28 February, 2011

alien: tipu menipu, curi mencuri

Geng Ocean 13


"... menipu si penipu, mencuri dari si pencurik ..."

Kesimpulannya,
kita sendiri tak ubah macam si penipu dan si pencuri tu.

Ada yang masih tak sedar.
Masih juga tak mahu menerima.
Bila agaknya mata mereka akan terbuka dan pemikiran menerima.

Mmmmm....



p/s: macam biasa, gambar tiada kene mengena dengan entry.
Gambar adalah ehsan google.

23 February, 2011

alien: mari berPit Stop


Saya sedang mengalami sindrom pyrexia atau hiperthermia terkawal.
Itu yang Wikipedia beritahu.
Tak tipu.

Jadi,
Saya bercadang untuk berPit Stop sebentar.


Em,
Sementara itu, singgahlah di Soltura ye.
Ada Sinetron "Rebelusi Kampung Tekuyung".
Heh




20 February, 2011

alien: apokalips

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

- M Nasir (Apokalips)




p/s: Apokalips filem baru dari Mamat Khalid


17 February, 2011

alien: senyuman dari jauh untuk kamu



".. aku juga tersenyum ketika aku tahu kau tersenyum .."





:gambar nostalgia sebagai hiasan

14 February, 2011

alien: bukan anak aku

Anak buah yg baru mencecah umur 1 bulan
Gambar bawah ni masa dia baru lahir
Baru lahir dah pandai main mata ooo ~


".. ngumpat erk ~.." 
rasanya tu kot yang dia cakap dalam hati dia.
Ngeh3


-Muhamad Faiq Al-Tamis-
Anak kepada abang aku






10 February, 2011

alien: tweet tweet

Ahahahaha 

Dua tahun diperam disimpan
Kali ini baru dikeluarkan kepada umum


Mari - marilah menjadi follower burung biru aku
Klik kat button tu
Nak cara susah roll page kebawah sikit
Pastu perhatikan sebelah kanan
Ada button twitter bawah FB banner
Haaaaaa~
Klik situ pun boleh


"You follow me, I follow you"




09 February, 2011

alien: hidup si rama .. rama - rama

Apa yang nak jadi esok ?
Apa yang jadi beberapa saat kemudian ?
Kenapa hari yang berlalu berlaku demikian ?
Kenapa terjadinya peristiwa begitu ?

Kenapa aku bukan dia ?

Dan macam - macam lagi persoalan timbul dalam akal waras tentang hidup
Dan persoalan itu mungkin ada yang terjawab atau terbiar hilang begitu saja
Macam kejadian alam ini sendiri, penuh dengan misteri
Akal manusia belum tentu dapat merungkai segala misteri dan persoalan itu
Kerana kemampuan ilmu kita terbatas
Walau bagaimana handal kita berusaha tidak akan terdaya mengetahuinya
Memang RAHSIA dan MISTERI

"Ada hikmah pada segala kejadian .."
Begitukan selalu orang tuturkan

Hikmah yang bagaimana ?
Kita sendiri tidak tahu
Bila kita dikurniakan hikmah itu pun kita tidak tahu
Kerana ia sememangnya misteri dan rahsia

Begitukan ..



Baru indah hidup ini
Hohoho 



".. sedangkan ulat beluncas pun tidak dapat meneka samada dia ditakdirkan untuk menjadi Rama-Rama .. "

 Gambar dipinjam dari Google.
















 

Iskh ~
Tadi, dari sebelah surau aku nampak Aidil ... ke ... Zakuan ?





08 February, 2011

alien: musim luruh kembali lagi

Bulu mata gugur sehelai lagi
Gugur dan melekap di cermin mata
Hembus dengan perlahan ia pun terbang pergi


Haish ..

Buat apalah rindu kan aku ni ...









02 February, 2011

alien: masa berkembang




(Gambar dipinjam dari sini)

".. bunga juga perlukan masa untuk berkembang menjadi bunga .."



apa ertinya?






p/s: saat ini sedang ke Tapah seketika, jadi ini entry auto publish

01 February, 2011

alien: jalan masa depan

Aku akan terus mencari dan mencari dan mencari
Walau di mana tempatnya
Aku jelajah
Walau apa juga mendatang
Aku rempuh


Kalau sudah itu takdirnya, aku redha




Tabah !!