseimen pasal makhluk halus..
Aku: Wah, ko tak ke Darul Shifa` ke untuk penerangan lanjut.. Hebat gak ko ni buat esemen pasal makhluk halus


Waaa~
Pelbagai bayangan muncul di paparan skrin otak anda kan..
Tentang alam yg tidak dapat dilihat oleh mata kasar..
Alam ghaib.. batasan minda manusia yg tidak mampu merungkaikan misteri alam itu..
Kadangkala membicarakan kisah hal alam itu boleh memberi kengerian lantas menyebabkan bulu tengkuk sedara atau kawan kita meremang..

Banyak kisah akan muncul dari org kebanyakan, pelbagai versi dan gaya penceritaan..
dan semua itu akan berbalik kepada alam ghaib.. dgn bermulanya dari kata kunci "Makhluk Halus"
Yah, perkataan yg memberi impak kepada kita, perkataan yg membuat kanak-kanak gerun.. kepada gelap malam
Juga yg mampu mendatangkan trauma kepada dewasa..
Hohohoho..

Lupaka sejenak kisah itu.
Padam dan tekan butang delete di keyboard anda agar paparan mengerikan itu hilang dan luput.


Hohoho.. sambungan dialog yg atas tu

Kau: Err, microb la...
Aku: Lenkali taip r makhluk yg halus atau makhluk seni.. 
*Dialog telah diejas untuk tujuan komerseeeeel, ehehehe


Jadi apa yg dapat disimpulkan disini, makhluk halus dan makhluk yang halus adalah berbeza. Jadi, sila jgn salah taip kerana ia akan memberi impression atau pandangan pertama yg gerun kepada si pembaca.
Hohoho

Hilangnya satu patah perkataan akan membawa kepada makna yg berbeza. Sukar untuk kita paham.
Secara teorinya macam Pengiraan secara amnya ah kan.. kan..
Kalo satu nombor atau formula atau tanda negative/positif tiada... jawapan anda pasti berbeza..
Jadi sila berhati2..


_________________________________

Hampir sebulan pada tahun baru..
Anda ada rasa baru?
Aku rasa lama je, camne tuh?







No comments: