29 October, 2012

alien: Alkisah Korban Hari Raya Aidiladha

Yang belit tali di sebelah tangan, aku saje
yang dua tiga lagi depan aku, pegang tali gitu-gitu
bila lembu balas tarik kaki dia
aku pun tertarik samalah

Memang patutlah
dah masing-masing pegang-lepas-pegang-lepas tali
takut tangan melecet katanya

Ahai,
Lenguh lengan kanan aku semalaman lawan tarik dengan lembu



24 October, 2012

alien: Hari Raya Aidiladha

Salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban itu bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


dipetik dari: pmr.penerangan.gov.my


18 October, 2012

alien: Samsung Galaxy S3

Hai, hai..
ni kawan aku ada jual Galaxy S3,
harga dia kata boleh negotiate.. hand phone ni original set.
Condition bagus, 10/10.

Kot berminat nak beli sila la klik link bawah ni ya:
Samsung Galaxy S3




12 October, 2012

alien: jalan pilihan anda

Jalan yang berliku,
jalan yang ramai sudah tahu dan kenal akan bahaya yang menanti di jalan ini.
Silap yang boleh mengundang padah pada diri.

Jalan yang lurus,
jalan yang ramai tahu selamat tapi realitinya ramai yang tewas di jalan ini.
Yang leka pasti terhukum.

Jalan mana yang jadi pilihan anda?




11 October, 2012

alien: come on brother/sister, Ianya teruk-lah














How a parent could bring her daughter outside without
wearing any underwear or pants under her long dress.

and..

More worse,
her daughter poop at public.
Inside a restaurant.
and..the poop scattered on the floor.
Could you imagine.
Blurghhh!!
Oh, so gross !!

Luckily,
I'm not eating inside.
Fuh~

Okeh, ini kisah benar.
Betul-betul jadi depan mata.





08 October, 2012

alien: lagenda kucing hitam

Seekor kucing baka tempatan.
Saiznya sedang-sedang, tidak besar sangat tidak kecil sangat.

Kucing itu, kalau tengok dari jauh nampak gebu.
Bulunya pula kemas dan rapi.
Warnanya hitam bersinar apabila terkena sinar matahari.

Bila kucing hitam itu melompat melepasi mayat.
Mayat akan hidup kembali.

LEGEND!



Ini bukan kucing hitam yang kita cari,, haha


















06 October, 2012

alien: pilihan burger durasi masa terhad

Andai diberi pilihan antara Burger Samurai dan Zinger Double Down,
mana yang anda pilih?

Burger Samurai
   VS

Zinger Double Down


Aku pilih Burger Samurai dari McDonalds.

Sebab?
Keadaan KFC Zinger Double Down yang agak berminyak telah membuatkan aku muak.
Jadi, just imagine. Atas bawah berminyak. Dua kali berminyak.
Aku tidak nafikan daging ayam dia memang lembut ketika digigit dan dikunyah.
Akan tetapi, oleh kerana berminyak ..
Burger Samurai berjaya memenangi lidah aku.


Tahniah Burger Samurai.




04 October, 2012

alien: aku lihat kau, kau lihatlah aku

Iyalah.
Biarpun ketika panas terik tengah hari keluar mencari sesuap nasi.


















Ataupun waktu pagi,
melangkah kaki ke tempat kerja mencari rezeki.


















Sentiasalah berhati-hati.
Selalulah beringat.
Bukan kita sahaja pengguna jalan raya itu.
Ia adalah jalan raya bersama.
Bersama-samalah kita menjaga keselamatan kita-kita.

"Pandu cermat, jiwa selamat..."

Err, duit kita pun selamat. 
Haha




03 October, 2012

alien: berkenalan dengan diri sendiri

"Saudara,
perkara yang sukar bagi manusia adalah mengenali dirinya sendiri."

Renung-renungkanlah ye.


Siapa Alien? Alien-lah Ironman .. haha

















: Dipetik dari berita dunia tv1


02 October, 2012

alien: burger yang sihat ?

Apabila sebiji roti burger yang dibelah dua dipanggang garing
dan apabila beberapa helai daun salad segar disematkan bersama
dan juga bilamana sos barbeque, sos cili dan mayonis bergabung ...

dan ...

patty yg dibentuk dari adunan oat dan telur duduk bersama di bawah satu roti.
Maka terhasillah Burger Evolusi Gaya Baru  seperti yang dilihat dibawah.

Sedap!!

Tiada dijual di mana-mana setakat ini.
Nak rasa, masaklah sendiri.
















p/s:
Maaf gambar itu gelap dan menjejaskan gambar fizikal burger itu.
Maklumlah, hasil dari kamera handphone lama. Jadi, paham-paham je la.






01 October, 2012

alien: Piala Sultan Selangor ke 11

Merah kuning itu Selangor !!

Dari kiri: Bukan Safiq Rahim, bukan Bosko Balaban, bukan Rozaimi dan bukan Aleksander Duric .















Pilihan Selangor 3 - 1 Pilihan Singapura

Gol dijaringkan oleh,
Aleksander Duric (Singapura)
Safiq Rahim (Pilihan Selangor)
Bosko Balaban (Pilihan Selangor)
Mohd Rozaimi (Pilihan Selangor)

Walaubagaimanapun, Veteran Selangor gagal mempertahankan kemenangan ke atas Veteran Singapura pada 2011. Mereka tewas dengan 1 - 2.


------------------------------------

Perginya seorang lagenda bola sepak negara kita,

Tan Sri Abdul Ghani Minhat.
(23 Dis 1935 - 28 Sept 2012)

Al-Fatihah.
Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan arwah di sana.