Pemandu berhemah dan cermat dapat menyelamatkan nyawa kita semua. Itu yang biasa kita dengar org perkatakan dan bualkan. Tapi hakikat dia, berapa ramai sgt la yang memandu mengikut peraturan jalan nie. Bagi drg, bawak laju asal cepat sampai. Tak hirau pengguna jalan yg lain. Mungkin di sebabkan kecuaian drg, org lain yg menerima padah..
Ni lagi satu sikap rakyat kita yg gua rasa, sukar la nak diubah sampai bila-bila. Drg anggap, jalan tu medan berlumba dan tunjuk jaguh. Hasil nya tercetus la golongan yg dikenali sebagai mat rempit, mat kereta dan lain-lain yg berkaitannya. Drg merasakan seperti drg pelumba jalanan yang mempunyai skill tinggi yg setaraf dengan Rossi, Biaggi, Wazi, Hamilton dan seangkatan dengan nya. Apa yg drg ikut adalah kelajuan mereka membawa kenderaan sewaktu berlumba. Drg x memikirkan keselamatan, di litar lumba keselamatan adalah paling utama. Sbb itu kita lihat kiri kanan litar ada tayar yg tersusun, pasir n batu yg akan memperlahan kenderaan dan sebagainya. Manakala pakaian mereka adalah kalis api dan tahan lasak.
Tetapi, adanya keselamatan begitu.. kecelakaan tidak dapat dielakkan dan akan berlaku jua. Kerana kerosakan jentera, tayar meletup dan sebagainya. Tetapi impak dari kecelakaan itu tidak terlalu teruk kerana langkah keselamatan yg telah diambil dan disediakan. Bila kita bandingkan dengan realiti jalan raya kita nie. Gua rasa cam langit dan bumi. Kanan kiri jalan raya kita..longkang, pokok, besi penghadang jalan, tembok konkrit dan segala macam benda keras. Sekali kita silap dan terlanggar bende kiri kanan kita, xtau r gua nak kata aper. Kalo lu orang selamat anggota badan, alhamdulillah.. syukur umur panjang. Tapi kalo patah itu, patah ini dan hilang upaya. Lu org dah menyusahkan org lain nak menjaga lu org.
Ingat2 la, anggota badan kita nie bukan ade spare part jual kat mane2. Ingatah org yg tersayang. Gua bukan apa, risau tgk kereta, lori, moto, bas dan segala macam kereta kat jalan tue.. bawak laju giler ah. Xkira la kawasan sekolah ker, pembinaan ker, hospital ker..drg x kisah. Dalam kepala laju dan laju dan laju.
Gua seram la. Tetiba jalan depan berlubang dalam tue.. dan x sempat ngelak..atau sempat alih ke lorong lain. Tapi, dah semua laju, kenderaan kat lorong tue x sempat elak..sambar je ar jawab die..Jadi bunyik la "Dusyum~!!"
Jalan jadi sesak, ambulan dan polis mungkin bomba akan datang dan mengawal kawasan tue. Anda dah menyusahkan org lain, kenderaan lain terpaksa bersesak2 dan mungkin ada yg terlewat utk suatu urusan yg penting. Jadi, lu org x pikir ke semua tue..
Gua sedar, gua pun bawak laju. Tapi ikut r tempat dan keadaan, kalo jalan kosong orait la. Kalo time tgh byk kereta x payah la bawak laju. Risiko byk la..
Orait r, gua undur diri dulu..
2 comments:
berhati-hati di jalan raya...betul tu..kalau semua rakyat Malaysia ni pandu dengan berhemat,,insyallh..kurang laaa kemalangan jalanraya...
yap..tol tue
Post a Comment