Seronok tengok keletah kanak-kanak waktu cuti raya ni.
Bermain.
Melompat.
Berlari.
Menjerit.
Ketawa.
Tersenyum.
Aku tertawan.
Em ha,
Sempat aku tengok S.A.M
Rabu baru ini.
"It's nice movie"
Lakonan mantap dari Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.
Kudos untuk Syafiq Yusof.
Sebuah naskah yg perlu ditonton pada mereka yang mencari kelainan dalam industri filem kita. Filem yang melarikan diri dari konsep tahyul yang sedang berleluasa menjajah minda masyarakat kita. Ia sebuah filem psiko yang mungkin ada kaitan dengan kita, kawan kita, jiran kita atau sanak saudara kita. Satu genre bawaan anak tempatan yang jarang-jarang muncul di layar perak negara kita.
Em.
Jalan cerita yang mudah dan tidak terlalu berat untuk masyarakat kita yang jarang nak berfikir apabila berada di kerusi empuk bersama bertih jagung dan segelas coke. Heh..
Mungkin atas sebab itulah, jarang sekali pengarah - pengarah di sini mahu membawakan kisah yang mengajak masyarakat berfikir sama; jarang nak berfikir. Dan, aku masih menunggu sesiapa yang boleh membawa filem seperti "Alangkah Lucunya Negeri Ini" di sini.
Di sebalik perjalanan cerita yang mudah, ada bahagian yang tidak berapa strong yang pada aku boleh mengganggu mutu filem ini. Seperti kemunculan Zura yang pada aku tidak digarap dengan baik atau langsung tiada kepentingan kewujudannya. Juga bahagian ayah yang ditikam dan emak yang sakit jantung kedengaran agak klise.. sedangkan pada permulaan cerita, si pengarah seperti cuba melarikan ceritanya dari hal itu. Dan bahagian penamat yang selalu sangat kita lihat di mana-mana. Selalu sangat.
Dan di akhir cerita, aku terasa lompong itu, tidak seperti perasaan aku menonton Songlap.
Ibarat apa yang kita rasa saat kembali dari bercuti. Perasaan gembira perlahan-lahan bertukar menjadi rasa normal. Itu apa yang aku rasa ketika tirai layar perak diturunkan.
Walau bagaimanapun, ia masih naskah yang enak untuk dijamah.
Dua point lima untuk pengarah muda kita dan filem nya: SAM
Saya.
Amat.
Mencintaimu.
12 comments:
ritu pegi wayang ingat nak tgk cite ni macam tak best. pegi la tgk rushing hour
tak sempat tgk lagi cter SAM ni, huhu
2 point?
x best la tu
haha
kueh
nak try tgk...jemu asyik la citer hantu komedi kat wayang tu...hampeh betul...
bior aku tengok songlap dulu.
heheh~
teringin gak nak tengok....nak masuk panggung??sapa la nak bawak...x penah masuk...hehe
aku tak sempat nak tgk haritu. Damn betul ada masa aku akan tgk jugak nanti!
p/s: SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!
saya. amat. meminatinya :D
salam aidilfitri..
duduk rumah tgk cerita korea je, eh?
hahaha. nampak sangat tak sedap kan..
indah khabar dari rupa lettew..
bila maw kuar link yg leh donlod....ahakz
Wadi AR:
sapa kata tak best..aku cuma ckp cite dia agak klise..
hohoho
amir aizat:
g tengok cepat, sapot industri
kueh:
2.5, sedap la gak weh
wahida:
ya, entah bile cite2 hantu nak ilang dr wayng
gB:
pas songlap tgk bunohan..
kekeke
Cikgu Ma:
ala, bwk la adik kawan jiran ke..
iSz:
Ya, selamat hari raya!!
maaf zahir dan batin
Rain:
S.A.M
Salam Aidilfitri, Maaf.. kui3
xazuraxabux:
sila2..kalau cite jepun aku ok lagi
Faaein Talip Roy:
Idaklah, cuma jgn terlalu letak harapan yg tinggi lah..
jeBateja:
ntah, keh3
Post a Comment