22 October, 2008

Happy Deepavali kepada semua warga Malaysia.



Salam sejahtera kepada kalian. Gua baru je tgk iklan perayaan Deepavali dari Petronas. Macam biase la, seperti iklan yg sebelumnya. Ia ada membawa mesej yg perlu kita fahami dan dalami. Macam dah jadi kebiasaan iklan-iklan syarikat korporat seperti TM dan Petronas memaparkan iklan yg membawa mesej mendalam untuk disebar kepada masyarakat umum.
Iklan Deepavali yg nie gua tgk ada persamaan sikit dari segi mesej dan penceritaan dia dengan iklan Petronas masa raya yg si Afdlin Shauki berlakon dgn cempedak dia tue. Di mana si Ayah sanggup berkorban dan bekerja keras untuk memastikan anaknya mencapai kejayaan atau apa yg dicita-citakan, lebih kurang macam tu la. Kita kene la sedar akan mesej yg disampaikan ni. Then, kita jgn manjakan anak dgn wang ringgit dan kemewahan dunia. Dalam iklan Deepavali tu, ayah die manjakan anak dgn ilmu iaitu dia berhasrat membeli buku untuk anak dia dgn wang gajinya. Manakala iklan raya tu, si anak menjadi seorang yg kreatif kerana terpaksa berusaha berfikir untuk mencari alernatif bagi memiliki sesuatu yg dihajati. Kan budak tu, pakai kelambu wat jala ikan. Hehehe.
Tapi perbezaan die plak, dalam iklan Deepavali nie si ayah dia sudah tiada tatkala anak dia berjaya. Yang best tue, anak dia naik beskal tua jer ngn memakai pakaian juruterbang. Otai siot !!
Tapi, apa pun gua rasa gembira tinggal kat malaysia nie. Macam-macam kaum dan bermacam-macam perayaan serta bermacam-macam makanan boleh kita jumpa dan nikmati. Ibarat seperti rojak la.
Deepavali nie, gua teringat la kat uncle yg duduk bawah umah sewa gua dulu. Gua ngn housemate pernah sekali basuh lantai umah memalam dan air dia mengalir lalu jatuh terpercik kene lantai umah dia. Habis bising die, ye la kan drg nak sambut deepavali esoknya. Sori uncle !! Kitorang x sengaja.
Apa pun, oleh kerana Deepavali hampir tiba kat sini gua ngn ikhlasnya mengucapkan:
Selamat Deepavali kepada Rakyat Malaysia, khasnya kepada kaum India..Selamat Deepavali !!

No comments: