Bulan lepas terbang ke Terengganu sempena majlis graduasi adik di Unisza. Disebabkan hampir terlewat, masing-masing berlari jalan laju menuju ke pintu masuk yang sepatutnya sudah tutup.
Alhamdulillah, rezeki. Masih dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
Yang lain duduk di belakang, aku tiket terakhir beli duduk di hadapan. Diorang kata area ViP, entah aku rasa sama aje cumalah sarung kepala kerusi berwarna merah berbanding yang belakang berwarna hitam.
Sebab masuk lambat, no kerusi aku 4E telah diduduki oleh 4D. Aku rilek aje buat apa kabut. Lagi pun dah tiada yang nak masuk, aku duduk di 4D dengan santai. Lagipun 4D dan 4F tu keduanya gadis, mungkin mereka itu kawan. Jadi biarlah.
Tiba-tiba gadis 4D ke tandas. Setelah kembali, dia memeriksa tiketnya dan bertanya untuk kepastian. Laju 4F menjawab, 4D itu tempat aku duduk. Ringkas. Bermakna mereka bukanlah kawan.
Eh, takkan aku nak duduk ditengah itu, keraslah aku nanti diapit gegadis. Aku tetap di tempat aku tadi dan berkata kepada 4D untuk mengambil tempat di tengah itu.
Peramugara mungkin terdengar perbualan kami, dia menawarkan aku sebaris ruang kerusi yang kosong untuk aku duduk. Yeah, terima kasih bro. Aku berpindah ke tempat yang ditawarkan oleh Peramugara itu. Fuhhh.
Kapal terbang naik.
Kapal terbang mendarat.
Selaku seorang yang Gentleman, haha. Aku membiarkan penumpang lain untuk turun. Aku perhati, gadis 4D laju bangun untuk turun melintasi aku. Tak lama itu, gadis 4F pula bangun akan tetapi dia menghampiri kerusi aku dan berdiri di tepi kerusi aku membelakangi aku, penumpang lain melaluinya.
Adakah dia ingin menarik perhatian aku. Setelah beberapa ketika barulah dia mengambil beg dia dan berjalan pergi sambil menjeling kepada aku.
Malangnya ketika itu aku terlupa membawa kad. Haha. Jadi aku membiarkan gadis itu berlalu mencari jalan kepada jodohnya yang pasti bukannya aku.
Semalam pula, memandu ke Bangi. Ke UKM lebih tepat lagi. Kali ini tiada yang nakal yang mahu menarik perhatian aku sepanjang hari.
Dalam shuttle bas yang hanya ada aku dan satu keluarga itu, aku aman menikmati perjalanan yang lima minit ke dewan graduasi.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Semoga kedua adik aku yang baru selesai graduasi itu dimurahkan dan dipermudahkan rezeki.
Amin
No comments:
Post a Comment