31 March, 2011

alien: ohoi ohoi ohoi

  oh hooooo hoooi~ 
 oh hooooo hoooi~
 oh hooooo hoooi~
oh hooooo hoooi~
oh hooooo hoooi~

hoooi ~ hoooi ~ hoooi~

oh hooooo hoooi~
oh hooooo hoooi~ 

hoooi ~ hoooi ~ hoooi~

oh hooooo hoooi~
oh hooooo hoooi~ 







30 March, 2011

alien: khabar dari sana II

Berbaju hijau muda kebiruan.
Bukan kemeja atau kurung. Tetapi, windbreaker yang ada penutup kepala. Dia memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya. Dia berjalan menuju ke sini.

Ismail yang sedang mengisi beberapa ketul karipap kentang ke dalam plastik yang berwarna hijau menoleh ke kanan dan terpandang kelibat dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya berjalan menuju ke arahnya. Bukan, ke arah kedai di mana Ismail mengisi karipap kentang ke dalam plastik hijau di tangan kirinya dan penyepit di tangan kanannya.

Tiga ketul karipap telah berada di dalam plastik hijaunya. Karipap yang keempat masih kemas tersepit di penyepit di tangan kanannya. Dia terhenti seketika. Memandang dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya berjalan dan tersenyum. "Manis.." katanya. Senyuman mekar di bibir dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan itu. Indah menusuk terus ke dalam perasaan lantas hampir membawanya masuk ke dalam dimensi lalunya. Dia cepat sedar. Tidak memberi peluang kepada imajinya meliar dan membawa dirinya hanyut ke dimensi lalunya.

Karipap keempat disuakan ke bukaan plastik hijau di tangan kirinya. Kini dia mengambil karipap yang kelima. Karipap di kedai milik warga kelantan itu menjadi kegemarannya. Sudah beberapa kali kunjungannya ke kedai itu hampa, tiada kelibat tupperware berisi karipap diletakkan di atas meja kedai itu. Pada kunjungan kali ini dia girang kerana tupperware berisi karipap diletakkan di atas meja kedai itu sudah kelihatan dari jauh. Karipap yang cukup sifatnya. Lembut isinya, pedas, manis, masin dan cukup rempahnya. Sudah cukup membuatkan kelenjar air liur di mulut Ismail bergiat aktif. Padanya yang paling penting, karipap itu tidak tergolong dalam kategori karipap angin. Kecur air liurnya ketika memandang karipap di hadapannya setelah penutup tupperware dibukanya. Lima ketul karipap terletak betul di dalam plastik hijau di tangan kirinya. Dia mengikat kemas plastik hijau itu. Lima ketul karipap yang berharga RM2.00, harga yang berpatutan di kawasan bandar telahnya.

Senyuman dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya tidak terus kepadanya. Tapi, kepada seorang gadis berbaju hitam yang kebetulan berada berhampiran dengan dia yang sedang memasukkan karipap ke dalam plastik hijau di tangan kirinya tadi. Oleh kerana kedudukan yang secara kebetulan itu, maka senyuman yang terukir di bibir dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya seperti menuju ke arahnya secara terus tanpa adanya gadis yang berbaju hitam itu di sebelahnya.

Dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya berjalan masuk ke dalam kedai dan menuju ketempat di mana lauk dan sarapan pagi dihidang. Dia mencapai bekas polisterin yang berwarna putih dengan tangan kanannya. Nasi diseduk. Dia beralih ke tempat pilihan lauk pauk. Paha ayam masak merah menjadi pilihannya. Bekas polisterin ditutup. "Tak ambil sayur?.." sekali lagi Ismail berbicara dengan dirinya. Dia yang dikenali pada dimensi lalunya juga begitu sama dengan dia yang didepannya. Tidak menggemari sayuran. Ismail mencuri pandang dari kaunter bayaran.

Muka bertemu muka. Ismail memandang ke arah lain dan kemudian memandang ke hadapan semula. Tidak terdaya untuk bertentang pandangan dengannya, bimbang dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya curiga kepadanya . Ismail yang sedang beratur dibelakang seorang lelaki berkemeja gelap berjalur-jalur bersedia mengeluarkan 2 keping wang kertas yang bernilai RM1.00 tiap satunya dari dompet yang berwarna hitam dari saku seluar di belakangnya.

Mukanya putih berseri. Kulitnya halus. Terbayang sebentar wajah dia di penglihatan Ismail ketika muka bertemu muka sebentar tadi.

Dia menoleh ke kanan semula, tempat di mana dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya berada sebentar tadi. Ah, Ismail jadi sedikit gelabah. Dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya menuju kaunter, atau lebih tepat lagi ke arahnya yang berada di kaunter bayaran.

Lelaki berkemeja gelap berjalur-jalur melangkah pergi. Dengan segara Ismail menyerahkan 2 keping wang kertas kepada Makcik Selamah pemilik kedai itu dan melangkah pergi.

Ismail dan dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya bertembung. Tidak, hanya berselisih. Dia memandangnya dan dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya memandang kembali.

Tiada apa yang terjadi.

Dia yang memakai winbreaker yang berwarna hijau muda kebiruan dan bertudung putih menutup kepalanya membayar harga makanannya. Ismail sudah tidak peduli. Dia berjalan keluar membawa lima ketul karipap berinti kentang yang dia idam-idamkan dengan girang.

Rasa keenakan karipap sudah meresapi fikiran dan deria rasanya kala itu.
Dia telah terpukau oleh karipap di dalam plastik hijau yang dibawanya.




alien: jangan pandang kiri

Paling sakit.
Tak terlalu sakit. Cuma sakit. Bukan lenguh. Tapi sakit.
Rasa otot sekitar bahu menengang dan menarik-narik.
Hampir merasa malas untuk paling ke kiri.

Mungkin salah bantal. Ramai yang cakap begitu.
Otot bahu yang menegang dan menarik-narik membuat badan terasa lemas.
Rasa tak selesa. Bahu tak selesa. Leher tak selesa.
Rasa malas pun datang.

Terasa malas untuk paling ke kiri.
Apa ada di kiri ye?
Iskh...

"Hantu jahat, nyah kau dari sini !!!"
sambil paling muka ke kiri.




24 March, 2011

alien: mail laksa

Semalam Ismail makan laksa.

Pergh !!
Kuah dia pekat, kaw-kaw lah. Sedap. Terasa ikannya.
Ada daun kesum dan bunga kantan. Feveret Ismail ni.
Ada potongan cili padi. Ada sebiji limau yang dibelah dua.
Tapi cili dan limau tu dia letak tepi saje.
Tak gemar.

Yang membejatkan selera Ismail ialah mee laksa tu pendek - pendek.
Fail !!

Dia meletakkan semula handphone di atas meja.
Niat untuk memberitahu akan kesedapan laksa di kedai itu kepada Sadik dihentikan di sebabkan keadaan fizikal mee laksa yang pendek-pendek yang boleh merencatkan selera.
"Nasib belum sms dia, kalau tidak mahu kene kutuk kaw-kaw ni.."

Tumpuannya kembali kepada mangkuk laksa di hadapannya.
Ismail hanyut.
Dia dalam keenakan menikmati kuah laksa yang kaw - kaw dihadapannya.
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Sudu digenggam erat dan ditenggelamkan ke mangkuk laksa.
Kuah diseduk bersama mee laksa yang pendek - pendek itu.
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Slurrrppp !!!
Keadaan fizikal mee laksa yang pendek-pendek yang boleh merencatkan selera tidak memberi kesan kepada seleranya. Ohh, dia tak cerewet.

Suapan terhenti sekejap.
Sadik dan Farihin berada dalam lingkungan pandangan matanya berjalan menuju ke dia.
Tapi, pandangan matanya tidak berhenti di situ. Pandangannya terus menuju jauh, jauh ke sana.
Dia terkhayal seketika.
Sadik dan Farihin duduk semeja dengannya.

Suara Sadik dan Farihin berbual tidak terdengar. Suara budak kecil berteriak dan menghentak kaki ke lantai kerana inginkan paha ayam pun tidak didengar. Suara Makcik Selamah sekuat guruh mengarah pekerjanya mengemop air sirap yang tumpah di lantai setelah tertumpah oleh brader baju biru kerana dilanggar budak kecik yang berteriak kerana inginkan paha ayam itu pun langsung tidak di dengar.

Ismail masih di alam khayalnya.
Sudu digenggam erat dan ditenggelamkan ke mangkuk laksa.
Kuah diseduk bersama mee laksa yang pendek - pendek itu.
Dia makan dalam keenakan bersama khayalan.

Makcik Selamah menjengilkan mata. Budak kecik itu diam dan tertunduk.

Ismail masih kekal di alam khayalnya tiap kali laksa disuap ke mulut.



22 March, 2011

alien: pae

Paeeeee !!!! 
Dia berteriak.

Paeeeee !!!! 
Lagi. Dia berteriak nama itu.

Pae.
Nama itu kerap kali bermain - main di mindanya.

Dia yang terlalu sibuk sehingga meluapakan yang lainnya. Dia menyesal.
Rasa amat bersalah menyelubungi dirinya kala itu. Terasa segalanya sia - sia. Segalanya sudah tidak berguna.

Masih belum terlambat. Dia boleh berubah untuk merubah segalanya.
Demi nama itu dan demi masa depannya.
Segalanya perlu dimulakan semula.


*Ikuti sambungan kisahnya di teater "Lat Kampung Boy sebuah Muzikal" .

Hehehe !!!





21 March, 2011

alien: "manners" perlu ada di mana - mana

Aku memandu perlahan di jalan dua hala yang sempit itu di belakang sebuah kereta berwarna putih.

Sesekali berselisih satu atau dua kereta dari arah bertentangan.
Tiada kenderaan mengekori aku di belakang.
Kami bergerak dengan kelajuan perlahan atau sederhana.
Sampai di satu tempat, kereta putih di hadapan berhenti. Di sebelah kiri menunjukkan jalan masuk ke parking kenderaan. Pemandu kereta putih itu memberhentikan kereta putihnya betul - betul sebelum jalan masuk ke parking itu.

Beberapa saat kemudian, pintu di sebelah pemandu kereta putih di hadapan aku di buka. Tanpa memberi signal mahupun melambai tangan isyarat berhenti seketika kepada kami yang berada di dalam kereta di belakangnya, lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin keluar dari keretanya dan berjalan ke sebelah bahu jalan dan menemui seorang. Keretanya menghalang jalan dan akan menyukarkan kenderaan lain yang datang dari belakang.

Aku memerhati, menduga perilakunya seterusnya. Aku melihat mereka bersalaman dan memulakan perbualan. Telahanku dia seperti ingin bertanya arah. Tapi tidak, seperti perbualan mereka akan berlanjutan. Seperti seorang kawan yang berjumpa seorang kawan yang lain.

Tindakannya yang berhenti di jalan yang sempit itu tanpa memberikan sebarang isyarat membuatkan kami sedikit tidak puas hati. Perbuatannya hanya menyusahkan pengguna jalan yang lain dan sikap itu hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Aku boleh tahan. Sabar. Cool.
Aku memandang ke kanan, tiada kenderaan dari hadapan.
Aku sedia untuk memintas kereta putih di hadapan aku itu.

Zeeeeeennnttt. Butang motor cermin di sisi pintu ditekan dan cermin pun turun dengan perlahan-lahan.
"Bang, parking kereta kat dalam lah .. baru berborak !!" teriak kawan aku sambil mengangkat tangan kirinya kepada lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin.

Aku memberi signal ke kanan dan memintas kereta putih yang berada di depan aku. Kawan aku yang berada di tempat duduk sebelah pemandu - aku - dan seorang lagi yang duduk di belakang merungut dan menyumpah kereta putih tadi dan tingkah laku lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin tadi. Aku hanya diam dan menumpukan kepada pemanduan. Tidak mahu mencurah minyak ke dalam api. Begitulah niat aku.

"Bodoh brader tadi, selambe je keluar kereta.. dah la tak angkat tangan ke, bagi signal ke.. terus berborak dengan kawan dia kat tepi jalan..." kawan aku yang duduk di sebelah aku meluahkan rasa tidak puas hati dengan kejadian tadi.

"Tu la, kurang - kurang angkat lah tangan.." aku respond kepada luahannya. 

"Masalahnya jalan tadi tu dah la sempit, dua hala pulak.. memang tak boleh blahh !!" sambung kawan aku yang duduk di belakang. "Menyusahkan orang lain !!"

"Kalau bapak aku ada tadi.. lagi teruk kena sound brader tu" tambah kawan aku yang di belakang.

Suasana petang yang indah itu bertukar sedikit panas akibat perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin itu.

Apapun, aksi Lat malam itu menceriakan suasana kembali.
Yeh !!!






18 March, 2011

alien: jumaat yang penuh hikmah

Dia berjalan membawa beg plastik yang berwarna putih.Langkahnya dimatikan di sebelah tempat yang terletaknya bekas tabung masjid. Dia duduk. Tidak bersila. Tetapi melipatkan kaki seperti duduk di antara dua sujud. Dia meletakkan beg plastik putih yang di bawanya di sisi tabung masjid.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Dia duduk. Dia membuka ikatan beg plastik putih itu. Dengan perlahan dan cermat dia memasukkan duit syiling yang berada di dalam beg plastik putih di sisinya itu ke dalam bekas derma. Tekun. Dia tidak mempedulikan suasana sekeliling mahupun kelibat orang lain yang lalu disebelahnya untuk menuju ke tempat mengambil wudhu'.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Aku berada di situ, ketika mahu menempatkan selipar berwarna merah yang aku pakai di rak kasut besi yang disediakan di masjid itu. Aku terhenti seketika dan melihatnya. "Alhamdulillah .."
Seketika kemudian, aku melintasinya pula.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Dentingan syiling masih berbunyi. Mungkinkah sebahagian duit tabungan belanja sekolahnya di derma ke tabung masjid. "Alangkah mulia hati budinya.." Detik hati aku semasa melintas di sebelahnya tadi.

 
Malam ini,
Perilakunya masih terbayang di pandangan mataku.
Bunyi dentingan syiling berlaga di dalam tabung juga kedengaran jelas.

Dia yang dalam lingkungan umur pelajar sekolah rendah kelihatan berlainan dari anak - anak kecil yang lain yang sebaya dengannya. Moga tingkah lakunya menjadi contoh kepada sesiapa yang terlihat pada tika itu.



alien: khabar dari sana

Dan pagi itu, sepintas lalu aku terasa berada di dimensi yang lalu.

Gerak gayanya. Bahasa badannya. Susuk tubuhnya. Warna kulitnya.
Saling tak tumpah. Walau tidak sepenuhnya serupa, namun ada ciri - ciri boleh ditemui padanya. Jika dilihat dari pandangan sisi, hampir sama. 

Masa berlalu dengan perlahan. Sambil rentetan pengalaman lalu menjengah dan membentuk satu kisah ringkas di dalam kotak fikiran aku.
"Itu kisah lalu .." aku berbisik ke dalam diri. Dan kisah yang sedang bermain di kotak fikirku lantas malap dan malap. Perasaan tadi yang berada di dimensi lalu juga kabur dan menghilang pergi.

Gelas yang berisi Teh O suam aku angkat dengan tangan kanan. Aku menyuakan ke bibir, sedikit demi sedikit aku hirup. Terasa segar dan lapang.

Pandangan mata aku masih ke arah dia.
Kebetulan dia duduk di lingkungan pandangan aku bersama beberapa orang yang mungkin adalah kenalan sekerjanya.

Ku hirup teh o suam yang berada di tangan kananku.
Berfikir sejenak jadual pekerjaan hari ini. Mengingat beberapa urusan yang penting yang perlu diselesaikan sebelum datangnya malam.

Ku hirup lagi teh o suam yang berada di tangan kananku.
Beberapa potongan daun teh kelihatan di dasar gelas. Berwarna coklat kehitaman.
Teh o suam itu tidak terlalu manis dan tidak terlalu pekat rasa tehnya. Cukup dan serasi dengan citarasa lidah aku pagi itu.

Gelas yang kosong itu kemudiannya aku satukan bersama pinggan yang berwarna coklat cair di atas meja untuk memudahkan pelayan kedai makan mengemas dan mengangkatnya. Aku capai tisu. Mengemaskan mulut dan menekap beberapa titisan air yang tertumpah di atas meja.

Aku berdiri dan berjalan melintasi tempat dia dan orang yang mungkin adalah kenalan sekerjanya duduk.

Memang benar apa selalu yang dikatakan, kisah lalu selalu saja membuat kita tersenyum sendiri. Ia boleh membuat kita ketawa atau kadangkala menangis apabila kenangan itu menerjah tiba. Pagi itu perasaan aku senyum.

Ternyatalah,
Pagi itu ada kelainannya.



16 March, 2011

alien: bagaimana jatuhnya aku

Scene 1: Jalan Gasing
Masa: Tengah hari
Harian Metro tersisip kemas di bawah lengan.
Aku berdiri sambil membelek-belek handphone. Menunggu panggilan dari Mr. Bos.
Bersebelah aku, satu kedai Toto. Kalau orang tersalah pandang mereka ingat aku ingin membeli nombor. Aku tak kisah apa mereka nak kata.

Lalu dua orang lelaki tua, melayu.
Berborak tentang perkara yang aku tidak faham. Mungkin aku masih terlalu mentah untuk mengerti butiran percakapan mereka. Tapi, yang pasti salah seorang memegang sehelai tiket yang tidak asing bagiku. Tiket yang mungkin memberi tuah kepada mereka yang bernasib baik.

Seorang pergi ke sana. Dan seorang lagi melintasi aku sambil menyimpan tiket itu kedalam pouch bagnya. Dia memandang aku. "Ah, peduliklah..." hatiku berdetik.
Datang seorang memakai helmet. Masuk ke kedai dan beberapa ketika kemudian berlalu pergi.
Seorang lelaki yang sedikit boroi juga keluar serentak bersama lelaki berhelmet itu.

Apa yang aku sedih, semuanya melayu.
Persepsi masyarakat, melayu itu semuanya Islam. Aku tak mahu mereka memandang serong kepada agama Islam yang suci.

Scene 2: masih di Jalan Gasing
Masa: Tengah hari
Aku menerima panggilan dari Mr. Bos. Tanda lunch meeting dia sudah selesai dan kami akan bergegas ke lokasi lain untuk berjumpa client.

Mr. Bos berdiri depan kedai Magnum.

"Meet my guy.." Mr. Bos kenalkan aku dengan rakannya Kumar.
"Nice to meet you.." tutur Kumar.
"Yeah, nice to meet you too.." aku membalas.

Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos berbual-bual. Aku hanya jadi pemerhati dan kadang kala mengangguk.
Mereka berbincang tentang lanjutan isi perbincangan tadi.
Mereke bercakap-cakap di ruang depan kedai Magnum.

Mr. Seken Bos dan Kumar menghisap rokok.

Mata aku meliar. Ku pandang kanan dan kiri.
Situasi tidak jauh beza dari suasana di kedai Toto.

Ada seorang peminta derma di tengah pintu masuk kedai Magnum.
Kelihatan semua yang masuk ke kedai itu tidak memperdulikan si peminta derma.
Menyapa pun tidak mahu. Apatah lagi berhenti dan bertanya.
Mereka semua lebih suka dan rela memberi duit mereka kepada penjaga kaunter untuk pulangan yang menjanjikan kebahagian yang tidak pasti.

Ah, dunia.
Ramai yang lebih suka memandang fantasi dan selalu melupakan yang realiti.

Seorang lelaki masuk dan keluar.
Datang lagi seorang lelaki masuk dan keluar.
Datang lagi..

Sambil tersenyum dan mengganguk kepada perbualan Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos.
Aku memerhati.
Kalaulah beginilah sikap si dewasa, janganlah menyalahkan si remaja jika derhaka.

Malu aku dengan Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos yang berbangsa India. Seperti yang aku katakan tadi, tercalar maruah sebagai seorang yang beragama Islam. Walau aku tahu, Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos pun faham. Tak semua penganut agama adalah penganut yang setia dan akur kepada perintah agama mereka.

"Orait.. we got another meeting.." Mr. Bos berkata kepada Kumar.
Perbualan mereka terhenti di situ.
Aku tersedar. Kami bersalam dan meninggalkan Kumar dan Mr. Seken Bos berbual dan menghabiskan rokok mereka.

Mr. Bos melangkah.
Aku turut melangkah pergi bersama sesal di hati melihat tingkahlaku bangsaku.



alien: escape to nature III

Berikut adalah antara
ahli jemaah rombongan mendaki yang hadir pada Sabtu lepas.


I`m the "Man in Red"

3 malay guys and a france guy
"bonjour !!"






12 March, 2011

alien: tertewas akan bangkit juga

Siang tadi, pagi yang tidak terlalu pagi.
Berjaya menjejakkan kaki di bukit Broga.
Pendakian yang agak mencabar.

Ada sorang dua makcik gigih mendaki gunung, tapi tak sampai puncak tertinggi. Paling tinggi mereka sampai bawah puncak ketiga tertinggi. Apa pun memang kental semangat makcik aka auntie tu. Tahniah auntie !!

Kawan aku yang semangat waja bersukan kantoi di puncak kedua.
Katanya, puncak tertinggi akan ditawan pada ekspedisi akan datang.
Samalah macam aku. Bezanya aku tak waja bersukan. Wahaha !!
Tak cukup nafas.

Tapi takpe,
Tunggu lah kau Broga, kau akan tewas dengan aku juga !!



11 March, 2011

alien: friday thought VII

Kita selalu terlupa.
Memang selalu mudah lupa.
Sedangkan sudah berkali - kali diberi ingatan.. tapi masih terlupa.

Ingatlah 5 sebelum datang yang 5.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). 
Diambil dari website JAIS.

Aku pun selalu terlupa.
Jadi, sementara ingat ini.. marilah bersama kita muhasabah diri dan kembali kepadaNya. Dunia ini hanya sementara sahaja. Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang yang diberiNya untuk kesenangan dan kebahagiaan kita di sana.

"..semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang yang bertakwa.."
Insya`Allah ..

alien: si Farihin

Rama-rama berterbangan.
Kupu-kupu berterbangan.
Pepatung berterbangan.
Lebah berterbangan.
Kumbang berterbangan.

"Kau akan sertai mereka juga.."
pujuk Zim si rama-rama kepada Dar si beluncas.

Semangat Dar meratah daun semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Bermula dari itu.
Farihin diserang misteri kehilangan helaian daun pokok ros kesayangannya.





10 March, 2011

alien: jaga bila berbahasa



Blog aku, blog aku. Blog kau, blog kau.
FB aku bukan FB kau.
Twitter akaun aku bukan akaun kau.
"Ah, Lantak lah !! Peduli la aku nak cakap apa!!"

Mesti korang pernah alami situasi di atas.
Kalau tak alami pun, mesti pernah terlihat di mana-mana situasi berkenaan.
Bahasa itu jiwa bangsa.

Agama kita menganjurkan kita untuk bercakap yang baik - baik, kerana percakapan itu merupakan satu doa. Cakap yang buruk - buruk hanya akan mengundang dosa, tambahan pula ianya juga tidak berfaedah. Tapi, masih ramai yang selamba menaip perkataan "tuuutt" atau menuturkannya dalam bicara seharian. Walhal ia bukanlah budaya bangsa kita malahan agama pun menegahnya. 

Ayuh berubahlah !!

Berikan contoh yang baik kepada adik - adik dan rakan - rakan yang lain.
Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita ucapkan atau tulis. 


- sekadar peringatan kepada diri dan juga rakan taulan, tiada unsur atau niat untuk menujukan kepada sesiapa. Jangan serius sangat.. Ye tak !!


p/s: gambar original adalah dari www.manarama.deviantart.com


08 March, 2011

alien: bahana berlarian pada waktu pagi yang tak terlalu pagi

Pagi - pagi bersenam bagus.
Kena pulak hari minggu, dari melangut je pagi-pagi tu baik pergi bersenam.
Joging ke, main bola ke, badminton ke.. berfaedah sikit.
Keluar peluh.
Terasa ringan sikit badan.

Udara pagi ni..
Pergh~
Segar dan nikmat. Bagus untuk paru - paru.
Disamping badan cergas boleh jadi sihat jugak.

Tapi,
Kalau bersukan pada pagi yang tak terlalu pagi sangat, kadang kala boleh mendatangkan mudarat juga.
Bukan mudarat untuk kesihatan. Tapi .. tapi ..

Kalau dah nampak perut membulat terdedah tu.
Jatuh dalam kelas 'tidak sihat' kan.

Itulah yang terjadi bilamana berjoging pada waktu pagi yang tak terlalu pagi ni, dan suasana taman menjadi sedikit sunyi. Harapannya, minggu akan datang tiada lagi kaum ibu mengandung berfoto shoot dengan perut terdedah di taman tersebut. Ngeri ah !!






alien: hari ini untuk mereka

Ucapan pada Ahad, 6 Mac 2010:
"Selamat hari lahir !!!"
Untuk adik bongsu yang berada di Asrama di Banting.
Sempat lah juga melawat dia walau sedikit lewat.

Ucapan pada hari Selasa, 8 Mac 2010:
"Selamat menyambut hari wanita!!"
Untuk semua wanita.
Terutama kepada Mak dan adik - adik aku yang semuanya perempuan.
Untuk kakak dan kakak ipar juga tidak dilupa.

Untuk korang yang singgah sini juga, yang rasa - rasa diri itu wanita.

".. seindah hiasan adalah wanita solehah .."






06 March, 2011

alien: bukan jiwa je yang sensitif

Kasuarina.
Casuarina.

Bila 'K' disalah gantikan 'C' boleh membawa ke Nilai, N9 beb!

Tak percaya tanya GPS.
Tak puashati gak, tanyalah Google.
Diorang sensitif bab arah ni beb!

Ye tak Ju Asu Ra.

Hak hak hak.
Hak hak hak hak.




p/s: terima kasih untuk mortar & pestle

04 March, 2011

alien: tragedi pagi subuh yang hening

Semalam.
Pukul 2.30 pagi masih belum tidur. Masih terjaga.
Pejam celik pejam celik pun tak mahu tidur.
Di luar hujan renyai - renyai.
Angin tidak terlalu kuat.

Aku bangun mengadap laptop yang berhadapan dengan tingkap rumah.

Melayari blog rakan - rakan.

Tiba-tiba, aku terpandang samar - samar cahaya di luar tingkap.
Tak sempat cahaya itu menghilang, kedengaran satu bunyi yang amat kuat.
"Gedeghummmm !!!"



ZzzZZzzZZzt ~ !!

Aku tersentak.
Aliran elektrik terasa di jari telunjuk kanan yang memegang mouse.
Aku berundur dari laptop seketika.

"Subhan'Allah ..."

Seketika kemudian hujan lebat menggila di luar.
Di ikuti angin kuat.

.........................................

Dan pagi semalam, talian internet masih terputus sehingga kini.




03 March, 2011

alien: sebelum tawaran tamat

Petang ni nak potong rambut.. kumpul rambut tu, jual !!
Agak - agak ada tak yang berminat mahu membeli..
Alah, sedangkan rambut si Bieber boleh dilelong dengan harga USD$ 40,668!
Rambut aku mesti up lagi harga dia kan..

Siapa yang nak bida harga boleh la sms ye dengan kadar yang segera.
Bidaan melalui emel pun diterima.
Ayuh !!




alien: wau yang bebas



gambar dari PhotoMalaya


"... angin, bawalah aku terbang bebas bersamamu ..."





Sedikit info:
Wau atau layang-layang adalah warisan budaya Malaysia.
Terdapat pelbagai jenis wau antaranya wau burung, wau pari .. dan yang paling popular adalah wau bulan. Keindahan wau bulan yang unik telah diabadikan pada wang syiling 50 sen di negara kita. Selain menjadi logo kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Mitos permainan Wau:
Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau" (dipetik dari wikipedia).

Kisah lanjut sini.
Sini website Daftar Warisan.

Nice kan mitos dia ..
Funny but interesting ..

Aku belum pernah main wau bulan.
Layang - layang biasa tu pernah lah main di satu masa dahulu.
Di kampung aku ni permainan layang - layang ikut musim, tapi biasa kita boleh nampak orang main layang - layang di pantai. Di taman dekat Selayang pun ada satu port main layang - layang, diorang main tak ikut musim sebab situ kawasan berangin.

Kepada yang belum tahu.
Layang - layang sekarang dah canggih, tak pakai buluh dah.
Pakai besi pun boleh terbang..

Itu yang kita panggil .. teknologi ~
Hehe

Nak tengok layang - layang atau wau yang unik dan cantik?
Tunggu lah ketibaan "Pesta Wau" ye
Macam-macam jenis ada, dari yang simple hingga yang complicated
Dari yang kecil hingga yang besar 
Ada harga yang cecah ribu - ribu pun ada beb !!

Cool ~
Uniknya wau atau layang-layang ni ..
Satu dunia pun bermain permainan ini ..
Permainan yang bersifat global ..


02 March, 2011

alien: tamatlah kisah fantasi


Sesudah Interlok.
Kini Rayyan Fantasi.
Kemudian.. belum tahu lagi.

Rayyan Fantasi, sebuah kisah Fantasi Thriller.
Kisah misteri. Kisah permbunuhan. Tidak sarat dengan kisah percintaan.
Santai~

Sedikit sinopsis:
Rayyan Fantasi mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Aiddin, berasal dari daerah pergunungan Kundasang, yang mana rahsia susur galurnya dengan sengaja dirahsiakan oleh ayahnya Ibrahim. Ketika melanjutkan pelajaran di UKM, dia telah bertemu dengan Feena dan jatuh cinta. Kemudian...mereka pun bertunang. Dalam usia seawal 20-an itu, Aiddin tidak menyedari sesuatu telah merubah kehidupannya. Dia kerap pengsan. Setelah mendapat rawatan, doktor mengesahkan Aiddin menghidap barah otak tahap empat dan diramal hanya mampu hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Pada bulan terakhir kehidupannya, Aiddin mengimpikan untuk mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi dia hilang semasa menuruni gunung itu. Kehilangannya sangat menggemparkan. Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan giat namun Aiddin tidak juga ditemui. Hari demi hari, bulan bertukar tahun...dan lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dari kawasan hutan pergunungan. Sejak itu...berlaku beberapa siri pembunuhan ngeri. Aiddin pula kerap mendengar bisikan perempuan.