08 January, 2015

Insiden di pagi yang tenang

Satu petang di kedai kopi. Aku nampak tenang bersantai di kerusi sofa yang disediakan sambil menikmati secawan air asam boi. Ditambah pula cuaca yang sejuk-sejuk segan hujan macam mahu turun atau tidak.

Aku tengah fikir, apa yang aku fikirkan janganlah ditanya. Amat kompleks untuk aku huraikan satu-satu.

Teringat pula aku akan insiden pagi tadi sewaktu aku memandu secara santai ke tempat kerja. Terasa macam aku memandu di litar lumba pula situasinya.

Sebuah lori membawa muatan berisi bahan binaan boleh la dianggap sebagai safety car yang memimpin kenderaan di belakang. Sedang enak aku melayan lagu yang dimainkan di radio, aku terlihat sebuah kereta keluar dari simpang sebelah kanan yang boleh diibaratkan kereta itu baru keluar pit stop. Nak kata laju tu tidaklah. Dia cuba menyelit di kalangan kereta yang dipandu perlahan di belakang safety car tadi. Akan tetapi...

Skreettt! Dummmm!
Berlaga dgn sebuah kereta yang berada selang dua buah kereta dihadapan aku.

Hadoii, speed 40kmj-50kmj pun boleh berlaga. Masya Allah. Apa nak jadi entah.

Pada konklusi aku, kereta yang dilanggarnya itu mungkin tidak perasan atau mungkin tidak mahu bertoleransi dengan kereta yang melanggarnya itu. Soalnya, dimanakah sikap berhemah pemandu-pemandu kita.. Iskh2

By the way, terima kasih kepada Shafarina yang sudih singgah ke blog aku ni ye.

Terima kasih.

Eh. Hujan dah turun tatkala aku selesai menaip.
Hehehe