Ini cerita benar. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Mungkin ada tambahan dalam penceritaan untuk menyedapkan ayat. Tapi, pokok cerita ini adalah benar, waktu kejadian juga benar. Hanya bebrapa perkataan atau ayat terpaksa di ubah. Heh
Urgh . . .
Pagi - pagi mood dah tergugat. Dah tak excited. Thaipusam kan cuti, ramai yg excited. Tapi, ini tiada kena mengena dengan kisah cuti di hari Thaipusam walau Isnin aku tak cuti kerana aku tak kerja di kawasan Wilayah.
Pagi itu, bersiap awal. Tidak terlalu awal. Anggaran dalam pukul 7.45pm. Details gile, duh..
Aku mengenakan pakaian merah beserta seluar track. Sambil mendengar lagu "Pretty Ugly - Itu Bukan Aku", sambil cek tikus di MouseHunt, game FB. Perlu ke aku sms kawan aku atau gerak seorang. Berkali-kali aku fikirkan, dan aku bercadang untuk berlari-lari anak berseorangan.
Sambil minum teh o suam dan menyuap sesudu mee. Sambil borak-borak ngn mak dan abah.
Abah mencadangkan aku berlari di padang Istana, Klang. Err, kat mana r? Hehehe. Menurutnya di situ ramai orang berbanding Di Taman Rakyat yg seperti tempat jin bertendang. Kehkehkehkeh.
Selepas bersalam-salaman, aku pun mencapai kunci dan helmet serta baju jaket. Aku menuju ke tembok tempat ku meletakkan kasut. Kasut yg baru sekali digunapakai menggantikan kasut lamaku yang kebanyakannya sudah agak lusuh dan koyak.
Dan.. dan.. dan..
"Oh man...!!!" keluhku dalam hati.
Bukan sakit perut, atau bukan ex aku muncul depan rumah. Bukan...