28 February, 2012

alien: it's the climb

I am trying and trying but no result yet.
Now, I feel frustrated.
And tired.
And confused.

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

(The Climb: Miley Cyrus)

But,
I am fighting. Still.




27 February, 2012

alien: Limeee sajee


5 biji gol sudah terlebih cukup untuk mendiamkan penyokong Spurs yang
galak mengaku pasukan mereka handal.
 












"Limaaa ...." tutur Wojciech Szczesny selamba dalam hati.




23 February, 2012

alien: senyuman itu

Senyum itu bergembira
senyum itu bersedih
perubahannya pada situasi
juga keadaan semasa

Terpulang pada kalian sendiri
bagi menzahirkan apa jenis
yang terukir di bibir saat itu
pada ketika kau memberi itu

Mana mungkin aku
menjadi si tukang tilik
bagi mengerti senyuman itu

:23 Feb 2012, 1:17am


20 February, 2012

alien: limau kasturi pengubat jiwa

Hari ini aku nak ajar cara-cara menyediakan minuman kesihatan.
Ia dipanggil "Limau Kasturi Pengubat Jiwa"
Ahha ~

Bahan - bahan:
3 biji limau kasturi
Air suam
Gula

Cara penyediaan:
1. Gelek-gelek limau di atas meja bagi menggalakkan pengeluaran jusnya.
2. Isikan air suam ke dalam cawan.
3. Belah dan perah limau kasturi ke dalam cawan yang berisi air panas.
4. Tambah gula secukup rasa. Siap!!

Hasilnya,
Nikmat secawan limau suam lengkap bervitamin C untuk dinikmati.
Jangan lupa membaca doa sebelum minum untuk menambah berkat.

Boleh dinikmati bila-bila masa,
Amat sesuai untuk dinikmati ketika mencari ilham atau tika jiwa kacau.
Heh.


09 February, 2012

alien: pesanan untuk diri

Bermula semula dari zero.
Tidak begitu teruk bukan?

Urghh !!

Perlu tabah.
Hidup tiada cabaran tiada warna, itu yang selalu orang cakapkan.



01 February, 2012

alien: aksara yang berserakan

Sepertinya aksara yang berserakan itu
menanti akan tibanya sang pujangga
mengalunkan susunan kata irama nan indah
membuai memadamkan gundah di jiwa

Tapi,
Bila akan tibanya si pujangga yang dinantikan
tiada siapa yang tahu bila masa hadirnya
entahkan esok mungkin lusa atau tiada

Pasrah dan akur ku
bersama aksara yang tidak berdaya itu
diam

:01 Feb 2012, 2:22am