26 November, 2012

alien: duduk depan tv jangan komen

Rentetan kekalahan Malaysia kepada Singapura dengan 3 gol tanpa balas.















Print screen tu aku ambik dari fb kawan aku. Marah betul saudara itu ya~
Pada aku, bukan semua orang berkesempatan ke stadium menonton bola.
Macam aku sendiri tidak berkesempatan, aku hanya sempat menonton permainan untuk separuh masa pertama sahaja. Ada urusan keluarga.

Komen aku untuk separuh masa pertama.
(Tak boleh panjang sangat sebab aku tengok kat tv je)
Untuk permulaan permainan, Malaysia bermain baik.
Tapi semakin lama semakin kurang kreativiti dan permainan mudah dibaca oleh Singapura.
Dan Singapura pula bijak mengambil perluang yang terhidang.
Syabas!!

Berbalik kepada print screen itu,
Aku tak nak cakap apa-apalah sebab aku tak pergi stadium.
Tapi. Kalau perlu ke stadium baru boleh bersuara, aku rasa ramai yang tak layak bersuara. Contohnya macam kau layan EPL, Serie A, Bundesliga .. tiap-tiap minggu. Patutnya pasukan yang kau sokong menang atau kalah kau perlu diam.

Jangan bersuara.




23 November, 2012

alien: si pengembara jalanan

Aku ini
hanya manusia biasa
berhenti berteduh sementara
menantikan hujan reda
seperti lainnya

Bila aku
meneruskan jalan aku semula
sama seperti lainnya
usahlah engkau merindui
ketiadaan aku ini
di tempat itu


: 23 Nov 2012, Jumaat. 5:45pm


18 November, 2012

alien: Roda Besi dan Jalan Besi 2

Alhamdulillah,
selamat semuanya, pergi dan balik.




















Empat hari melihat-lihat ke tempat orang.
Melihat suasana dan kehidupan di bandar, pekan dan kampung.
: Kuala Lumpur, Padang Besar, Johor Bharu, Gemas dan Kota Bharu.




09 November, 2012

alien: Roda besi dan Jalan besi 1

Jaga diri kamu semua baik - baik !!

























Selamat berhujung minggu.

Selamat menyambut Awal Muharram dan
Selamat menyambut Deepavali.



05 November, 2012

alien: Carrot Cake

Gambar Hiasan
















Yes!!
Berjaya juga aku membakar sebiji 'Carrot Cake' pada petang sabtu lepas untuk
dibawa ke perjumpaan malamnya.

Walau tiada 'topping' ia masih sedap dan wow!!
Haha.

Terima kasih kepada adik aku selaku pembantu dapur.