31 July, 2012

alien: pejuang!!


 
Mereka adalah pahlawan,
kita juga adalah pahlawan,
sama-sama adalah pahlawan,
sama-sama adalah pejuang..

Selamat hari Pahlawan buat para Pejuang semua!


:gambar adalah dari carian google


27 July, 2012

alien: cinta monyet liar

“Saya serik untuk bercinta ketika masih bersekolah dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.”

Pengakuan tersebut diluahkan oleh Syafina Erina Azni, 15, yang cedera parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan sekolahnya.



Heh.
Petikan yang dicopy-paste dari Kosmo!

Giler! 
Ikut suka tikam-tikam.
Cemburu buta. Pukul-pukul. Tikam.
Murah sangat nyawa pada zaman ni. Peh!

Hampir sama dengan murahnya maruah diri.
Erk, ye ke?



25 July, 2012

alien: kita semua sama (cont)

... sambungan (kita semua sama)

Aku pergi secara baik.
Sama seperti yang dulu.
Walau berat tapi mereka rela, dan semuanya masih baik-baik.

Tapi mengapa,
pergi yang kali ini seperti ada yang tidak kena.
Seperti ada yang tidak lunas.
Aku sendiri tidak tahu apa puncanya.

Biarlah dia dan egonya.

Biarkan.
Aku tahu dia besar.
Aku tahu itu.
Egonya juga.
Tinggi melangit.

Aku dan mereka bukan siapa-siapa padanya.
Hanyalah bidak catur yang sedia tewas di medan.
Dan dia hanya duduk di tepi hanya memerhati.
Bersama tangan liciknya terus menerus menghantar kami ke jalan mati.

Hahahaha!!

Saatnya.
Aku lolos dari papan itu.
Tapi egonya tetap begitu.
Utuh.

Biarkan.
Aku tahu itu.
Egonya tinggi melangit.




24 July, 2012

alien: kita semua sama

Seorang kawan sekerja aku, lepasan SPM, pernah cakap pada aku..

"Diorang tak tahu appreciate apa kita buat bang, buat apa susah-susahkan diri.. baik kita angkat kaki.."

Sekarang budak lepasan SPM itu sedang melanjutkan pelajaran.
Semoga yang terbaik untuk dia.

Dan aku pun dah tiada di tempat itu.





23 July, 2012

alien: syhhhhh~

Ia adalah hari yang senyap.
Senyap seperti hari-hari yang lalu.
Juga senyap seperti minggu sudah.

Di senyap ini.
Berapa lama dapat aku tahan.
Sebelum bunyi datang untuk memecah.

Aku berharap.


14 July, 2012

alien: terbang! terbang!
















Selamat terbang kepada Abang, Isterinya dan Anaknya.
Cuti panjang kang jumpa lagi-lah.
Ahha~