26 July, 2015

Vape vs Rokok

Hmmm.

Salam lebaran.
Raya kan sebulan.

Vape vs Rokok.
Aku bukanlah nak bercerita mendalam tentang baik buruk vape atau e-cigar ni berbanding rokok. Alah, senang ceritanya aku bukanlah menyebelahi mana-mana pihak pun. Baik kiri mahupun kanan.

Apa yang aku nak sentuh sikit ni berkenaan sikap atau attitude mereka. Tak salah kalau nak berawan nano ni. Duit korang, suka hati korang la kan nak berawan nano kan.

Apa yang aku tak senang tentang segelintir bebudak yang berawan nano ni kan. Sikap mereka yang terlebih-lebih. Macam nak menunjuk yang diorang lebih style dari orang
sekeliling. Aduiii.. sakit mata aku tengok. Orang cakap perangai serupa budak baru nak up. Depan budak kecil dia hembus, dalam ruang tertutup dia hembus.. senang cerita mana tempat dia rasa nak hembus, selamba dia hembus. Isunya bukanlah asap atau bau-bauan tu. Isunya sikap. Aish..

Sebut pasal budak pula, tadi, baru tadi aku tengok depan mata aku lah tadi. Seorang budak kecil yang masih bersekolah rendah menghisap vape di tempat awam; kedai mamak, sambil menunggu abang dia. Gila. Selama ni aku tengok kat Facebook je, orang bising. Ni live depan mata pula dia berawan nano. Kalau adik aku, aku dah rembat dia. Bukan aku tak nak tegur, masyarakat kita sekarang ni pantang ditegur terus melenting. Contohnya, tu, kes gaduh kat wangsa maju tu. Apa nak jadi la sekarang ni.

Bila cakap budak pula, terkait dengan perempuan pula. Kalau dulu, perempuan yang menghisap rokok tak kisah dia bertudung atau tidak. Seboleh-bolehnya dia cuba selindung rokok yang dia hisap dari mata orang sekeliling. Tapi ada juga yang open;selamba tunjuk. Ok tak kisah. Tapi masih dalam keadaan sopan biasanya; perempuan belakang lorong terkecuali. Haha. Apabila vape ni secara tiba-tiba jadi trend. Macam pesta pulak aku tengok perempuan-perempuan ni menghembus tanpa segan silu. Sama ada di tempat awam atau gambar, mahupun video yang dimuat naik. Rosak oi rosak.

Lagi satu, pada yang tak pernah merokok sebelum ini, mungkin agaknya terkena kejutan budaya pun terjebak sama mengikut trend menghisap vape ni. Bila dah terjebak secara mengejut, tu yang munculnya sikap menunjuk. Adoihlaa..

Aku bukan nak bash mereka yang menghisap rokok atau vape ni. Pada aku sikap dan adab tu kena la jaga sikit walau itu duit korang, hak korang.

Okeh.
Adios.


Sent from my ASUS

19 July, 2015

Raya Le Kita

Salam Aidlilfitri.
Maaf zahir batin dari hati yang tulus ikhlas pada semua yang ada singgah ke sini, yang mana jika ada apa yang aku tulis di sini membuat ada yang terasa.





Sent from my ASUS

12 July, 2015

Durian Batu Kurau

Tadi repeat makan Durian kat Kg Lombong, Jalan Kebun. Konsep dia 'Makan Sampai Lebam'. Meriah sambutan dari orang sekeliling.

Satu kepala rm10.
Kali kedua aku datang kene rm15. Rm5 lagi tu tuan kedai kata dia dermakan pada anak yatim.

Durian ni tuan kedai order dari Batu Kurau. Makan memang puas. Durian cantik-cantik. Sedap pun sedap. Pehhhh...

Dengar kata ada contest boleh menang rm1000. Huyoooo...

Apa macam, hantu durian semua. Serbu la weh..

Serbu...



Sent from my ASUS

Tiada Tajuk

Berbulan-bulan lamanya aku sudah lupa tentang blog ini. Hampir terlupa. Bukan apa, letih bekerja, tidur. Nasib baik perihal makan belum terlupa.

Ahaha.

Hmmm. Lagi sikit masa lagi Ramadhan sampai ke hujung. Lagi sikit masa lagi saja. Cuma nak pesan kat kawan-kawan, Zakat jangan dilupa.

Cukup la ni tulis sikit-sikit. Esok lusa aku sambung lagi. Kalau esok lusa tak ada lagi, sedekahlah Al-Fatehah kat aku ini.