Pagi - pagi aku nampak seekor katak dengan muka tidak puas hati melepak tepi dinding.
Sebab?
Kerana ia dihalau dari menduduki selipar ala Crocs yang bertutup depannya tu oleh tuan empunya selipar itu. Semestinya empunya selipar itu bukan aku.
Tuan empunya selipar menyedari kehadiran katak itu setelah terpijak kaki katak itu yang melepak dalam seliparnya. Terasa lembik - lembik dan sejuk, katanya.
Hihihihi.
Dilema katak masa kini; kurangnya tempurung untuk mereka berteduh.
Kasihan.
Penyelesaian; sediakan tempurung untuk katak - katak berteduh di sekitar rumah. Katak tersebut akan membantu dengan menghalang nyamuk dari menyerang kediaman. Selain membantu mengurangkan pencemaran ozon dari gas yang dibebaskan oleh penyembur racun serangga.
Moral; ternyata katak pada masa kini tak sudi lagi duduk di dalam tempurung. Mungkin tidak praktikal bagi mereka untuk duduk dalam tempurung lagi pada zaman teknologi ini. Mereka telah memilih untuk berubah dengan menjadikan selipar/kasut manusia sebagai tempat berteduh bagi mengaburi kehadiran mereka di mata mangsa terutamanya si nyamuk.
: maaf, tiada gambar katak dengan muka tidak puas hati untuk tatapan anda.
16 comments:
katak tu xpuas hati dgn ko sebenarnye
eh~ tuan punya selipar lah
hehehe
DAN...
bawak kete slow2 kalau lalu kawasan perumahan. kemungkinan katak melompat melintas jalan adalah tinggi. kalau laju, kemungkinan utk kita jadi pembunuh katak juga tinggi.
aku geli katak....huhu...
ko bela je katak tu
aku nak bela katak banyak2 dalam rumahlah pasni..jimat duit nak beli ridsect!
saya suka katak :)
ei, geli plak
Geli! Dulu-dulu nak pergi sek0lah mintak mak yang picitkan dulu kat uj0ng kasut tu. Terasa mcm pegang padahal tak sent0h p0n..ha3
Dia takut org ubah peribahasa berkaki ayam kepada berkaki katak.
tu yg pakai slipar tuh
hahahaha
katak sekarang pun dah pandai memberontak
nak duduk dalam selipar jer
baru nak tengok gambar katak tu.. zaman dah berubahkan.. katak dah ada banyak pilihan.. haha..
katak perkasa
aku pernah terpijak katak dalam bilik air.masa tu gelap.hisy..aku punya mengelupur tu toksah cakap la.kalah orang histeria.ahaha..
perh..xpuas aty katak 2 bace entry nieh..haha
Naddy Amat:
haha, takpe drg belum bikin union..
takde suara majoriti lagi
Zoe:
hihi..
kalau gelap mmg efek dia lebih
mana tau mende lain kita pijak
seram jugak
nasyrun:
katak handalan
Faaein Talip Roy:
katak tu tak kasi diambil gambarnya
nnti top
kata katak tu kpd aku pagi itu
Hans:
drg pun na rasa arus kemodenan gak
abglan:
betul gak tu kan
sharamli:
apeeedaaa, sendiri cek la
mirachantek:
keh3
mmg geli
sejuk2 lembat2
Shukri:
hehe, saya tak gemar katak
Anak Wak Mail:
sila2..
katak2 tu pon bole dijual sebgai pendapatan sampingan
redza:
err, Anak Wak Mail kata nak bela.. aku serah ke dia je la
wahida:
sama laa
gadisBunga:
betul tu, lagi2 lepas hujankan
bersepah katak merayau2
Post a Comment