26 July, 2015

Vape vs Rokok

Hmmm.

Salam lebaran.
Raya kan sebulan.

Vape vs Rokok.
Aku bukanlah nak bercerita mendalam tentang baik buruk vape atau e-cigar ni berbanding rokok. Alah, senang ceritanya aku bukanlah menyebelahi mana-mana pihak pun. Baik kiri mahupun kanan.

Apa yang aku nak sentuh sikit ni berkenaan sikap atau attitude mereka. Tak salah kalau nak berawan nano ni. Duit korang, suka hati korang la kan nak berawan nano kan.

Apa yang aku tak senang tentang segelintir bebudak yang berawan nano ni kan. Sikap mereka yang terlebih-lebih. Macam nak menunjuk yang diorang lebih style dari orang
sekeliling. Aduiii.. sakit mata aku tengok. Orang cakap perangai serupa budak baru nak up. Depan budak kecil dia hembus, dalam ruang tertutup dia hembus.. senang cerita mana tempat dia rasa nak hembus, selamba dia hembus. Isunya bukanlah asap atau bau-bauan tu. Isunya sikap. Aish..

Sebut pasal budak pula, tadi, baru tadi aku tengok depan mata aku lah tadi. Seorang budak kecil yang masih bersekolah rendah menghisap vape di tempat awam; kedai mamak, sambil menunggu abang dia. Gila. Selama ni aku tengok kat Facebook je, orang bising. Ni live depan mata pula dia berawan nano. Kalau adik aku, aku dah rembat dia. Bukan aku tak nak tegur, masyarakat kita sekarang ni pantang ditegur terus melenting. Contohnya, tu, kes gaduh kat wangsa maju tu. Apa nak jadi la sekarang ni.

Bila cakap budak pula, terkait dengan perempuan pula. Kalau dulu, perempuan yang menghisap rokok tak kisah dia bertudung atau tidak. Seboleh-bolehnya dia cuba selindung rokok yang dia hisap dari mata orang sekeliling. Tapi ada juga yang open;selamba tunjuk. Ok tak kisah. Tapi masih dalam keadaan sopan biasanya; perempuan belakang lorong terkecuali. Haha. Apabila vape ni secara tiba-tiba jadi trend. Macam pesta pulak aku tengok perempuan-perempuan ni menghembus tanpa segan silu. Sama ada di tempat awam atau gambar, mahupun video yang dimuat naik. Rosak oi rosak.

Lagi satu, pada yang tak pernah merokok sebelum ini, mungkin agaknya terkena kejutan budaya pun terjebak sama mengikut trend menghisap vape ni. Bila dah terjebak secara mengejut, tu yang munculnya sikap menunjuk. Adoihlaa..

Aku bukan nak bash mereka yang menghisap rokok atau vape ni. Pada aku sikap dan adab tu kena la jaga sikit walau itu duit korang, hak korang.

Okeh.
Adios.


Sent from my ASUS

5 comments:

Unknown said...

ntah apa sedapnya
aku membuat pengakuan ikhlas, aku try shisha, sumpah sakit dada x sedap.
aku cume menterai for the sake of trying
dua kali je sedut (sekali try je, kali kedua sedut kawan kata aku punye teknik x btul so try lagi) pastu taknak.

yanmaneee said...

supreme new york
supreme hoodie
adidas yeezy
stone island outlet
longchamp handbags
yeezy shoes
canada goose
steph curry shoes
yeezys
bape

sosa said...

read this good quality replica bags check this link right here now Valentino Dolabuy Web Site replica ysl handbags

Anonymous said...

click for info replica bags web link Dior Dolabuy you could try this out replica ysl bags

sethe said...

w5j42b1s14 n1u87o1h47 c4i69y7e67 b4x48h1o47 p9j58j4u17 p8w49y0d02