22 January, 2010

ALIEN berkata: Pandai ke Tidak ?

Hari yg hujan..
Maksudnye HUJAN.
Hujan..
Bukan band Hujan. Tapi ini hujan fitrah alam.
Jam 6.00pm melangkah, duduk sebenarnya. Hanya dua roda yg berjalan.
Hujan lebat, pergh~
Jarak penglihatan 50m or less or more xsure la kan.. PJ ke Subang berhenti di Shell.. ke Shah Alam...
Masuk sempadan Klang..
Cerah, gembira melihat matahari tersenyum...

Bukan kondo Matahari ke Mentari tu ye, yg banyak kes jenayah.
Hehe..

Herm, cakap-cakap org..
Budak bijak bistari.. berakhir ngn hancusss, hampess, kelepap debush.. camne tu?
Jadi sampah masyarakat.
Menghancurkan, pecah, berkecai.. harapan mak ayah..
Langsung tak boleh dijadikan contoh. Apatah lagi harapan bangsa, pembela agama...

Bukan semua, yeah. Dalam setandan pisang tidak semuanya elok kan.
Tapi yg tak elok tu berguna untuk dimakan ulat dan lalat buah untuk kelangsungan hidup dan memastikan spesis die xpupus.. Dalam keburukan ada kebaikan..



Perlu bagi mereka ruang untuk berubah.
Tapi, bukan cube jadi negatif ye. Cume ingin tahu, kenapa boleh jadi camni?
Padahal mereka secara kasar jika dilihat bijak menggunakan otak. Mungkin melampaui pemikiran sesetengah org yg lain mungkin. Melampaui penulis blog ini juga semestinya..

Faktor kekuatan mental barangkali. Mereka rapuh dan mudah hancur minda pabila dijajah anasir negatif mungkin.. Masalah peribadi yg dipendam, mereka merasakan diri sendiri lebih pandai mnyelesaikan masalah itu tanpa bantuan.. mereka silap barangkali, yg menyebabkn mereka hilang pertimbangan utk berfikir. Pegangan agama yang rapuh juga mungkin faktornya. Atau mereka memikirkan sesuatu ilmu tanpa bimbingan hingga menjadi igauan lantas menyebabkan masalah mental ke.. mintak dijauhkan..
Ini antara faktor yg aku dapat lihat, maklumla aku bukan bijak bistari. Aku manusia biase je..

4 + 2 = 6
7 + 8 = 15

Ni pun aku pakai kalkulator.. teknologi.
Bukan malas tau, teknologi kene pakai. Org cakap kalo xpakai bodoh piang la.. ye ker?

"Soalan mudah pun na pakai kalkulator"
Mesti biase korang dgr kan.. Tahap kecerdasan minda seseorang kan berbeza, beri la peluang kepada die.
At least die ade effort nak jawab dan majukan diri. Itu lebih baik dari yg duduk dan mengarah saje kan..
Tidak.. aku tidak tujukan kata2 ni kepada anda semua.. Hohoh

Tadi aku pikir2.. ade satu jalan atau cara na kuatkan mental kita nie..
Yela, kalau org dah selalu menang.. selalu dapat apa die nak.. mesti kalau tetiba die gagal. Mesti die akan rasa cam tak berguna. Walau gagal dalam konteks manusia biase cam aku ni sudah agak bagus. Yela, tahap die genius.. xsama ngn aku yg extra genius biase.. kekeke..

Mau tau?
Kene berguru.. bukan calang2 guru oooo.. ni taraf Professor.. bukan PhD punye.
Xtau la camne dapat gelaran tu, tapi mmg die deserve gelaran tu. Hebat bunyik die kan.
Tak semua org leh train under die nie.. berguru maksud aku..
Nama guru ni korang google la kat Internet. Famous amos extragavanza die ni..
Type nama ni : ARSENE WENGER aka professor.. walawei~
Pakar kasi kuatkan mental player2 muda Arsenal. Marvellous cara drg main. Beautiful game. Good Tactical.
Sila berguru ngn beliau.
Gurau2 je.

Nak kuatkan mental, sila dekatkan diri anda kepada Yang Maha Esa.
Mohon kepada Nya, mengadu kepada Nya... itu je kunci die.
Insya` Allah segala urusan akan dipermudah dan dibantu oleh Nya.
Selagi kita igt DIA, DIA akan melindungi kita..

________________________________________________________
Hari ni ade 2 berita sedih,
1. Kawan se Diploma, ayah die meninggal.. Takziah kepada Hairunnisa @ Anis dan keluarga, Al-Fatihah...
2. Sultan Johor mangkat. Berita kemangkatan Almarhum Baginda Sultan Iskandar di umumkn Menteri Besar Johor. Al-Fatihah..

~ Kita yang hidup, pasti akan menyusul ~

Mati adalah perkara yang pasti akan terjadi kepada semua Makhluk yang hidup di dunia ini.

*Petikan ayat Tazkirah sebelum khutbah jumaat tadi...."Hidup kita ibarat pelita, sampai masa minyak habis ia akan padam" hanya kita xtau bile ia akan padam.

. . . . . . . end


*betulkan sekiranya ade yg silap

No comments: