23 November, 2019

827: Waktu Menanti

Tak aku nafikan,
penantian itu satu hal yang menyerabutkan, hal yang menyesakkan, hal yang menyempitkan

Hufffff.. 

Selangkah lagi yang akan membawa ke penamat. Langkahan yang penting. Langkahan yang... amat penting.

Semoga langkah yang satu ini terus maju ke depan, tidak ia lemah dah berakhir di situ. 

Amin. 



19 November, 2019

826: Tidurlah

Kalau dah malam, tidurlah. Tak perlu fikir yang pelik-pelik. Hentikan fungsi otak, tutupkan mata. Biarkan yang berlalu itu berlalu.

Tapi semalam aku punya mimpi pelik. Dalam mimpi tu ada aktiviti bonceng skandal aku yang dulu naik moto, tanam bunga dengan jiran, melawan zombie, race rally yang last sekali sebelum aku terjaga. Punya lah pelik.

Sejak aku selalu dikecewakan ini, aku dah lali dengan segala perasaan yang datang. Memanglah ada rasa sakit itu ada, nak mengadu kepada siapa. Kepada orang rasanya tak perlulah, ada yang mengungkit dan ambil kesempatan. Dah pernah berlaku dulu. Sakit otak aku.

Kepada Tuhan lah aku memohon, Tuhan jagakan lah dia untuk aku yang belum mampu menjaga diri ini. Biarpun dia lupa, aku tetap ingatkan dia.

Jiwang.






18 November, 2019

825: Mohon Keberkatan Umur

Assalamualaikum,

18 November tarikh ini
Ertinya, usia aku meningkat setahun lagi

Selamat hari lahir pada diri ini

..

04 November, 2019

824: Teruk

Hampir setahun berlalu, perjalanan aku masih berliku. Apa yang dibuat belum terhasil, sering juga membuat aku terasa tertekan. Aish.

Kerap aku berdiam sendirian. Senyuman ku ukir bila dihadapan mereka sedikit palsu. Heh. Tiada siapa yang peduli sangat pun. 

Pada dia yang ku kasih, aku paham perasaan mu itu. Pernah aku katakan yang aku ini tidak memiliki bulan atau bintang. Tapi, aku rasa ralat seperti telah membuat kau sedikit kecewa. 

Kepada kedua ibu bapa, aku rasa mereka tahu tapi mungkin mereka tidak mahu mengganggu. Maafkan anak mu ini masih belum mampu memberi apa melainkan tenaga ini. 








823: Memulakan Kisah









Bulan lepas terbang ke Terengganu sempena majlis graduasi adik di Unisza. Disebabkan hampir terlewat, masing-masing berlari jalan laju menuju ke pintu masuk yang sepatutnya sudah tutup.

Alhamdulillah, rezeki. Masih dibenarkan masuk ke dalam pesawat.

Yang lain duduk di belakang, aku tiket terakhir beli duduk di hadapan. Diorang kata area ViP, entah aku rasa sama aje cumalah sarung kepala kerusi berwarna merah berbanding yang belakang berwarna hitam.

Sebab masuk lambat, no kerusi aku 4E telah diduduki oleh 4D. Aku rilek aje buat apa kabut. Lagi pun dah tiada yang nak masuk, aku duduk di 4D dengan santai. Lagipun 4D dan 4F tu keduanya gadis, mungkin mereka itu kawan. Jadi biarlah.

Tiba-tiba gadis 4D ke tandas. Setelah kembali, dia memeriksa tiketnya dan bertanya untuk kepastian. Laju 4F menjawab, 4D itu tempat aku duduk. Ringkas. Bermakna mereka bukanlah kawan.

Eh, takkan aku nak duduk ditengah itu, keraslah aku nanti diapit gegadis. Aku tetap di tempat aku tadi dan berkata kepada 4D untuk mengambil tempat di tengah itu.

Peramugara mungkin terdengar perbualan kami, dia menawarkan aku sebaris ruang kerusi yang kosong untuk aku duduk. Yeah, terima kasih bro. Aku berpindah ke tempat yang ditawarkan oleh Peramugara itu. Fuhhh.

Kapal terbang naik.
Kapal terbang mendarat.

Selaku seorang yang Gentleman, haha. Aku membiarkan penumpang lain untuk turun. Aku perhati, gadis 4D laju bangun untuk turun melintasi aku. Tak lama itu, gadis 4F pula bangun akan tetapi dia menghampiri kerusi aku dan berdiri di tepi kerusi aku membelakangi aku, penumpang lain melaluinya.

Adakah dia ingin menarik perhatian aku. Setelah beberapa ketika barulah dia mengambil beg dia dan berjalan pergi sambil menjeling kepada aku.

Malangnya ketika itu aku terlupa membawa kad. Haha. Jadi aku membiarkan gadis itu berlalu mencari jalan kepada jodohnya yang pasti bukannya aku.









Semalam pula, memandu ke Bangi. Ke UKM lebih tepat lagi. Kali ini tiada yang nakal yang mahu menarik perhatian aku sepanjang hari.

Dalam shuttle bas yang hanya ada aku dan satu keluarga itu, aku aman menikmati perjalanan yang lima minit ke dewan graduasi.

Alhamdulillah, semuanya selamat.
Semoga kedua adik aku yang baru selesai graduasi itu dimurahkan dan dipermudahkan rezeki.

Amin










02 November, 2019

822: Tentang Rasa

Sekali sekala bila berseorangan ni dia datang. Perasaan kecewa, perasaan letih, perasaan sedih, perasaan lemah, pendek kata perasaan yang negatif. 

Kemudian hilang motivasi. Kemudian rasa macam dah kecewakan diri sendiri dan orang sekeliling.

Kemudian bila dah tenat, tidur je lah ubat dia.