30 September, 2011

alien: apabila mata pedih

Apabila mata aku menjadi pedih
Aku hanya memejamkan saja; membiarkan semua
Tidak membenarkan, juga tidak menafikan
Hanya mata aku menjadi pedih, sebenarnya
Biarkan aku memejamkan sahaja mata ini


: 30 Sept 2011, 6.00pm


29 September, 2011

alien: Har Har Har

2011 akan melabuhkan tirainya beberapa bulan lagi.
Masing-masing berlumba ke depan.
Pembangunan pula kian pesat.
Ironinya, aku semakin tenggelam.
Lemas di lautan manusia.
Dibawa gerombolan, entah ke mana-mana.
Hanyut.. hanyut..


Har har har.. 
(Eh, boleh gelak-gelak lagi)






28 September, 2011

alien: gadis dengan baju birunya

Ditujukan khas kepada kawan aku :

Kau yang berbaju biru
dia asyik memerhatimu
dia yang di sebelah mencuitku
"kau lihat di sana", tutur katanya perlahan

Aku memalingkan muka ke sana
adanya kau yang berbaju biru
berjalan seorang diri di penjuru sana
comel seperti kata dia

Kau melangkah menurut hatimu; bebas
dia pula pantas menurut dan mengira gerak kakimu
yang lantang menerobos petang kelam
hinggalah kau hilang ditelan ribut orang ramai



: 27 Sept 2011, 11.27pm

27 September, 2011

alien: mengejar impian

Pantas kau pergi; masa
meninggalkan aku di sini, lelah
aku tahu,
perlunya aku berlari kini
bukanlah berjalan lagi



: 27 Sept 2011, 6.01pm


26 September, 2011

alien: puisi itu satu cara



"Kalau prosa itu suatu cara berbicara dengan orang lain,
maka puisi adalah suatu cara berbicara kepada diri sendiri.
Kerana itulah barangkali dikatakan bahawa puisi itu amat
peribadi dan sunyi sifatnya".

:Catatan, m/s 127

24 September, 2011

alien: scene dalam pertandingan realiti TV

Ahoi.

Tengah hari tadi sempat aku menonton pencarian untuk peserta rancangan realiti TV yang bakal ke udara tidak lama lagi. Aku ni jenis suka menonton scene pencarian atau ujibakat daripada scene pertandingan.

Scene pertandingan biasanya agak bosan. Manakala Scene ujibakat untuk realiti TV ni biasanya lebih menarik dan mencuit hati. Lebih menghiburkan. Kan...

Yang lebih menarik lagi, pasti ada scene sedih. Dah macam scene drama pulak.
Ke ada clause dalam borang yang menyuruh peserta sedih andai gagal ujibakat. Tak paham aku.



23 September, 2011

alien: dilema katak masa kini

Pagi - pagi aku nampak seekor katak dengan muka tidak puas hati melepak tepi dinding.
Sebab?

Kerana ia dihalau dari menduduki selipar ala Crocs yang bertutup depannya tu oleh tuan empunya selipar itu. Semestinya empunya selipar itu bukan aku.
Tuan empunya selipar menyedari kehadiran katak itu setelah terpijak kaki katak itu yang melepak dalam seliparnya. Terasa lembik - lembik dan sejuk, katanya.
Hihihihi.


Dilema katak masa kini; kurangnya tempurung untuk mereka berteduh.
Kasihan.

Penyelesaian; sediakan tempurung untuk katak - katak berteduh di sekitar rumah. Katak tersebut akan membantu dengan menghalang nyamuk dari menyerang kediaman. Selain membantu mengurangkan pencemaran ozon dari gas yang dibebaskan oleh penyembur racun serangga.

Moral; ternyata katak pada masa kini tak sudi lagi duduk di dalam tempurung. Mungkin tidak praktikal bagi mereka untuk duduk dalam tempurung lagi pada zaman teknologi ini. Mereka telah memilih untuk berubah dengan menjadikan selipar/kasut manusia sebagai tempat berteduh bagi mengaburi kehadiran mereka di mata mangsa terutamanya si nyamuk.



: maaf, tiada gambar katak dengan muka tidak puas hati untuk tatapan anda.


22 September, 2011

alien: hari ini ialah khamis yang sejuk

Hari ini ialah hari Khamis.

Syoknya pergi kerja ditimpa air hujan halus-halus; gerimis.
Terasa sejuk sangat. Bahang sinar matahari pun tidak terasa.
Bahagia betul.

Melangkah masuk ke tempat kerja.
Sejuk aircond. Uish, sejuk dia lain macam.

Em,
Siapa - siapa yang baik hati bolehlah nak sponsor aku sweater.
Sangat dialu - alukan.

Brrrrrr !!!
Sejuk ooooo..


21 September, 2011

alien: hidup itu luas makna dia

Kawan,
katamu aku memilih?

Ahha~
Sedarkah kau,
Ternyata kita ini memang bebas memilih, tak kira lelaki atau perempuan.
So, what to argue ..

Pilihan di tangan kamu.
Kriteria pun kamu yang tentukan.
Terpulang pada kamu.
Zaman moden katanya.
Bear with it. Is it?

Kamu pun ada pilihan kamu kan, kawan.
Tiada isu aku seorang saja yang memilih. 

Jalan hidup kita, masing-masing berbeza kawan.
Kalau nak ikutkan, banyak yang aku nak cerita kat kau.
Dari A hingga Z. Tapi, buat apa aku nak mengadu pada manusia juga.
Kau pun sedang berduka, tidak elok kiranya aku menambah lagi beban.

Kawan, selalulah mengadu pada yang Maha Mendengar. Dia lebih tahu kau, aku dan mereka. Banyak-banyak bicara dengan Dia. Dia suka kepada mereka yang selalu berbicara denganNya. Insya`Allah. Akan mudah segala urusan.



:entri ditulis secara santai setelah berbicara dengan seorang yang sedang jiwa lara.. chill dude!!!
pesan aku, "Slow-slow melangkah.. doa banyak-banyak jangan mudah putus asa.."


20 September, 2011

alien: aku dan filem hantu bonceng

Malam tadi aku tengok cerita yang dikatakan mengaut jumlah jualan tiket yang mencecah 8 juta ringgit tu dan mungkin bertambah lagi jumlah kutipannya, rasanya-lah. Tapi, aku bukanlah antara penyumbang kepada angka 8 juta tu. Melainkan aku sedut dari Youtube je. Terima kasih kepada pengupload dan pihak Astro First. Jasa kamu dikenang.

Lagipun, banyak review mengatakan filem itu biasa-biasa saja membuatkan aku malas untuk membazirkan masa sejam lebih dalam wayang. Aura Zizan yang membawa penonton ke wayang; aku setuju!.

Tentang scene yang hangat diperkatakan oleh ramai penulis blog dan ramai orang yang menyedarinya. Aku sendiri pun sangsi dan pelik bagaimana Finas boleh lepas pandang, sedangkan tapisan mereka ketat; orang-orang filem cakap la. Dan sebagai pengarah filem atau sesiapa yang namanya melayu yang terlibat di lokasi pengambaran atau terlibat dalam penulisan skrip, tidakah mereka tahu bahawa perkara itu tidak boleh dibuat main-main. Efeknya akan jatuh kepada masyarakat. Dan yang akan terpengaruh kebiasaannya adalah golongan kanak-kanak.

Kalau isu berkait dengan pertubuhan boleh jadi isu besar dalam filem KL Gangster, kenapa isu dalam filem Hantu Bonceng tiada tindakan dari mana-mana pihak?
Haila..

Keseluruhan cerita ini, sesuai untuk ditonton sekali saja. Tonton dua kali membuat kamu semua mengantuk. Betul, tak tipu punya~

Nasihat aku, baik lah kiranya kamu membazir masa menonton filem Zombie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana filem tersebut filem hantu yang bermesej. Yang membuat anda berfikir dan sedar tentang isu semasa. Kurang-kurang semasa korang gelak sakan tu, korang dapat mesej disebalik. Kira cantik la kan.

Selain itu, scene-scene disko tu tak payah kot. Boleh saja tukar jadi scene kedai mamak ke kedai Pak Tam ke yang lebih mesra masyarakat..

Lagi satu,
kenapa aku rasa standard filem ini hampir menyamai standard filem Prof tu.
Ke aku je yang terasa macam itu?

Sekian untuk review kali ini.
Lama tak tulis review filem, sekali tulis terus kondem.
Apa lah aku ni kan?
Ahha~

:last filem aku review adalah HKLBR (sini)




19 September, 2011

alien: bertukar, tukar, tukar, tukar, tukar

Chinese look.
Oh, ok.

Pergi kenduri kawin bulan May haritu,
kawan aku cakap macam Mustapha Kamal.
Jumaat lepas, di majlis "house warming cum open house".
Aku kembali jadi Andy Lau; ala-ala chinese look.

Mungkin rupa aku boleh berubah mengikut keadaan.
Ahha.. hai~



alien: bersama komplot untuk masa depan yang cerah

Ahad lepas.
Langkah pertama scene komplot berjalan dengan lancar.
Langkah kedua sedang diatur.

"Kepada geng - geng komplot sekalian, bersamalah kita mara kehadapan !!!"
- kata semangat dari seorang watak penting pengkomplot.



17 September, 2011

alien: complete silent

Late night. Not very late.
Laying at the couch. Doing nothing; watching television.
Phone on the small table, silently sitting there; doing nothing also. No message or called incoming.

Accompany with bau teh jenama Masjid. The scent very pleasant.
Helping body and mind for resting.
But, the hot tea become cold fast. Thanks to the ceiling fan.
You have done a good job for ease the bau.

(Voice come from dummy box)
Look there !!
A small child which stand beside her mother shouted loudly.
Crowd see at the direction where she pointed her finger.
It's Spiderman !! 
Crowd cheer for it.

Buzz!!
alarm from Yahoo Messenger.


It's sad when the phone on the table not a smart phone which have internet access. So, the Yahoo Messenger pop out and sitting there till dawn at desktop alone; as he laying there at the couch doing nothing.

... and fall asleep soon.



15 September, 2011

alien: andai kau baca

Terima kasih,
Kerana memberi ruang dan kesempatan itu.
Kerana bersabar dengan aku.
Yakin dengan aku.
Terima kasih sekali lagi.


Ya, masih banyak yang perlu aku belajar. Perlu baiki.
Dan aku berusaha ke arah itu.
Doakan kejayaan aku.

Amin~


13 September, 2011

alien: pesanan untuk diri

Pesanan untuk diri hari ini:

Marilah bersama kita melangkah perlahan - lahan.
Selangkah demi selangkah. Jangan gopoh.
Walau payah dan sukar jangan pernah mengalah.
Jadilah kuat jangan berhenti berusaha.
Pasti akan sampai juga ke situ juga.

Terus dan terus ~ !!!



12 September, 2011

alien: masih ada lagi penjajah di sini

Em. Aku garu kepala bila aku belek - belek internet baru - baru ini. Mendengar dari berita di kaca tV. Tentang isu kemerdekaan negara kita.

Andai kata kita tidak dijajah dan hanya dinaungi.
Mengapa kita dikatakan merdeka dengan rundingan dengan cara demokrasi.
Apalah guna rombongan ke London untuk berunding.
Apa rasionalnya selama ini kita diajar bahawa merdekanya kita dari penguasaan penjajah.

Istilah, pejuang kemerdekaan. Bapa kemerdekaan.
Masih relevankah dipakai.

Aku garu kepala lagi.
Aish.



09 September, 2011

alien: kamu lebih arif makna perbincangan berbanding kami yang picisan

Apalah ertinya perlantikan andai yang dilantik tidak didengar suaranya. Ibarat mengayuh basikal tanpa rantai, entah bila tayar akan bergolek. Kasihan kawan itu, terasa tidak dihargai. Sabarlah kawan, aku rasa yang berkata itu merasakan diri mereka mengawal, berkuasa. Come on. Sila menjadi matang sebelum kamu menyuruh orang lain menjadi matang.

Atau, mungkin kamu belum faham makna matang itu sendiri.

Bila kita melantik seseorang menjadi wakil, perlulah hormat kepadanya walau kita sebaya dan taraf hidup masing-masing berbeza. Keadaan hidup atau umur tidak boleh dijadikan isu kerana kamu sendiri yang setuju dengan perlantikan itu; jadi mana sikap hormat kamu. Beri ruang kepada ketua kamu itu untuk mengulas atau membincangkan isu yang dirasakan relevan. Beri ruang kepada mereka yang lain juga. Bukan bertindak dengan cara mengawal perbincangan mengikut rentak kamu sendiri. Jadi, apa guna mereka yang lain berada di situ.

Di sini, bukan aku atau yang lain tidak mahu menegur kamu pada tika itu. Bukan. Kami beranggapan, bila kamu mempunyai pelajaran.. ada kedudukan yang stabil. Kamu akan lebih melihat; memandang dari segenap sudut, banding mereka yang kurang sedikit dari kamu. Tapi, ternyata kami terkejut dengan sikap kamu itu. Sesuatu yang tidak patut terjadi.

Kamu patut lebih arif tentang ini berbanding kami.

Kita semua dilahirkan sebagai pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain; keluarga atau organisasi.

(Menjadi pemimpin yang baik seseorang perlulah:

Sanggup bersusah payah dengan anak buah.  Dia juga perlu sedia mendengar masalah, sedia berkongsi buah fikiran dan tidak memandang keluh kesah anak buah sebagai remeh atau alasan semata-mata.  NABI MUHAMMAD, pemimpin agong yang kita sanjungi, tak pernah culas dari turun pandang untuk bersama-sama bergotong royong dengan anak buahnya dan menyelesaikan masalah yang timbul.

Bila menguruskan sesuatu organisasi atau kumpulan, sedikit sebanyak mesti ada terjadinya masalah.  Contohnya, pengurusan majlis. Untuk memuaskan hati semua orang memang sukar. Maka harus bijak menguruskan anak buah. Menyelesaikan masalah secara baik, tidak mudah melatah atau meradang. Sekiranya terdapat masalah, adakan perbincangan dan sentiasa menggalakkan anak buah berkongsi pandangan mereka, dan cari jalan penyelesaian bersama.)



"Lebih baik hilang seorang dari hilang seribu orang.."
kawan aku berkata begitu kepada aku setelah tamat diskusi malam tadi. Ternyata dia berasa kecewa.

Memang masing - masing mempunyai pemikiran yang berbeza. Tapi, jurang perbezaan itu dapat dirapatkan andai kita berfikiran terbuka.

Jadilah matang sebelum menyuruh orang lain menjadi matang.


p/s: Kak Cho cakap, di Matang, Taiping.. Mee udang dia sedap. Fresh!!


08 September, 2011

alien: labyrinth mimpi

Panggilah aku
serukan aku ke dalam tiap mimpi kamu
ke dalam ruang labyrinth mimpi kamu
kota sesat ciptaan imaji kamu

Biarkan aku sesat di situ
biarkan aku berjalan di situ
biarkan aku berlari di situ
biarkan aku mencari kamu;
di balik dinding - dinding itu

Aku akan teruskan mencari
walau di mana hujungnya;
tanpa rasa sesal dan putus asa


13.08.2011, 11.02pm


03 September, 2011

alien: apa macam bro?

Adakah.. adakah..
Ini yang disebut "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"



















(sila klik gambar untuk tumbesaran berganda)

Come on, come on..
Di negara kita sendiri ramai yang masih perlukan bantuan, ramai lagi yang perlu perhatian. Sila bantu mereka - mereka membaiki tahap hidup masing - masing sebelum beralih arah ke negara lain.






01 September, 2011

alien: qwerty

"Aku sudah tidak lagi mengenali kamu, hari ini..."
Teruk. Rasa itu memang teruk.