30 October, 2011

alien: cakap - cakap EPL VIII

Hihihi
Lantai licin ye Terry.





















 




27 October, 2011

alien: hari ini hari khamis

Em.
Tadi aku lunch break dengan kawan semasa belajar di Melaka dulu.
Hal kerja dan kehidupan menjadi pokok utama perbualan.
Awal tahun depan dia akan mendirikan masjid.
Dan, tak lama lagi dia akan memulakan kerja di tempat baru; peningkatan taraf hidup.

Alhamdulillah.
Rezekinya bertambah menjelang hari pernikahannya.


25 October, 2011

alien: menjelang deepavali

Sehari sebelum tibanya Deepavali, aku masih berada di pejabat.

Kerana kurangnya kerja yang masuk akhir-akhir ini, aku menjadi semakin tidak produktif. Duduk di meja dan bosan. Masa dihabiskan dengan berfikir cara - cara untuk membunuh masa.

Apa salahnya bos aku kasi cuti walau aku tidak meraikannya.
Diorang pun tak datang ofis, ready untuk celebrate Deepavali.



Ok lah.
Untuk yang menyambut Deepavali.

Happy Deepavali !!



Untuk yang bercuti.
Happy Holiday !!





alien: hujan itu sejuk tahu !!



Meredah hujan lebat di malam hari, habis basah. Tiada apa terjadi.
Meredah hujan renyai juga di malam hari, separuh basah. Hasilnya, sabtu dan ahad merawat tubuh badan yang hampir demam.

Brrrrr... brrr...
Aneh.

Moral:
"Jangan main hujan, nanti demam..": Pendekar Mustar






24 October, 2011

alien: kosmo buat hal lagi

Sila klik pada gambar.




















Hihihi.
Mereka buat lagi.
Sebelum ni mereka buat macam ini. (klik sini) 

Bukan main tajuk besar dan bold; City bedil United 6-1 (klik sini)

Penat Dzeko dengan Silva berlari macam nak mati semalam.
Kuikuikui





21 October, 2011

alien: tanpa suara, anda layak




















Antara banyak-banyak pertandingan realiti di tV,
aku rasa pertandingan ini yang paling sukar dan payah untuk audition.
Juri pasti pening kepala untuk mencari peserta yang layak ke peringkat
seterusnya. Manakala penonton pun pasti pening untuk mengundi.

Siapa berani sahut cabaran, mari tengok sini (klik).


"Vokal Tanpa Suara"
Hihihihi.
Aku gelak guling-guling baca tajuk tu.



19 October, 2011

alien: nasi lemak 2.0

Makan nasi lemak sampai dua bungkus.
Sebungkus singgit doposen je.
Dua bungkus baru dua ringgir pat posen.
So, cheap.. so, cheap..
Kenyang sampai ke tengah hari. Boleh membawa ke petang.

Memang susah untuk mencari nasi lemak yang.. Ummmpphh!
Macam slogan untuk BOH! pulak dah.
Mencari paduan nasi lemak yang betul-betul menepati selera kita memang sukar. Bukan hanya nasinya yang menjadi fokus utama, akan tetapi sambal juga memainkan peranan penting. Selain itu, gabungan telur, kacang goreng, ikan bilis goreng dan timun menjadi pelengkap yang mesti ada bagi menyempurnakan keenakan nasi lemak itu sendiri. Tanpa bahan-bahan tersebut hilanglah seri nasi lemak itu. Kuranglah selera untuk kita menjamah nasi lemak itu walaupun aroma dari daun pisang mampu menggoyah nafsu makan. 

Begitulah kisahnya dengan filem yang menjadi kontroversi, Nasi Lemak 2.0
Apa signifikan '2.0' dihujungnya?
Aku sendiri pun tidak pasti tujuan '2.0' itu di sana.

Setelah menontonnya di rumah sendiri, bertemankan secawan air kosong dan emping malinjo yang rangup. Apa yang dapat diulas adalah, filem itu adalah seperti gerai nasi lemak yang tidak dicari oleh ramai orang pada ketika mereka bangun dari tidurnya. Walau paduan untuk menghasilkan nasi lemak berlaku secara harmoni, akan tetapi oleh kerana sikap yang pengotor dan tidak menjaga persekitaran gerai jualannya telah menyebabkan kemerosotan jualan nasi lemaknya.

Tambahan pula, beberapa penduduk telah diserang sakit-sakit berpunca dari persekitaran gerai yang tidak bersih itu. Lantaran itu, penduduk setempat menjadi berang dan tidak berpuas hati dengan wujudnya gerai tersebut di situ.

Akan tetapi, untuk mereka yang berperut kebal, anda masih boleh menikmati nasi lemak itu tanpa perlu ragu dan was-was. Sekadar untuk merasai pengalaman dan mengetahui apa yang tersirat semasa menikmati nasi lemak itu.

Untuk yang berperut sensitif, anda dinasihatkan tidak memandang ke arah gerai. Bimbang anda akan termuntah dan tidak lalu untuk makan seminggu.

Kepada pemilik gerai, walau anda hias gerai. Walau anda menghasilkan nasi lemak itu dengan teknologi moden. Itu tidak penting. Yang menjadi isu adalah, kebersihan. Jadi, sila bersihkan persekitaran anda dahulu. Ini kerana penduduk setempat peduli tentang kebersihan ini.


Walau apa pun, unsur hantu masih belum berjaya ditarik keluar dari merasuki industri filem kita buat masa ini termasuklah dalam filem ini.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; tak tahu bila.

Sekian.



alien: dream transition process

I am dreaming?
Am I?

Long time ago, I said to myself.
"Why not make it happen.. real thing.."

.. and now, we working on it.
Even, it still in early stage.
I`m very thankful and please to see it.

May all running smooth.
Amin.



17 October, 2011

alien: It`s true

Dear friend,
It's true. I think much lately.
And sometime I`m confuse about the day, date ..
but I`m still ok with time.

Thanks for concern.


14 October, 2011

alien: bini-biniku gangster

"Gangster apa citer?" 
Dialog biasa aku sapa seorang rakan perempuan aku, sampai sekarang. Sekali pandang tak nampak gaya gangster. Dua kali pandang pun sama juga. Muka dia tak ganas pun. Ayu je. Perangai pun ok. Tapi, entah macamana panggilan 'gangster' tu melekat sebagai panggilan kami; ya, dia pun panggil aku gangster gak. Spontaneous.. aku patut kata begitu.

Dah lambat rasanya untuk aku review filem Bini-Biniku Gangster.

Terima kasih kepada penguload filem tersebut. Tanpa adanya kalian, tak dapat aku tonton filem tersebut. Jujur aku katakan, aku tonton filem itu kerana ingin melihat aksi lakonan Shaheizy Sam. Yeah, terbaik darinya. Walau tak banyak scene untuknya.

Mengenai filem itu. Jalan ceritanya ringan, mudah difahami. Dialog dan scene komedi boleh diterima dengan terbuka. Tiada aksi yang ganas sangat. Jadi, ia menjadi mesra kepada penonton pelbagai lapisan masyarakat. Em, dari segi keseluruhannya.. level dia atas sikit dari Hantu Bonceng. Klik (sini) untuk review Hantu Bonceng.

Yang tidak menariknya, sedang aku menonton filem tersebut. Sesekali scene filem Basic mengganggu fokus aku. Muncul Samuel L.Jackson dan John Travolta di skrin laptop aku.
"Ah, kome ni mengganggu sajeee..."

 Em, pandangan aku untuk filem ini.
Tonton sekali; senyum.
Tonton kali kedua; tak tahu bila.


Sekian.




12 October, 2011

alien: just silent

Adalah lebih baik berdiam,
dan mula berbicara dengan diri.
Sambil mencari ilham,
memamah ilusi dan menghadam realiti.

Itulah jalan terbaik.

Campak keluar segala kekusutan ke Selat Melaka,
dan hanyut terus ke laut China Selatan.
Disambar buas si jerung ganas,
digigit, diratah, dikoyak,
yang ada hanya cebisan kecil.
Terpukul dan dibawa bersama buih-biuh putih bersih,
lalu terdampar di sisir pantai; tiada daya.

Dia merayu di sana,
merintih sayu, meraung seksa.
Terus aku pijak tanpa belas.

Puas.




:12 Okt 2011, 2.09pm


07 October, 2011

alien: Gaya, Mutu, Keunggulan


Semua orang tahu bergaya.
Tapi tidak semua tahu apa itu gaya yang unggul.
Mahu tahu lebih?
Tanyakan saja lelaki yang kiri sekali itu.




















Har har har !!!



06 October, 2011

alien: hari akhir yang adil

Ye.
Hukum hudud yang tampak zahir di mata mereka boleh tolak.
Tanpa adanya kajian atau perbincangan tentang perlaksanaannya.
Dengan alasan yang mudah; kejam katanya. Tidak relevan pada zaman ini.
Tidak sesuai dengan situasi negara yang berbilang bangsa.
Dan, ya.. mereka boleh menolak, mengelak dan membantah perlaksanaannya.

Silakan.. silakan..

Yang pasti,
Mereka tiada peluang yang sama pada hari akhir nanti.





04 October, 2011

alien: hanya untuk dilihat sahaja

Em. Haha.
Gelagat mereka di facebook sungguh kelakar.
Mereka menulis quote di wall dan dibaca public.
Berkongsi tentang rasa yang sedang dialami; gembira, sedih, serabut ...
Akan tetapi apabila public bertanya, mereka memilih untuk berselindung.
Em, adalah lebih baik mereka tidak menulis quote tersebut kepada umum.
Ahhahai~

Ye, wall kamu.
Jadi sukahati kamu.
Kasihan mereka yang respond kepada status kamu itu.
Aku, hanya mampu simpati.


Kasihan..
Kasihan..



01 October, 2011

alien: selamat datang Oktober


October
And the trees are stripped bare
Of all they wear
What do I care
October
And kingdoms rise
And kingdoms fall
But you go on

: U2 - October, klik (sini) untuk menyanyi.