21 January, 2011

alien: sebuah interlok

Hari Rabu lepas baru terima bungkusan buku tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Tapi bukan beliau yang kirim lah. Buku tersebut aku pesan melalui pembelian online: ujanailmu.

Penghantarannya menggunakan pos ekspress. Tak sampai sehari buku tersebut sampai.

Aku membuat bayaran pada petang Selasa melalui bank transfer dan buku tersebut sampai pada hari Rabu.


INTERLOK
Ianya edisi pelajar dan dicetak pertama kali pada tahun 2005.
Buku yang menjadi buruan pembaca masa kini, kerana isu yang dimainkan oleh ahli politik di negara kita. Ramai tertanya - tanya tentang apa yang telah ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain hingga berjaya menarik perhatian ahli politik di negara kita. Tak terkecuali aku juga.

Komen aku mengenai buku ini,
Pendek dan padat.
Tiada isu yang patut dibangkitkan,

Kerana apa yang tertulis ianya adalah berdasarkan realiti kehidupan dan bukan menurut emosi atau niat penulis untuk mempermainkan perasaan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Apa yang tertulis adalah realiti dan pernah terjadi pada masa dulu. Di sini, di tanah air kita. Kisah kehidupan masyarakat berbilang bangsa di bumi Malaysia ini.


....kebenaran itu kadang kala pahit untuk ditelan.


Nasihat aku, baca segala isi buku itu dari muka depan hingga belakang dahulu. Khatamkan dan fahami dahulu apa yang tertulis di dalamnya baru layak berkata dan mengkritik tentang buku ini. Tidak adil kiranya membuat kesimpulan berdasarkan beberapa potong ayat di dalam buku ini, kerana potong - potong ayat itu tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa disokong oleh keseluruhan ayat dalam buku ini. Ayat tergantung itu boleh memberi kemusykilan dan pandangan negatif kepada mereka yang sensitif.

Jadi, baca sampai habis !!



p/s: apa beza edisi kulit tebal dan edisi pelajar? siapa boleh tolong jawab..

14 comments:

MOFASAD said...

terkejut aku ko layan buku camni

Unknown said...

muehehe..mhal x buku 2

gadisBunga™ said...

setuju sangat2! baca dulu sampai habis.

GB mmg tengah cari buku ni bila tetiba adik yg form 5 balik dan tunjukkan buku tu kat GB. pucuk dicita ulam mendatang.

Baru baca yang kisah melayunya. betapa melayu ni suka momok. haha!

kebenaran itu pahit tetapi harus ditelan walau memalukan.

pernah baca Imam tulisan Abdullah Hussain juga? GB baca 4-5 kali. terlalu hebat novel tu. :)

Udin said...

hurm.. betoi2.. kasi paham dulu baru kritik..

cikceriacorner said...

emm betul tu..kasi baca smpai abis..heheh

Seri said...

mahu pinjam novel Interlok dari budak sekolah

hanie said...

nt aku rompak anak sedara punya buku. hrp ada. :P

mirachantek said...

woi boleh pinjam tak??

fa-in said...

ui pinjam tho nnt.

alien said...

MOFASAD:
ler, macam2 buku aku layan lah
apa2 genre
janji tgk sinopsis masyuk baru baca

JIJI YU:
RM20 plus RM4.50 utk cas penghantaran

gadisBunga:
Imam belum lagi.. slow2 baca tak boleh gelojoh
hehehe
Karya Shahnon Ahmad-Ranjau Sepanjang Jalan pun layan gak

udin:
betul3

cikceriacorner:
hehehe
khatamkan

Seri:
sila2
jiran2 xde anak tingkatan 5 tu yg beli tu
hehehe
buat koleksi

h a n i e:
keh2
best la kau jadi perompak kejap

mirachantek:
keh keh keh
mau pinjam ker
UIA kan
nnti aku pas kat adik aku, ko carik dia

fa-in:
raya cina ko baca pastu pas kat mira tu tau
kui3

Dr K said...

Walaupun aku tak baca lagi novel ni, aku percaya bahawa takde apa pun isunya..geng2 MIC tuh saja nak propa lebih....padahal words 'pariah' tu mmg wujud, dan depa mmg still amalkan sistem kasta tu..

On a positive notes, isu ni telah menaikkan rating novel ni. Aku harap penulisnya dpt royalti yang setimpal.

apdm said...

salam


buku sastera tu ..huhu

larat ke nak khatam tu :D

Shukri Mohd Ali said...

koleksi cerpen beliau 'dari kota cahaya' pun terbaik jugak.

alien said...

Daddy Ziyyad:
harapnya generasi muda akan lebih menghargai karya sastera ..

sissyira:
dah khatam pun
enjoy baca dia
serius~

shukri:
kene carik ni