28 May, 2012

alien: katakan-lah

Heh.

Katakan pada aku,
di sudut mana acara hiburan tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat kita.

Katakan-lah..




26 May, 2012

alien: din, din .. jangan patah hati

Bang, kalau dia tanya jangan cakap apa-apa.
Din memberitahu dan aku hanya mengangguk saja.

Tapi, kalau dia tanya .. aku jawab secara general? ok?

Cakap je abang tak tahu.. 

Orait...!!

Realitinya aku tahu, orang yang dimaksudkan itu tidak akan bertanya pun.
Dia langsung tak peduli.

: Sabarlah Din, ko masih muda belia lagi. Perjalanan jauh lagi.
Jangan putus harapan. Banyak lagi yang kau akan lalui.



23 May, 2012

alien: merinduinya

Its so sudden, someone mention about it.
I really miss that moment and the place.
Seriously.

Picture taken on September 2007.



















But, I doubt this place still the same as in my memory.


15 May, 2012

alien: ada apa 4.0

"Tika Tirai Malam Berlabuh"
Bila mana tirai malam berlabuh, azan maghrib pun dilaungkan.
Maka bersiaplah kita menunaikan tanggungjawab kita pada-Nya.

Tika Tirai Malam Berlabuh

















Sumber: Kamera pinjam
Lokasi: Kelanang, Banting (hehe)
Masa: Ketika matahari hampir tenggelam

:Em, rasa letih yang terkumpul sejak beberapa hari lalu masih belum hilang sepenuhnya.
Kesan lebam di lutut akibat jatuh motosikal tempohari juga belum surut lagi.


13 May, 2012

alien: Tuhan jagakan dia

Tahukah anda?
Al -Anaanah, Al-Manaanah, Al -Hunaanah, Al- Hudaaqah, Al -Hulaaqah, As-Salaaqah


*pendek macam status FB. Heh.

12 May, 2012

alien: oh, rupanya

Em, sebentar tadi duit syiling seposen dan lima sen aku ditarik magnet.
Peh, aku baru perasan. Rupanya ada unsur besi dalam keluaran syling baru ini.
Ingatkan material dia sama macam duit syiling lama.

Lepas ni kalau duit syiling jatuh bawah kerusi ke almari tak payah risau sangat.
Ambik magnet dan 'pling!'.
Macam iklan susu kat tV tu, Wardina dengan anak dia..  
"magnet boleh menarik besi"
Heh.





06 May, 2012

alien: permudahkan..


Apa yang kau sedang buat ni?

*hanya angkat bahu.
Aku pun tak tahu.
Semoga Tuhan permudahkan urusan aku ini.
Amin~



03 May, 2012

alien: kata Shukri

"Ketika awak ditinggalkan dan masih tersenyum, itulah cinta.
Kerana dalam cinta tiada benci"

*Hidup adalah penerimaan, dan Tuhan sentiasa punya cara untuk menyatukan umatnya dengan indah
:Shukri Mohd Ali, 2 Mei 2012



02 May, 2012

alien: bukan seperti di fikiran

Seorang budak perempuan seusia 12 tahun menjadi penjinak ular.

Itulah patah kata yang keluar dari pembaca berita di tv1 tadi pada penghujung rancangan tadi yang berjaya menarik perhatian aku.

Huh. Sungguh saspen. Power budak perempuan tu!!
Terdetik dalam hati aku-lah dan aku tak sabar untuk melihat visual.
Dalam kepala dah terbayangkan dia bermain dengan ular tedung dan ular kapak.

Seketika kemudian visual pun dimainkan.

Erk.
Jatuh menjunam tahap keterujaan aku.

Yang kelihatan adalah seorang budak perempuan bermesra dengan seekor ular sambil membuat kerja sekolah. Ular yang dibelai dan dipegang itu adalah ular sawa batik, tiada kelibat ular yang lain. Hurm.. bolehlah..


Lelaki: Ala, comey-comey~
Jerung: Sumpah bang, saya bukan ular air.. Arghhh!!




 

01 May, 2012

alien: buah tangan

Ia dapat menceriakan mereka.

Tiap kali kita lihat, mereka yang melawat keluarga-kawan-saudara di hospital akan membawa bersama buah tangan yang mungkin berupa makanan atau benda fizikal untuk diberi kepada keluarga atau saudara-kawan yang kita lawat.

Yang mana kadangkala keluarga-kawan-saudara yang dilawat itu tidak berdaya untuk menjamah buah tangan yang kita bawa bersama.

Secara zahirnya ia kelihatan seperti adat atau kebiasaan masyarakat kebanyakan; melawat orang sakit perlu membawa buah tangan bersama.

Akan tetapi secara rohaninya kehadiran kita bersama buah tangan sedikit sebanyak mendatangkan keceriaan pada mereka dari segi emosi. Emosi yang gembira dapat membantu mereka melalui musibah yang menimpa dan melupakan seketika kesakitan yang dialami.

Buah tangan.
Ia dapat menceriakan mereka; membantu mereka.

Mudahkan?


Ini adalah buah Durian.