31 January, 2011

alien: krisis Mesir, nasib pelajar kita

Keadaan huru - hara
Bersama - samalah kita berdoa akan keselamatan saudara kita di sana

Insya`Allah
Amin~

Baca sini untuk kisah lanjut



alien: lebih dari kawan

 gambar dari carian google


".. udara akan ada sentiasa, walau kau tahan dari bernafas sekali pun dia tetap berada di sisi .. entah kau peduli itu atau tidak .."



aku pun tak pasti rasa kau tentang itu




29 January, 2011

alien: cintailah hidupan



gambar dari carian google

".. tak siapa tahu bila si ikan akan memakan umpan yang kita lemparkan .."




mode: berinteraksi dengan alam






28 January, 2011

alien: dari sudut lain


-gambar dari carian google


".. sedangkan daun kering pun berguna,
inikan pula kelapa tua yang gugur ke bumi .. "


betul tak ?





alien: friday thought VI

Mari membaca menambahkan Ilmu ~

Artikal ini dipinjam dari Utusan bahagian Sastera.
Sebagai renungan dan pengajaran kepada kita pada Jumaat yang mulia ini

Inysa`Allah.

Wikifiqh

KAMI akan menceritakan kepada kalian satu persatu. Kata Saidina Abu Bakar, 'Pada setiap buku terdapat rahsia, dan pada tiap-tiap rahsia itu ada dalam al-Quran dan ia terkandung pada huruf-huruf pembukaan setiap surah.'

Kami akan menceritakan. Supaya kalian dapat pengajaran. Pada suatu malam yang gelita Tuan Presiden didatangi seorang lelaki yang tampak sungguh berwibawa. Ia mengenakan jubah putih santan, dengan serban hitam yang gelap ibarat malam tanpa bintang, di tengkuknya terlilit kain hijau daun pisang. Janggut lelaki tersebut lebat tetapi rapi. Matanya bening berkaca-kaca, menambah mendung pada wajah. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu menjelma dalam mimpi Tuan Presiden sambil memesan, "Himpunkan ilmu-ilmu yang ada di dalam kitab suci al-Quran untuk tatapan."

Maka Tuan Presiden pun memanggil sekian ramai bijak pandai, ilmuwan, ahli falsafah, ulama, sarjana, ahli akademik dan pujangga untuk melancarkan sebuah projek yang ia namai: Wikifiqh.

Dalam sidang akhbarnya selepas penubuhan Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut, Tuan Presiden memberitahu, "Kita hidup tidak lama. Kita perlu mewariskan sesuatu yang mega untuk generasi hadapan."
Projek Wikifiqh itu mendapat sambutan seantero dunia. Sungguh ramai ulama dari dunia Islam datang mencebur diri. Mufti al Azhar dan alim Universiti Madinah turut serta. Seluruh sarjana empat mazhab bergotong royong menjayakannya. Dana yang tiba juga mencurah melimpah sehingga setiap ahli Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut kekenyangan. Wikifiqh akan menjadi jawapan buat segala soalan. Sembilan puluh sembilan hari kemudian, Wikifiqh siap. Menanti dirasmikan.

Sekali lagi lelaki yang tampak sungguh berwibawa tampil dalam tidur Tuan Presiden. Kali ini ia mengenakan jubah hitam bukat, dengan serban hitam yang gelap arang, di tengkuknya terlilit kain merah warna darah. Janggut lelaki tersebut lebat dan kerusut. Matanya memerah saga menonjolkan kedukaan pada wajahnya yang berlumur debu. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu bersuara, 'Masih ada yang belum lengkap. Perhatikan pada Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam.'

Tuan Presiden tidak berani melancarkan projek ilmu Wikifiqh tersebut. Selagi ia tidak menemukan rahsia sebenar Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya Parti percaya Tuan Presiden mesti membuka laman tersebut kepada khalayak, kepada rakyat, kepada seluruh dunia. Menurut Pengarah Pilihan Raya, "Sudah tiba masanya dunia mengetahui kebenaran Islam. Bukankah Tuan Presiden mahu membantu barat menghapuskan Islamofobia?"

Tuan Presiden enggan. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya berjaya meyakinkan Tuan Presiden bahawa di tengah-tengah kancah inflasi, kenaikan harga barang, tiada lagi pemberian subsidi, dan kemelut siasah; hanya Wikifiqh sahaja yang akan menjamin Tuan Presiden menang pilihan raya dan terus memerintah. Projek Wikifiqh adalah mercu tanda pemerintahan Tuan Presiden.

Ensiklopedia

Maka demikianlah Wikifiqh dilancarkan. Pada ensiklopedia tersebut rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dijelaskan sebagai "huruf-huruf Muqaththa'ah". Adalah huruf muqaththa'ah tidak diucap sebagai bunyi huruf yang disyakali. Huruf muqaththa'ah dibaca dengan huruf yang merangkai. Ini kerana ia datang dalam bentuk huruf hijaiyah seperti alif, lam, mîm, shad, ra', kaf, ha', ya', ain, tha', sin, ha', qaf dan nûn dan jumlahnya empat belas yang bererti separuh dari seluruh huruf hijaiyah. Pada bahagian Wikifiqh di awal surah Maryam itu dihuraikan; bahawa huruf muqaththa'ah adalah potongan ayat yang termasuk dalam ayat mutasyabih yakni tidak ada seorang pun mengetahui ertinya. Huruf muqaththa'ah hadir dalam beberapa bentuk dan di banyak tempat pada al-Quran.

Mengapa lelaki misteri itu mesti menekankan lima huruf yang terdapat pada surah Maryam itu? Mengapa misalnya tidak disebutkan pada surah Shad, Qaf, dan al-Qalam. Kenapa tidak dipersoalkan huruf-huruf pembukaan pada surah-surah hawamim iaitu surah-surah yang dimulai dengan huruf ha' dan man iaitu pada surah Ghafir, Fushshilat, Al-Syura, Al-Zukhraf, Al-Dukhan, Al-Jatsiyah, dan Al-Ahqaf? Atau mungkin sahaja huruf Muqaththa'ah pada Al-Baqarah, Ali Imran, Al-'Ankabut, Al-Rum, Luqman, dan Al-Sajadah. Atau pada awal surah Al-A'raf dan surah Al-Ra'd.

Tuan Presiden mendapati lima huruf pada surah Maryam itu muncul pada surah yang menyinggung persoalan penganut agama Kristian. Adakah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dapat menjadi formula penyelesaian pertembungan peradaban barat iaitu Kristian dan dunia Islam? Tuan Presiden pun mengambil masa satu malam menekuni perenggan Wikifiqh pada surah Maryam tersebut. Ia mendapati semua ahli tafsir menyerah kalah pada rahsia huruf-huruf muqaththa'ah itu. Misalnya kata Ibnu Qutaibah, tidak ada seorang juapun yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Ibnu Katsir mencuba-cuba menafsir, dengan mengatakan huruf-huruf tersebut merupakan nama-nama Allah. Misalnya alif lâm mîm itu bererti ana Allah a'lam (Aku Allah lebih Maha Mengetahui); alif lâm mîm râ yang bererti ana Allah a'lam wa ara (Aku Allah lebih Maha Mengetahui dan Melihat). Akhirnya, setelah sekian himpunan ahli tafsir itu dibaca, Tuan Presiden Wikifiqh merumuskan: Tiada siapa yang memahami Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Allah yang lebih tahu apa erti huruf-huruf itu.

Suatu malam, lelaki berwibawa kembali tika tidurnya. Ia masih mengenakan jubah hitam, serban hitam seraya melilit kain merah di leher. Lelaki itu bersuara, "Mahukah kau aku dedahkan rahsia di sebalik Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam."

Tuan Presiden yang kelu lidahnya cuma berupaya mengangguk.
Lelaki berjambang lebat hebat itu bertanya lagi, "Sebagai muslim apakah sumber rujukanmu?"
Tuan Presiden menjawab yakin, "Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW."
Lelaki tersebut masih mengasak, "Setelah ketiadaan Rasulullah SAW siapakah yang dapat menafsirkan al-Quran?"

Tuan Presiden terdiam. Kemudian ia menjawab ragu-ragu, "Para ulama. Mereka pewaris Nabi."
Lelaki tersebut menggeleng. "Sedangkan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad pun mereka gagal menafsirkannya. Pernahkah engkau membaca hadis sahih tentang Saidina Ali, selaku pintu ilmu? Dari Ibnu Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda 'Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya dan siapa yang hendak memasuki kota itu hendaklah melalui pintunya.' Nah tahukah engkau apa kata Saidina Ali tentang mereka yang mencuba-cuba menafsir al-Quran?"
 
Tuan Presiden tidak menyahut.
"Kata Saidina Ali, al Mushaf bayna daftay al-kitab la yanthiq, wa innama yantihiqu bihi al-rijal. Iaitu al-Quran itu bisu, ia diberi suara oleh penafsir."
"Jika begitu, jawapanku tadi benar?" Tuan Presiden memberanikan diri berhujah.

"Jawapanmu salah. Kerana itulah al-Quran ditafsir sesuka hati di zamanmu. Kerana itulah kerajaan pimpinanmu tidak dapat mengunggul. Kata engkau tadi, sumber ilmu umat Islam ialah al-Quran dan hadis. Saat aku bertanyakan siapakah yang dapat menafsir al-Quran sesudah ketiadaan Rasulullah SAW engkau tiada dapat menjawab. Ketahuilah al-Quran itu melekat bersama ahlul bait. Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw telah bersabda pada Haji Wida': "Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku.' Adakah engkau membuka pintu hatimu?"

Tukang sapu

Tuan Presiden tidak berkelip.
"Yang berhak menafsir al-Quran ialah ahlul bait sesudah ketiadaan Rasulullah SAW. Bukan yang lain. Merekalah yang mengetahui tiap rahsia al-Quran. Mereka pintu ilmu Jika engkau ingin mengetahui rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad, esok siang engkau tanyakan kepada tukang sapu sampah di pejabatmu. Ia lelaki yang putih matanya kerana banyak menangis. Namanya Yaakub." Ujar lelaki berwibawa sebelum berlalu dari mimpi Tuan Presiden.

Keesokan hari, Tuan Presiden membatalkan semua acara yang diatur pembantunya. Ia masuk ke dalam kamar kerja dan memesankan, "Carikan kita seorang tukang sapu bernama Yaakub."

Tidak berapa lama kemudian, tukang sapu buta itu dihadirkan ke pejabat. Tuan Presiden menggeletar. Inilah lelaki yang muncul dalam mimpinya sekian lama. Cuma, cuma ia cacat penglihatan. Cuma, cuma pakaiannya compang-camping dengan tangan kanannya memegang penyapu.

"Apakah rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad?" Soal Tuan Presiden menggigil kepala lutut.

"Ia adalah satu rahsia untuk satu kebenaran. Begini, saat Allah berfirman kepada nabinya Zakaria dari keturunan Yaakub. Bahawa Nabi Zakaria a.s. memohon Allah mengajarkan nama-nama yang dapat memadam kesedihannya ekoran ia tidak punya zuriat. Hadirlah Jibrail mengajarkan nama-nama; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Setiap kali Zakaria menyebut-nyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan ia akan sentiasa berasa aman; akan tetapi saat ia menyebut nama Husin, hatinya kembali gundah gulana. Maka Zakaria pun bertanya kepada Tuhannya, 'Apakah sebabnya hatiku ini akan berasa sebak duka dan bertangisan-tangisan tatkala nama Husin disebutkan?' Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal 'ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah 'Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin. Sebaik mendengar kisah penuh yang menimpa Saidina Husin di Karbala, Nabi Zakaria a.s pun menangis dan meratap'.

'Nabi Zakaria berdoa mengenang musibah yang dihadapi keturunannya Nabi Muhammad SAW, "Ya Allah, apakah makhluk termulia-Mu dan kekasih-Mu, puteranya akan mengalami musibah seperti itu? Apakah musibah seperti ini yang bakal menimpa mereka? Apakah Ali dan Fatimah berduka cita seperti aku ini? Ya Allah, pohonku, kurniakan kepadaku seorang putera yang membahagiakan hatiku di masa tuaku, serta jadikan dia sebagai pewaris dan penggantiku. Setelah Engkau kurniakan anak itu kepadaku, timpakan kepadaku musibah sebagaimana yang dialami oleh kekasih-Mu Muhammad sehubungan dengan puteranya Husin. Maka Allah pun menganugerahinya anak, Nabi Yahya a.s. Duhai, duhai kita pun tahu musibah Yahya disembelih Hirodus. Bahawa kepala suci Yahya diarak dan dilempar-lempar untuk memuaskan hati Herodia. Duhai, duhai petaka menimpa. Demikianlah Zakaria menanggung derita kehilangan anaknya. Demikian ia merasai pedih Nabi Muhammad SAW menanggung pembunuhan Husin di Karbala.

Bercucuranlah, teresak-esak menangis Tuan Presiden mendengar kisah tukang sapu tersebut. Barulah ia mengerti hubungan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dengan inti surah Maryam tersebut. Barulah serasi huruf-huruf terpenggal, huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat kedua surah Maryam:
'(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.' Dan ayat-ayat seterusnya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredai serta disukai. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".

Ketika itu fahamilah juga Tuan Presiden tali-temali Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat 75 dan 76 surah Maryam juga, iaitu 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya. Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya'.
 
Tahulah Tuan Presiden sekarang kebenaran berada dalam rahsia yang tersembunyi. Kebenaran mesti dicari dan dibongkar dengan hati terbuka. Dan kesesatan mungkin sahaja berpanjangan untuk satu tempoh yang entah berapa lama. Sehingga ada hidayah dan petunjuk datang daripada-Nya.

Begitulah, kami sudah menceritakan kepada kalian satu persatu. Tidakkah kalian perhatikan?



27 January, 2011

alien: kejar - kejar, alih - alih aku yang kena kejar

Itu bukanlah aku
Mintak maaf ye

Sejak dua minggu yang lalu hingga kini, gelaran along datang dekat sebelah aku. Puas aku cuba kuis-kuis dia damping jugak, nasib baik malam dia tak datang.

Bukan niat aku nak menjadi along. Aku paham, sbb aku pun ada hutang gak. Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang duit adik beradik. Hohoho.

Tapi, dalam konteks kerja. Bila kerja dah siap, pelanggan perlu lah bayar. Kalau tak bayar macamana nak pusing modal buat bayar pembekal. Ye dak? Jadi kena buat follow up yang kerap dengan pelanggan atas arahan bos. Kalau boleh dia suruh aku telefon pelanggan tu hari - hari. Tapi, aku follow up dengan pelanggan tu tiap 3 hari sekali je.

Adoi~ si pelanggan tu pulak dah kenal suara aku.
Laju je cakap "belum ada apa-apa berita dari pihak atasan.."
Terus aku cakap "Oh, terima kasih lah .."

Kadang pakai e-mail.
Tapi tak jalan, takde reply langsung.

Ada tu pelanggan yang dah 'meeting' beberapa kali tentang kisah pembayaran ni. Tapi bayarnya tidak. Mulut manis je masa berjumpa. Kurang - kurang hulur la sekeping cek, takde la bos aku membebel pasal duit je.

Kalau boleh tiap hari dia remind aku suruh chase payment client sekian - sekian. Aku chase - chase hasilnya tiada, bos aku hari - hari chase aku adalah. Haish~




26 January, 2011

alien: cucuk tengah ke, tepi ke, janji layan ~

Iklan air mineral ~ Aqua

Bukan ..

Pernah kan minum air mineral dalam cawan yang di seal atasnya kan?
Ada macam - macam brand, dari Sea Master hingga ke Spritzer.
Dapat pulak orang bagi free, minum pasti terasa lebih nikmat kan.
Minuman rasmi dalam seminar - seminar pada masa kini.
Hak. 

Dalam penuh khusyuk minum tu, cuba perhatikan rakan - rakan yang sama minum air mineral tu termasuk yang ada dalam genggaman tangan tu. Majoriti peminum akan menusuk straw mereka berdekatan dengan "bull eyes" atau yang handal ala - ala sharp shooter tu, tusukan strawnya betul - betul tepat di "bull eyes" tu. Handal tak handal la ye tak.

Kenapa tak tembuskan straw di tepi saja ..

Kalau minum air kotak tu memang kena cucuk tepi dia sebab ruang cucuk memang kecik dan kat tepi saja, kalau korang cucuk tengah gak.. diorang kasi 10 straw spare tak tentu lagi tembus tetra pek tu. Kempunan nak minum nanti. Naya ~

Tapi ini air mineral bukan air kotak ..
Dan dalam seluas - luas permukaan yang boleh dicucuk straw kenapa pilih tengah?
Takde arahan pun suruh cucuk tengah.
Takde pun ~


Haaa .. kamu yang suka cucuk tengah, silalah jawab ~ !!
Kui3





25 January, 2011

alien: aku kau atau mereka yang handal?

Antara mereka berdua ni kan ..

StingRay dan frwls

Yang mana satu agaknya handal dalam pemakanan yer?

Dalam entri - entri mereka berdua ada mengisahkan tentang makanan
Entri yang mana?
Carik sendiri lah

StingRay dalam bahasa melayunya ikan pari, aku suspek dia ni mesti suka makan ikan pari bakar cicah air asam. Wow !! terangkat beb !!

frwls plak menggunakan tajuk "Orang yang suka makan makanan" sebagai tajuk blog dia. Tapi baru-baru ni dia "Sedang diet intensif. Jangan ajak belanja makan" melekat besar-besar setepek banner kat atas blog dia tu.

Jadi, menurut pemerhatian kalian
Antara jejaka berdua ni, siapa paling handal dalam alam pemakanan?







Untuk memilih


Taip "Nama Calon" jarak "Jumlah undi ikut ikhlas hati anda"
dan hantar kepada no telefon sendiri
Undian dibuka hingga aku rasa nak tutup

Undi jangan ikut emosi.
Kui3




23 January, 2011

alien: sandwich rojak style


"Nah kau, segenggam kentang goreng .."
"Ambik nih, segenggam coleslaw .."
"Tambah lagi setepek daging .."
Agaknya tu yang tukang masak cakap dalam hati dia

Ni dipanggil masak cara campak-campak sejati
Tak kedekut punya
Hehehe


Kena budak umur 6 tahun, mau tersiksa gak nak ngabiskan
Nak nganga besar - besar dah satu hal pulak
Kena buat senaman regang otot mulut dulu nih
Silap haribulan boleh krem nanti
Kesian mak - mak diorang, dah kena masak bubur

" Sandwich Rojak Style "
Untuk hidangan kebanyakan orang barat
Kat malaysia pula makanan ruji adalah nasi
maka terciptalah istilah hidangan
"Nasi Campur"

Campur semua lauk yang ada dalam satu pinggan
Macam rojak daa
......








22 January, 2011

alien: kita merancang saja

"Kita hanya mampu merancang .. kita hanya mampu merancang .." 
".. dan Tuhan yang menentukan .."
begitulah pesan Tok Gurunya selalu kepada dia.

Tatkala dia berasa susah, secara tiba-tiba dia teringat kata keramat itu.
Ketika dia terpaksa mengubah perancangan dan rasa bersalah kepada yang terlibat, kata-kata semangat itu yang selalu dia ingat.

Kali ini dia seorang diri menempuh perjalanan yang masih jauh.
Sambil mengesat peluh dia tersenyum dan melangkah perlahan-lahan menuju ke hadapan.

Jauh di hadapan perjalanannya angin bertiup kencang disertai petir dan kilat sabung menyabung menunggu kedatangannya.

Bersediakah dia?




21 January, 2011

alien: sebuah interlok

Hari Rabu lepas baru terima bungkusan buku tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Tapi bukan beliau yang kirim lah. Buku tersebut aku pesan melalui pembelian online: ujanailmu.

Penghantarannya menggunakan pos ekspress. Tak sampai sehari buku tersebut sampai.

Aku membuat bayaran pada petang Selasa melalui bank transfer dan buku tersebut sampai pada hari Rabu.


INTERLOK
Ianya edisi pelajar dan dicetak pertama kali pada tahun 2005.
Buku yang menjadi buruan pembaca masa kini, kerana isu yang dimainkan oleh ahli politik di negara kita. Ramai tertanya - tanya tentang apa yang telah ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain hingga berjaya menarik perhatian ahli politik di negara kita. Tak terkecuali aku juga.

Komen aku mengenai buku ini,
Pendek dan padat.
Tiada isu yang patut dibangkitkan,

Kerana apa yang tertulis ianya adalah berdasarkan realiti kehidupan dan bukan menurut emosi atau niat penulis untuk mempermainkan perasaan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Apa yang tertulis adalah realiti dan pernah terjadi pada masa dulu. Di sini, di tanah air kita. Kisah kehidupan masyarakat berbilang bangsa di bumi Malaysia ini.


....kebenaran itu kadang kala pahit untuk ditelan.


Nasihat aku, baca segala isi buku itu dari muka depan hingga belakang dahulu. Khatamkan dan fahami dahulu apa yang tertulis di dalamnya baru layak berkata dan mengkritik tentang buku ini. Tidak adil kiranya membuat kesimpulan berdasarkan beberapa potong ayat di dalam buku ini, kerana potong - potong ayat itu tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa disokong oleh keseluruhan ayat dalam buku ini. Ayat tergantung itu boleh memberi kemusykilan dan pandangan negatif kepada mereka yang sensitif.

Jadi, baca sampai habis !!



p/s: apa beza edisi kulit tebal dan edisi pelajar? siapa boleh tolong jawab..

20 January, 2011

alien: dari Cradle ke dalam Grave

Semalam seorang lelaki di tepi hentian LRT Ampang Park berjaya membuat aku tersenyum walau aksinya mendapat sambutan yang dingin.

Pada ketika itu, aku berjalan keluar dari stesen LRT Ampang Park seorang diri untuk menghadiri clinic Cradle bagi menggantikan tempat bos aku yang ada meeting penting katanya. Di hadapan aku ada seorang perempuan berbangsa asing sedang berjalan. Dia dari eropah, aku tahu dengan meneliti caranya berpakaian dan warna rambutnya yang keperangan.

Muncul seorang lelaki yang berbangsa asing juga dari arah bertentangan. Dari eropah juga, setelah aku amati cara berpakaiannya sama dalam filem - filem yang datang dari sana. Dia berjalan membawa beg sandang hitam. Dia berjalan menuju ke arah stesen LRT Ampang Park iaitu ke arah kami.

Sampai di sebelah kawasan pembinaan.

Tiba - tiba, dia cemas. Seperti cuba mengelak sesuatu yang jatuh dari atas. Mungkin mengelak tukul, kayu atau batu pada fikiran aku. Dengan penuh reaksi gelabah, raut wajahnya dan aksi cemasnya. Aku memperlahankan langkah dan melihat ke kiri dan depan dengan waspada. Tiada apa - apa. Lelaki tersebut berjalan melepasi perempuan tadi dan berkata sesuatu sambil bergelak. Ceh. Reaksi perempuan itu dingin, tak melayan.

Apalah, lawak tak menjadi.
Kui kui kui.

Apa pun, Terima kasih kepadanya kerana berjaya membuat gurauan di waktu tengah hari yang terik dan mendapat pandangan serong dari seorang perempuan tersebut dan juga pandangan pelik dari aku.

Aku rasa 'joke' tu mungkin menjadi sekiranya ramai orang yang terlibat bukan hanya perempuan tersebut dan juga aku yang berjalan tidak jauh dari lokasi pergurauan.

Heh heh heh








17 January, 2011

alien: bahagia mari kepadaku

Haish ~
Akhir-akhir ni aku rasa demotivated
Macam terjerumus dalam paya jerlus
Tenggelam makin dalam dan dalam tiada dasar
Lemas dan akhirnya senyap

Selalu aku cakap dengan kawan aku di YM
Roh aku di luar memanggil jasad aku yang kaku di dalam
Jasad aku terkunci rapi
Urgh ~

Terus terang ku katakan aku tak happy dengan persekitaran opis aku sekarang
Sampaikan ianya mengganggu prestasi kerja aku
Akibatnya, aku kena marah ..  


Padan muka !!



Dan dan itu juga segala idea yang datang mencurah tak dapat berkembang biak dan matang dengan sempurna
Semuanya tersangkut di tenggorok dan di celahan saraf otak
Membeku dan membeku hingga tidak dapat dijejak
Laksana robot usang yang perlu di ejas dan di ketuk acapkali  terstuck ketika beroperasi
Sadis kan

Sebelum menjadi lebih teruk
Baik aku pejamkan mata dahulu, mencari tenang sebelum aku memulakan langkah untuk mencari bahagia pada hari esok


Doakan kejayaan ku rakan - rakan !!!




alien: Tidak ada rasa sakit tidak mendapat

No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain
No pain no gain 
No pain no gain 

 
Haish ~
Tidak ada rasa sakit tidak mendapat ..




14 January, 2011

alien: men'tune' channel radio

Semalam dalam perjalanan pulang ke rumah, aku tune radio cari channel yang agak tenang .. asyik - asyik dengar lagu je kadang jadi boring, dah la sorang .. ada kemungkinan mengantuk

Tekan button 'search'
Jumpe Business FM, dengar kejap
DJ radio tengah berdiskusi dengan Y. Bhg. Dato' Abdul Rahim Rahman
Pemilik Rahim & Co.
Perbualan mereka berkisar tentang pengalaman, latar belakang peribadi dan syarikat dan beberapa isu berkaitan dengan hartanah
Berinfo ..

Waktu Maghrib dah masuk
Selesai solat
Terasa malas nak dengar isu hartanah
Tune lagi radio tu

Selangor FM
Ada slot tazkirah, aku rasa tentang hak persamaan antara lelaki dan perempuan
Tazkirah dah sampai tengah aku tak dapat dengar yang awal
Menurut tazkirah tu, Islam sudah lama memberi hak sama rata kepada semua umatnya tak kira lelaki atau perempuan. Sama rata ganjaran untuk apa yang diterima selaras dengan apa yang dikerjakan semasa hidupnya, dalam konteks ganjaran dan pembalasan. 

Isu tentang pemimpin wanita pula, pada zaman sahabat nabi pernah adanya pemimpin wanita. Jadi tiada isu yang patut diperdebatkan pada masa kini. Cuma keutamaan diberi kepada lelaki kerana wanita cenderung dikuasai emosi diktakuti berlaku khilaf
dan .. bersambung pulak tazkirah tu
Potong betul ..


Sambung balik tekan butang 'search' tu
.....


alien: friday thought V






".. kalau bukan kita yang bantu diri sendiri .. siapa lagi kan .."










13 January, 2011

alien: dia tak pandang tidak bermakna kau hero

Sekolah kembali seperti biasa, maka jalan raya pun kembali kepada asal
Sesak di jalan - jalan utama
Terutamanya di waktu pagi dan petang

Anggota beruniform putih sibuk mengawal lalu lintas
Seorang anggota di tempat yang strategik bagi mengawal lalu lintas
Kadang kala pegawai atasan memakai uniform biru datang meronda
Turun ke padang memantau keadaan trafik dan tugas anak buahnya
Pada masa ini juga, semua pengguna jalan raya seboleh-bolehnya cuba menjadi sopan
Bukan apa, risau kena saman ..

Tapi, pada masa semua tengah berlakon sopan walau ada sebilangannya memang tergolong dalam kategori sopan
Ada segelintir pengguna cuba mengambil kesempatan atas kesibukan anggota beruniform putih yang sedang fokus mengawal lalu lintas

Situasinya (Semalam):
Seorang lelaki memakai helmet membawa seorang pembonceng
Pembonceng pula seorang remaja belasan tahun yang mempunyai kepala yang keras
Mungkin dia pengamal ilmu shaolin, kung fu kepala besi
Macam yang Encik Mazidul pernah highlight dalam blognya

Lelaki itu dengan selambanya membawa motorsikalnya dan melepasi anggota beruniform putih itu yg sedang sibuk fokus kepada kerjanya
Yaa, lelaki berhelmet itu dan remaja kepala keras itu selamat dari di tahan anggota beruniform putih itu
Handal !!!



11 January, 2011

alien: terima kasih encik ben

Dan beliau pun meletakkan header tak semenggah page ni di blog beliau
Jadi aku pun tampal header beliau yang gagah kat sini

 Mari singgah - singgah ke rumah beliau

Korang yang rajin surfing mesti kenal kan
Jadi tak payah lah aku nak perkenalkannya lagi
Terjah je ke sana





10 January, 2011

alien: rilekslah tuan puan adik kakak abang, jangan bikin kecoh haru

Hak hak hak hak

Kelakarlah korang - korang ni, mudah percaya kepada khabar angin yang bertiup entah dari mana .. Serius kelakar .. masing - masing risau setelah membaca berita yang tersebar dibawa angin itu. Dan yang membaca pun menyebarkan kepada rakan - rakan yang tidak tahu. Maka bertambahlah kelompok mereka yang risau.

Hak hak hak hak

Facebook will end on 15th March
Menurut apa yang tercatat, Zuckerberg memutuskan untuk menutup laman web sosial kegemaran ramai penduduk dunia termasuk Malaysia; Facebook.

Bila mana pengguna Facebook membaca berita tersebut, mereka pun share berita itu dan berita itu tersebar merata dengan hanya sekali klik.

Hak hak hak hak

Mari adjust balik mental anda dengan link kat bawah ni
1. Facebook will not end on 15th March
2. Facebook shut down hoax spread like fire

Masing - masing kan rajin membaca, jadi sila la baca link tersebut ye
Dan masing - masing kan handal Bahasa Inggeris, so tak perlu aku ulas ye

Dari sudut logik akal, Zuckerberg tak mungkin menutup Facebook kerana:
1. Lebih menguntungkan sekiranya dia menjual laman sosial itu dari menutupnya
2. Sekiranya betul handak menutup, tentu akan tersebar kisah Google atau Yahoo atau Microsoft berlumba - lumba untuk mendapatkan hak milik laman sosial tersebut

Tapi, kalau ada nota atau gambar yang agak - agak penting dalam tu, silalah buat back up
Manala tahu tiba - tiba server diorang kene bom atom ker kan ..

Hak hak hak hak







alien: empunya diri lagi terasa

Dalam kehangatan para blogger mengupdate kisah AJL
Meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka tentang keputusan 'tahpape', itu kata merekalah bukan kata aku
Sebab masing-masing punya pendapat berbeza, mungkin AJL akan datang mengguna sistem undi sms .. siapa tahu kan.

Aku nak open kisah 'Raja Lawak'
Walau aku bukan big fan rancangan realiti tu
Tapi, aku ambik tahu jugak .. tengok sikit -sikitlah
Musim terbaru ni menampilkan juri baru iaitu David dan Sathia
Bob Lokman dah meninggalkan raja lawak

Sebenarnya aku agak terkejutlah
Pada mulanya aku ingat ianya gimik si Bob pada musim terbaru ini
Tapi, sangkaan aku jauh meleset .. ianya betul - betul terjadi

 Aku tengok muka bro Afdlin kat TV tu dah lain macam

"Simple macam tu aje dia pergi"
Kurang-kurang pun kasi la penghormatan bak kata bro Afdlin 

Sedangkan rakan juri pun terasa, inikan empunya diri
Lagilah terasa

Aku harap Raja Lawak perlu ambik serius tentang hal ni lah
Jadi lebih sensitif
Walaupun kontrak juri dah habis ke tamat ke apa ke
Dan nak tunjuk kepada penonton, juri tu pergi .. buatlah dengan cara yang terhormat
Walau pun Raja Lawak adalah pertandingan mencari pelawak
Dan juri mereka sporting kepala gila
Tapi manusia tetap manusia
Mereka ada perasaan




08 January, 2011

alien: ratah - meratah, baham - membaham

Alhamdulillah ..


Pantai Kelanang, Banting
"Alkisahnya berBBQ bersama-sama rakan"
Siri II
8 Januari 2011




Selesai dengan jayanya
Terima kasih kepada rakan - rakan kerana meluangkan masa anda
Jumpa lagi di Siri III

 - Sekian -




06 January, 2011

alien: cakap - cakap EPL V

Gambar ihsan yang dikirim secara MMS oleh Sir Alex.













"Eh, eh.. alamak .." Cech termelatah memandang bola yang tiba - tiba berada di belakangnya

"Golll weh... goool !!!!" teriak Fletcher yang menyedari kejadian tersebut
"Ha'ah lah... goooolll !!!" sahut rakannya sambil melonjak riang
"Tapi, camne boleh masuk dalam tu .. ?" sambung rakannya
"Pedulik lah ..." balas Fletcher


GOLLL !!!!!
Stadium bergema oleh teriakan penonton


Jaringan sendiri oleh Bosingwa telah menambah kerut di dahi Ancelotti
McCharthy pula terasa 'hero' malam itu



04 January, 2011

alien: Harimau atau Singa .. anda tentukan

Harimau atau Singa?
Rasanya harimau
Yakin !!

Tapi..
Singa pun boleh

Korang rasa 'Harimau ke Singa' ?

Tengok gambar bawah ni, klik aje untuk besarkan



Untuk siasat.. pergi ke Metro
Taip 'Spring Hill' di ruangan carian
Sana lebih Original dan Fresh !!!
Tak jamin lah kalau dia dah tukar atau padam ..



Amaran:
Entry ini tiada kaitan dengan perselisihan nama Harimau Malaya atau Harimau Malaysia
Kalau ditanya, tentu aku lebih memilih yang Original; Harimau Malaya




03 January, 2011

alien: tunggu khabar berita

Tunggu dan tunggu
Menjadikan aku letih
Penat mental menyerap kepada fizikal
Belek - belek kelendar dah masuk tahun baru

Tapi aku masih menunggu
Ah ~
Letih ...